Remaja dan Berhala Hiburan..renungan bersama..

 

002punkan3

Salam kesedaran.

Mahu atau tidak, suka atau duka, ini adalah yang terpaksa kita akui mengenai remaja kita. Satu pegangan yang digemari segelintir mereka,’hidup umpama gula-gula getah, habis manis, beli yang baru’. Terkadang, penulis memikirkan, berapa lama keselesaan dan kemerdekaan yang kita nikmati ini akan berkekalan andai kepada pemuda-pemuda ini harapan kita disandarkan? berapa jauh negara ini akan dipacu atau lebih tepat lagi bagaimana dengan Islam akan terus disebarkan sekiranya majoriti muda-mudi kita demikian jadinya. Tidak mustahil negara ini dijual dan agama tergadai dek kerana kerusi-kerusi parlimen bakal dipenuhi muka-muka mereka. Namun begitu, Islam ini agama Allah. Sekiranya dikalangan kita ini tidak ada yang mahu beramal apatah lagi menyebarkannya, pasti, kita akan diganti dengan umat yang lain malah lebih baik.

Apa yang dimomok-momokkan buat remaja kita hanya seputar hiburan semata-mata. Buat yang kecil, hingga yang besar, semua ada. Lihat sahaja di kaca-kaca televisyen. tidak larat penulis hendak menyatakannya satu persatu. Di internet pula lagi bebas. ‘you name it, they got it’. Itu ibaratnya. Bagi menghalalkan pula hiburan sedemikian, mereka menamakannya ‘KONSERT DEMIMU GAZA’,’MALAM AMAL PALESTIN’, dan pelbagai istilah lain yang merupakan retorik semata-mata. Pemikiran muda-mudi kita dicelarukan dengan aktiviti sebegini. Namun lelaki dan perempuan bercampur sekali. Penyanyinya pula tidak bertudung. Antara hak dan batil itu ada pemisahnya.Namun, jika kita cuba menggabungkannya, tentu penggabungan itu tidak bisa menjadi kerana tiada redha Allah bersamanya.

Untuk mengubah manusia, perlu mengubah hati dan akhlaknya terlebih dahulu’. Kata-kata ini cukup terkenal dikalangan para da’ie dan murabbi. Namun, pada hemat penulis, apa yang kita lakukan sekarang ini terlepas daripada semua itu. Kedua-dua elemen ini kita abaikan dan sebaliknya kita terus mamberikan tumpuan kepada aspek-aspek lain seperti kecemerlangan akademik, kebolehan berucap dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila hiburan itu sendiri dijadikan kayu ukur terhadap kejayaan remaja.

Fikrah Islam ini perlu kita sebarkan. Ini satu fikrah yang mahal. Hanya darah dan nyawa yang bakal diuji untuk dijadikan taruhan. Apabila fikrah itu sudah masuk ke dalam hati, ia akan terbit laksana akhlak yang memukau. Pembinaan manusia perlu malalui tahap itu. Apabila kita membicarakan soal pembangunan manusia, namun terlepas kedua-dua aspek tersebut, itu hanya satu kepalsuan semata-mata. Pemuda-pemuda Hamas adalah contoh terdekat buat kita. Meskipun disekat, barbekalkan fikrah Islam yang ada, mereka terus mara. Fikrah itu mampu merevolusikan diri mereka menjadi lebih baik daripada aspek keberanian, persenjataan, amal ibadah, kesabaran, dan seumpamanya.

Pemuda-pemuda kita pula kebanyakannya berbaza. Selagi mana ada masa dan ruang, hiburan menjadi pilihan. Bayangkan jika dari kecil diterapkan dengan nilai ini, mana tidak ketagih jadinya. Hati-hatinya telah gelap. Maka jelas kepada kita, lebih utama membersihkan hati-hati ini dahulu. Jika tidak, kita bakal dipersoalkan diakhirat kelak.

Bandingkanlah remaja kita dengan remaja gaza. Bagai langit dan bumi.

Sekian.

Sdr. A.D b. Satiman ( Bekas Tim. Presiden Badar 2008 )
(dipetik dari blog www.syababqawi.blogspot.com)

One response to “Remaja dan Berhala Hiburan..renungan bersama..

  1. salam….mari kmbgkan dakwah islamiah ini ke serata tmpt dmana anda berada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s