Kursus Pengurusan Organisasi BADAR SDAR-SAS

BADARSDAR-BUSAS

Pada 13 – 15 Februari 2009 telah berlangsung Kursus Pengurusan Organisasi BADAR antara dua buah sekolah SBP iaiti Sekolah Dato’ Abdul Razak dan Sekolah Alam Shah Putrajaya. Kursus ini anjuran Badar SDAR. Objektif utama kursus ini ialah untuk melahirkan kepemimpinan berkualiti dikalangan ahli Badar di samping mendedahkan seni pengurusan kepemimpinan cemerlang. Kursus ini telah dihadiri seramai 60 orang ahli Badar SDAR dan 40 orang ahli BUSAS.Tema kali ini ialah ‘ Kepimpinan Berkualiti Organisasi Dihormati’.

dsc004211Antara pengisian sepanjang kursus ialah ceramah, bicara tokoh, perlawanan persahabatan, Qiamulail, tazkirah dan sesi perkongsian pintar. Slot kepimpinan telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Mohd Arif b. Md. Noor, manakala Bicara Tokoh dikendalikan oleh Tn. Pengetua Cemerlang Jusa C SDAR Tn. Hj. Azam b. Md. Atan. Beliau memberikan tip-tip dan ciri-ciri untuk menjadi pemimpin yang hebat.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dihangatkan dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara dua buah sekolah yang berakhir kemenangan kepada Badar SDAR. Dalam sesi perkongsian pengalaman , pelbagai input yang berguna diperolehi antara kedua-dua ahli Badar. Kedua-dua Presiden iaitu Sdr. Taufik b. Othman ( Presiden Badar SDAR) dan Sdr. Fawzan ( Presiden BUSAS) bersepakat untuk menjayakan aktivisme Badar di sekolah masing-masing serta melakukan inovasi dalam memperkasakan peranan dan fungsi Badar.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj Sahak b. Ahmadun Pen. Kanan HEM Sdar. Beliau menekankan kepentingan organisasi Badar di sekolah dan peranan yang perlu dimainkan dalam membina jatidiri dan sahsiah pelajar.

Rata-rata peserta kursus berpuas hati dan berharap diadakan pada masa-masa akan datang. Ini kerana, ia merupakan kursus yang julung-julung kali diadakan antara dua buah sekolah SBP dalam sejarah organisasi dakwah SDAR.

Semoga para ahli dan aktivis Badar bersemangat untuk menggerakkan agenda dakwah di sekolah masing-masing.

One response to “Kursus Pengurusan Organisasi BADAR SDAR-SAS

  1. alhamdulillah………..great work guys. Keep it up!!!!!!May Allah bless you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s