Kembara Ukhuwwah BADAR 2009

DSC01244
DSC01314

Pada 29-31 Mei yang lalu, Badan Dakwah dan Rohani SDAR telah mengadakan program lawatan ukhuwwah ke Terengganu dan Kelantan. Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang guru menyertai program tersebut. Dengan tema “ Menyemai Ukhuwwah Menyubur Dakwah” , diharap para peserta menjadikan kekuatan ukhuwwah sebagai asas menjayakan agenda dakwah. Tanpa ukhuwwah tidak akan berjaya sesuatu organisasi.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kembara ini seperti membaca satu juzuk al-Quran,solat dhuha, tazkirah dan lawatan ke tempat-tempat menarik seperti Masjid Terapung,Taman Tamadun Islam, Hutan Lipur Sekayu, Bandaraya Islam Kota Bharu dan Rantau Panjang. Untuk memantapkan ukhuwwah ini, maka para peserta kembara ini juga telah menziarahi rumah ahli-ahli Badar . Antara rumah-rumah ahli Badar yang telah diziarahi ialah Sdr. Syafiq Aizat, Sdr. Najmi b. Muzairi Souza dan Sdr. Arif Fadhli.

Sepanjang kembara ini, banyak input dan pengalaman yang diperolehi dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Apa yang menyentuh dan memberikan motivasi ialah sesi rumusan dari lawatan ke Taman Tamadun Islam oleh Ustaz Mohd Azizee. Beliau melontarkan persoalan, kenapa umat Islam sampai ke kemuncak peradaban dengan kemampuan membina senibina Islam yang hebat ?. Jawapannya ialah kerana dalam diri mereka ada sifat izzah dengan Islam (bangga) dan berjiwa pemimpin. Mereka merasakan, merekalah pemimpin kepada dunia dan merekalah peneraju dan peneroka kepada peradaban. Oleh sebab itu mereka meletakkan diri mereka ke tahap tertinggi sehingga mampu memberikan sumbangan besar kepada umat dan dunia.
Semoga kembara ini memberikan pengalaman dan kenangan berguna buat ahli – ahli Badar.

Kembara Musafir Dakwah Mencari Redha Allah

jpeg6 jpeg4 jpeg23 jpeg12 jpeg31 jpeg30 jpeg13 jpeg5 jpeg26 jpeg28 jpeg29 jpeg33 jpeg27 jpeg15 jpeg11 jpeg7 jpeg2 jpeg1

4 responses to “Kembara Ukhuwwah BADAR 2009

  1. Kembara ukhuwah ini banyak memberi manfaat kpd kami. Perkara yg paling penting sekali ialah sejauh mana keberkesanan program ini terhadap hubungan sesama daie itu. semoga kembara ini akan dapat melahirkan kader-kader yang akan menjadi tonggak-tonggak (the pillars) dakwah.

  2. Sememangnya,kembara seperti ini perlu diadakan lagi kerana melalui program sebeginilah,Insyaallah…..batu-bata Islam dapat diperkukuhkan seperti mana batu-bata yang dibina dahulu oleh Rasulullah dan sahabat.Moga,keberkesanannya menjadi pemangkin dalam mengecapi tautan pentarbiyahan dan dapat menyelami ukuhuwah semanis perjuangan….Insyaalaah…

  3. ikatan yang kuat membolehkan kita dapat menjalankan amanah dengan baik……keep onnnnn

  4. x try mlwat bdar2 skola kt kelntan??
    ade jgk yg mntap.. mcam
    SMKA NAIM
    SMKA FALAHIAH
    SMKA MELOR…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s