Sambutan Israk dan Mikraj SDAR 2009

DSC01909

Pada 24 Julai 2009, Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menganjurkan Ceramah Isra’ dan Mikraj. Ceramah tersebut telah diadakan di Masjid Al-Quds dan disampaikan oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Sembilan Ustaz Nor Azamir b. Alias.

Para guru dan pelajar-pelajar telah hadir memeriahkan program ceramah tersebut. Tidak ketinggalan juga, Pengetua Cemerlang SDAR, Tn. Hj. Azam b. Md. Atan turut hadir di dalam ceramah tersebut.

Antara intipati ceramah Timbalan Mufti yang boleh dikongsi bersama ialah :

1. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku di saat Nabi SAW dan para sahabat r.a menerima ujian dan mehnah dari Allah.

2. Antara ujian tersebut ialah kematian isteri baginda Khadijah bt Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib.Ketika di Taif baginda dilontar dengan batu oleh anak-anak kecil. Namun jiwa baginda tetap memohon agar akan keluar dari sulbi penduduk Taif orang yang akan beriman dengan risalahnya.

3. Nabi SAW telah dibelah dadanya sebelum diisrak dan dimikrajkan.

4. Nabi SAW telah dipertontonkan dengan pelbagai watak manusia di syurga dan neraka. Antara yang ditunjukkan bahawa ramai kaum wanita masuk ke dalam neraka kerana mendedahkan aurat.Begitu juga lelaki yang dayus. (lelaki yang membiarkan keluarganya melakukan derhaka kepada allah).

5. Nabi SAW juga telah menerima perintah solat lima waktu yang mana hari ini ramai dari kalangan pelajar yang mengabaikan solat.Ramai pelajar tidak suka berada di sof pertama sedangkan di situlah pahala yang banyak dan rahmat diturunkan.

Antara rumusan pengajaran dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ialah ;
Orang yang hebat akan diuji dengan pelbagai ujian.
• Pelajar yang hebat ialah yang memiliki kualiti jiwa yang hebat. Jiwa tersebut perlu ditazkiyyahkan.
• Setiap apa yang kita lakukan akan menerima pembalasan di akhirat nanti.Kita kena yakin adanya syurga dan neraka.

100_2593
100_2599
100_2590
100_2588

100_2611

DSC01934DSC01922
DSC01920DSC01918DSC01933

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s