Monthly Archives: May 2009

Ucapan Hari Guru ( Badar & ExBadar)


Sdr. A.D Satiman ( Timbalan Presiden Badar 08 )

Selamat hari guru….Moga terus semangat berjuang

Sdr. Hanif ( Ajk Badar 09 )

Wherever you are,there’s always a person whoremember you. There’s someonewould miss you if you were gone. There is a placethat you alone can full. Thank you for being there when i need you..HAPPY TEACHERS DAY

Continue reading

Guru dan Pendidikan : Teras Kebangkitan

guru

Salam pendidikan.

16 Mei, satu tarikh keramat tentunya. Khusus buat sekalian pendidik. Buat insan yang memegang gelaran guru. Manusia meluahkan ekspresi mereka terhadap guru dalam pelbagai bentuk. Sajak, syair, program, keramaian, dan pelbagai lagi. Terutamanya pada tarikh ini. Mengapa sehingga begini sambutan terhadap mereka? Apakah istimewanya mereka? Adakah kerana mereka mendidik anak-anak bangsa mengenal apa itu A, B, C dan 1, 2, 3, ? Atau kerana mahu membalas akan segala usaha dan daya kerja yang telah digarap kerana melahirkan puluhan pemegang sijil 8 A pmr atau menghasilkan buah kejayaan straight A’s dalam spm? Adakah kerana itu? Ayuh renungi duhai sekalian pencinta kebenaran.

Continue reading

Berjaya Dengan Berdakwah

IMG_0440

Assalamualaikum buat semua sdarian..

Ingin penulis mulakan dengan kalimah petikan daripada surah Muhammad ayat 7, yang mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad, 7)

Setiap manusia tentunya menginginkan kejayaan sentiasa bersama-sama mereka sepanjang hayat. Kejayaan pada kita sudah pasti menjanjikan ganjaran, kepuasan, kehormatan, dan segala macam nikmat lagi…

Continue reading

Guru Memimpin Perubahan Menyongsong Kebangkitan

lightAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam ukhuwwah buat warga pendidik sekalian.

Tanggal 16 Mei setiap tahun, para guru dan warga pendidik akan merayakan hari bertuah ini iaitu Hari Guru. Tidak dinafikan bahawa guru telah memainkan peranan penting di dalam negara dan masyarakat. Guru merupakan agen perubah dan pembangun generasi yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan negara dan umat melalui wadah pendidikan.

Sumbangan dan jasa guru di pelbagai institusi samada di peringkat tadika, sekolah atau universiti tidak ternilai harganya. Merekalah merupakan tulang belakang kemajuan dan keutuhan negara. Di atas pundak merekalah lahirnya para tokoh, para figur, para teknokrat, para usahawan, pekerja dan rakyat yang berjiwa mulia dan luhur.

Continue reading

BADAR SDAR PEDULI PALESTIN

sumbangan-dari-badar-sek-dato-abdul-razak

Penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza akibat serangan tentera Zionis Israel mengundang simpati di kalangan umat Islam dan masyarakat dunia keseluruhannya. Tidak kurang pula yang menzahirkan rasa simpati dan sokongan mereka dalam pelbagai bentuk sama ada sumbangan wang ringgit, pemboikotan produk-produk Amerika dan Israel, solat hajat dan munajat kepada Allah swt serta berdemonstrasi. Para pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban juga ternyata tidak mahu ketinggalan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SDAR telah mengambil initiatif untuk menganjurkan satu ceramah kesedaran Palestin pada 17hb Januari yang lepas.

Continue reading

Quantum Dakwah dan Tarbiyah

Quantum Dakwah dan Tarbiyah

Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak,menyeru dan membimbing manusia ke jalan allah. Menyeru dalam ertikata membina asas-asas islam dalam diri mad’u dan meruntuh rawasib jahiliyyah (saki baki) di dalam dirinya. Dakwah juga merupakan satu proses perubahan dan tranformasi dari segala rupa kebobrokkan kepada pencerahan jatidi hingga terbentuk satu ummah islamiah.
Antara tujuan dakwah seperti yang dinyatakan oleh para ulama dakwah  ialah:
1.Menta’sis masyarakat Islam.
2.Islah masyarakat yang menyeleweng.
3.Penerusan  dakwah di dalam masyarakat bagi menjaga kesejahteraan.

Continue reading

Pengalaman Kem Tunas Muda ’09

Bismillahir rahmani rahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Subahhana WaTaala, dan selawat serta salam kepada junjungan yang tercinta, Nabi Muhammad sallalah alaihi wassalam.

Continue reading