BADAR Ungguli Hot Corner dan Dorm Terbersih

DSC01672

Pada 4 Julai 2009 Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban telah mengadakan Hari Terbuka Asrama ( Open Day ). Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Baharuddin b. Jali Pengarah Belia Negeri Sembilan. Pelbagai acara telah dipertandingan sepanjang hari tersebut seperti membuat kuih tradisional ( baulu), pameran, jualan gerai, pertandingan dorm terbersih dan lain-lain lagi.

Ibubapa dan para pelajar serta guru-guru turut memeriahkan hari Terbuka Asrama. Gerai jualan Badar mendapat sambutan hangat dari kalangan para pengunjung. Makanan Kebab, Jus Iran dan Jeli adalah menu jualan gerai Badar di samping jualan buku-buku, komik, kismis, CD Room dan lain-lain lagi. Apa yang mengejutkan dan menarik perhatian, Badar Corner telah dinobatkan sebagai Hot Gerai Jualan tahun 2009.

DSC01684DSC01692DSC01693DSC01721DSC01730DSC01749

Dalam pertandingan dorm terbersih , dorm Badar Bendahara 15 mendapat tempat pertama, diikuti Syahbandar 15 dan ketiga Temenggung 15. Secara keseluruhan, ketiga-tiga dorm Badar menyapu bersih kategori kebersihan dorm.

Tahniah diucapkan kepada ahli Badar yang bertungkus lumus dalam menjayakan jualan gerai dan mempamerkan kecantikan dan keindahan dorm. Moga – moga dorm ini menjadi trademark pada dorm-dorm lain. Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang Jusa C, Hj. Azam b. Md. Atan.

DSC01679Pihak Badar ingin mengucapkann jutaan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur, pentadbiran sekolah, guru-guru penasihat Badar, guru-guru, Presiden ( Sdr. Taufik b. Othman ) dan AJK Badar, ahli-ahli Badar dan semua pelajar –pelajar SDAR dalam menjayakan hari terbuka asrama ini.

DSC01779

DSC01777

DSC01782

_MG_0222[1]

DSC00488

P1050495

Gmbr008

3 responses to “BADAR Ungguli Hot Corner dan Dorm Terbersih

  1. Tahniah buat semua ahli Badar sempena hari terbuka asrama kerana mendapat kejayaan sebagai gerai terbaik dan dorm terbersih. kekalkan kecemerlangan tersebut. Anda adalah pemenang…

  2. Ini bermakna, Dorm Najmi pn mng jgk, pergh…lgu ble nak kasi? Cmne nak kasi lgu bru klu lgu aku mntak pn x dapat???

  3. oklah,truskan kjayaan anda-burhan hehe…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s