Orang Kata..

Orang kata..

Hidup ni singkat,

Pejam celik pejam celik, umur dah suku abad,

Tanggungjawab, amanah dah makin sarat,

Hidup makin jauh, kubur dah makin dekat,

Takkan tak reti-reti nak bertaubat?

Orang kata..

Hidup ni macam roda,

Kadang-kadang kita jadi dewa,

Kadang-kadang tersangat hina,

Riak, takbur tu sementara saja,

Apa nak dibangga aset kat dunia,

Last-last, sampai jugak ke sana.

Orang kata..

Hidup ni perjuangan,

Nak tak nak kena hadapi cabaran dan rintangan,

Bagi lah banyak mana pun alasan,

Masa akan tetap melangkah ke depan,

Malas, lambat, nescaya ketinggalan.

Orang kata..

Hidup ni susah,

Macam-macam benda kita kena redah,

Kalau lembik, liat, jangan harap masa depan nak cerah,

Yang lemah jadi lagi lemah,

Yang susah jadi lagi payah,

Dah tau camtu, takkan tak nak berubah?

Orang kata..

Hidup ni macam pelayaran,

Ombak pukul dari bawah, atas, kiri, kanan,

Hujan, ribut, angin, taufan,

Lagi banyak dugaan, lagi banyak pengajaran,

Hanya yang tabah akan terus bertahan.

Orang kata..

Hidup ni penuh dengan mehnah,

Dari pagi sampai malam, penuh masalah,

Tambah dengan manusia yang macam-macam karenah,

Kepala rasa mau pecah,

Tapi tu lah, ujian ni semua tarbiyyah,

Peluang untuk amal kita bertambah.

Orang kata..

Macam-macam dah orang kata,

Ada saja benda tak kena,

Mengeluh, merintih segala,

Banyak sangat ke ujian kita dah kena,

Teruk sangat ke dugaan yang menimpa,

Rasul dan sahabat dulu ditimpa malapetaka,

Lagi teruk, lagi merana,

Sampai semua sahabat tanya,

Pertolongan Allah bila akan tiba?

Apakah kamu merasa kamu telah beriman?

Sedangkan belum datang kepada kamu ujian?

Perjalanan ini jauh dan sukar,

Namun dihadapan sudah menanti sebuah sinar,

Kuatkan langkah mu, teruskan mengejar,

Andai kau terjatuh, tetaplah tegar,

Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

[ dari blog Jalan Juang ]

orgkata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s