Quantum Dakwah dan Tarbiyah

Quantum Dakwah dan Tarbiyah

Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak,menyeru dan membimbing manusia ke jalan allah. Menyeru dalam ertikata membina asas-asas islam dalam diri mad’u dan meruntuh rawasib jahiliyyah (saki baki) di dalam dirinya. Dakwah juga merupakan satu proses perubahan dan tranformasi dari segala rupa kebobrokkan kepada pencerahan jatidi hingga terbentuk satu ummah islamiah.
Antara tujuan dakwah seperti yang dinyatakan oleh para ulama dakwah  ialah:
1.Menta’sis masyarakat Islam.
2.Islah masyarakat yang menyeleweng.
3.Penerusan  dakwah di dalam masyarakat bagi menjaga kesejahteraan.

Di dalam dunia yang serba maju ini, keperluan dakwah dan tumuhat melaksanakannya amat-amat diperlukan. Apatahlagi ketika ummah kehilangan khilafah islam.Dalam konteks ini sudah tentu usaha memugar dan membugar dakwah amat diperlukan bagi memastikan para aktivisnya terus relevan dan punya keupayaan (capability) dalam mengemudikan ruh dakwah.

Dakwah dimulakan dengan kerja keras para muassis dakwah (founding father) sehingga terbina qaidah sulbah(tulang punggung) yang akan mewaris dan meneruskan tugas dakwah tersebut.Perubahan-perubahan kehidupan menuntut kita membuat pemerhatian bahawa dalam kita menganjak dakwah ke dalam mihwar sya’bi (paksi masyarakat) ,maka kita perlu membuat re-orientasi di dalam dakwah dan tarbiyah agar dakwah tetap hidup dan para kadernya punyai energy.

Oleh sebab itu , di dalam dunia pendidikan dan business  hari ini membicarakan tentang Quantum Teaching, Quantum Learning, Quantum Bussines bagi mengembang produk dan metodologi agar mampu bersaing di pentas global. Sudah tentu dakwah amat lagi diperlukan.
Saya akan membicarakan tajuk ini sebagai satu perkongsian ilmu bersama para aktivis dakwah , dan hasil pengalaman dalam amal dakwah dan tarbiyah agar memberikan kita satu energy baru dalam melaksanakan amaliyatud dakwah ini.

Quantum dakwah dan tarbiyah bolehlah kita definasikan sebagai satu ledakan atau energi yang menghimpunkan semua tahap software atau hardware yang sedia ada bagi mennggerak para aktivis dakwah dan tarbiyah agar mengoptimalkan sumbangan dakwahnya  ( ‘ato dakwi) dan mengesani masyarakat sehingga dakwah menjadi suatu yang asyik, ghairah dan memberikan kepuasaan.

Ustaz Miswan Thahadi meletakkan beberapa kaidah Quantum dakwah dan tarbiyah sebagai asas memperkasa amal dakwah sehingga membihkan hasil-hasilnya kepada umat.Berikut saya nyatakan kaedah-kaedah tersebut iaitu:

Kaedah 1 : Mulai dari yang terakhir.
Kaedah 2 : Belajar dengan mengajar
Kaedah 3 ;membaca dengan menulis
Kaedah 4 : Menjadi soleh dengan berdakwah
Kaedah 5 : Menjadi kaya dengan bersedekah
Kaedah 6 : Menggali dana dengan membangun
Kaedah 7 : Memimpin dengan melayani
Kaedah 8 : Memerintah sebelum menjadi pemerintah
Kaedah 9 :Menjadi ahli syurga di dunia sebelum di akhirat.

Insya allah perbicaraan ini saya akan bincang dan ulas dalam penulisan seterusnya agar kaedah-kaedah ini memberikan energy baru bagi para duat. Semoga para duat akan terus kreatif dan inovatif dalam menjana perniagaan yang menguntungkan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s