Monthly Archives: July 2009

Kursus Haji Tingkatan 5

100_2742Sempena KEM Al-Falah 2009 untuk pelajar tingkatan 5, pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Haji yang telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Lembaga Tabung Haji.

Kursus Haji tersebut diadakan pada 28 Julai 2009. Antara pengisian yang telah dijalankan ialah teori dan praktikal Ibadah Haji seperti latihan tawaf, sa’ie,memakai pakaian ihram haji dan umrah, bacaan lafaz talbiah, melontar Jamrah serta doa-doa semasa mengerjakan ibadah Haji.

Continue reading

Advertisements

Sambutan Israk dan Mikraj SDAR 2009

DSC01909

Pada 24 Julai 2009, Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menganjurkan Ceramah Isra’ dan Mikraj. Ceramah tersebut telah diadakan di Masjid Al-Quds dan disampaikan oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Sembilan Ustaz Nor Azamir b. Alias.

Continue reading

Peranan Pemuda Islam

presentation1
Pemuda digambarkan sebagai seseorang yang sedang melalui satu peringkat tumbesaran di mana kekuatan fizikal, mental dan spiritual berada pada tahap yang paling optimum. Zaman ini merupakan satu peringkat seseorang manusia mampu mencari resolusi terbaik buat menangani masalah yang didepani.

Continue reading

Nikah itu sunnahKU…

azimi

Sabda Rasulullah SAW :
Nikah itu sunnahku..barangsiapa yang tidak suka sunnahku maka dia bukan dari kalangan umatKu”.

Pada Sabtu 1 Ogos 2009 Cikgu Azimi b. Md. Zin akan diijab kabulkan dengan Cik Haliza bt. Abdul Samad di alamat Batu 3 ¾ Lorong A. Karim Jalan Bakri 84000 Muar Johor, jam 10.00 pagi.

BADAR SDAR mengucapkan Selamat Ijab Kabul dua pasang Uda dan Dara ..

Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu
Barakallahu lakuma wa wahaba lahuma al-khair wa saadah…

Majlis Kenduri Pengantin Lelaki pada 8 Ogos 2009 di alamat No. 5 Jalan D’Areca Tmn. Bandar Senawang, Seremban Negeri Sembilan.

Dari
Guru-Guru Penasihat Badar
Sdr. Taufik b. Othman ( Presiden Badar 09 )
Pimpinan Tertinggi BADAR 09
Seluruh Ahli BADAR

Israk dan Mikraj Penjana Iman

israk
Kini kita berada bulan Rejab. Didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada keluasan cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Continue reading

Kuliah Subuh : Berubahlah….

DSC01901

Ahad 12 Julai 2009, Ustaz Mohd Azizee b. Hasan telah menyampaikan Kuliah Subuh kepada para pelajar di Masjid Al-Quds. Antara intipati kuliah beliau ialah :

Continue reading

Halaqah Usrah Form 1

DSC01813
Jumaat 10 Julai 2009 adalah hari aktiviti usrah tingkatan satu. Setelah selesai usrah diikuti pula majlis penyampaian hadiah kepada group usrah yang menang dalam pertandingan futsal Inter-Usrah Form 1 oleh Presiden Badar Sdr. Mohd Taufik b. Othman. Usrah Cerdas Syabab Cergas.Tahniah pada yang berjaya..binnajah wa at-taufeek….

DSC01825DSC01818DSC01805