BADAR SDAR PEDULI PALESTIN

sumbangan-dari-badar-sek-dato-abdul-razak

Penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza akibat serangan tentera Zionis Israel mengundang simpati di kalangan umat Islam dan masyarakat dunia keseluruhannya. Tidak kurang pula yang menzahirkan rasa simpati dan sokongan mereka dalam pelbagai bentuk sama ada sumbangan wang ringgit, pemboikotan produk-produk Amerika dan Israel, solat hajat dan munajat kepada Allah swt serta berdemonstrasi. Para pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban juga ternyata tidak mahu ketinggalan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SDAR telah mengambil initiatif untuk menganjurkan satu ceramah kesedaran Palestin pada 17hb Januari yang lepas.

Bertempat di Masjid Al Quds SDAR, program ini menyaksikan sambutan yang menggalakkan daripada warga SDAR dengan kehadiran seramai 700 orang. Penerangan multimedia yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin, wakil Aman Palestin cukup mengesani para hadirin. Fakta-fakta yang dilontarkan membuka minda para pelajar terhadap kekejaman Zionis Israel serta agenda jahat yang dirancang mereka.

BADAR juga berjaya mengumpulkan kutipan dana berjumlah RM5308 daripada seluruh warga SDAR untuk disumbangkan ke Gaza melalui ISMA dan Aman Palestin. Sumbangan ini jelas membuktikan sokongan warga SDAR terhadap permasalahan saudara-saudara seIslam di Palestin. Terima kasih diucapkan atas sumbangan ikhlas yang telah diberikan, semoga sokongan yang ditunjukkan dapat meringankan penderitaan Gaza. Diharapkan juga agar seluruh warga SDAR kini memahami bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.

Diharapkan juga agar seluruh warga SDAR kini memahami bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s