Kuliah Subuh : Berubahlah….

DSC01901

Ahad 12 Julai 2009, Ustaz Mohd Azizee b. Hasan telah menyampaikan Kuliah Subuh kepada para pelajar di Masjid Al-Quds. Antara intipati kuliah beliau ialah :

1. Kuliah adalah majlis ilmu, majlis para Malaikat datang memberikan rahmat kepada mereka yang menghadirinya dan juga mendoakan keampunan untuk mereka.

2. Majlis ilmu ini juga adalah merupakan taman-taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak mencium haruman Syurga di dunia, mana mungkin dia akan dapat mencium haruman syurga di akhirat nanti. Majlis ilmu ini tidak sama kualitinya jika dibandingkan kita menghadiri majlis-majlis lain walaupun ia berprestij dan hebat. ini majlis allah, majlis para salafussolih, majlis penyucian jiwa.

3. Jadilah kita empat golongan yang akan mendapat perlindungan allah pada hari akhirat sebagaimana allah berseru di dalam hadis Qudsinya : ” Dimanakah orang yang saling berkasih sayang keranaKu, yang saling ziarah menziarahi keranaKu, yang saling duduk keranaKu dan saling nasihat menasihati keranaKu, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naunganKu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganKu..”.

4. Beruntunglah kalau kita termasuk dari empat golongan tadi. Hari ini kita berkasih, berziarah, duduk atau memberi nasihat bukan kerana allah. Jadi bagaimana allah nak bagi naungan rahmatnya pada kita.

5. Kita betulkan niat dan matlamat kita untuk cari keredhaan allah dari mencari keredhaan manusia.

6. Hari ini dunia dah terbalik, bila kita ambil neraca yang bukan neraca allah. Dalam satu hadis nabi seorang sahabat pernah berkata: ” Sesunggguhnya kamu banyak melakukan amalan yang kamu pandang ringan lebih ringan dari sehelai rambut sedangkan kami pada masa Rasulullah S.A.W menganggapnya sebagai dosa besar..”.

7. Kenyataan hadis ini terbukti sebagaimana kita lihat pada hari ini. Kalau dulu solat jamaah merupakan amalan yang utama dalam kehidupan umat islam, tetapi sekarang sudah tidak dihiraukan. Kalau dahulu, majlis ilmu dan para ulama diberi tempat dan kedudukan yang tinggi tetapi sekarang artis dipuja dan disanjung. Kalau duhulu menghormati orang yang lebih tua menjadi kebiasaan tetapi sekarang yang muda tidak endahkan yang tua. Fikir-fikirlah apa yang berlaku di sekeliling kita.

8. Kita pelajar SBP kena berfikir sebagai pemimpin bukan berfikir sebagai orang yang dipimpin. Pemimpin ada vision, ada idea, berfikir untuk umat bukan fikir benda remeh temeh, berminda picisan.

9. Apabila kita diberi amanah untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang, ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh, maka mengabaikannya merupakan satu pengkhianatan. Pengkhianatan kepada bangsa sendiri bahkan yang lebih teruk mengkhianati agamanya.

10. Berubahlah..hanya orang berubah akan terselamat dan sampai ke destinasinya. Orang yang tidak berubah, tidak bergerak pasti akan tenggelam , karam dalam lautan.

DSC01900

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s