Monthly Archives: August 2009

Membina Jiwa Merdeka

merdeka

Salam kemerdekaan buat semua ahli Badar..

Pertamanya, marilah kita bersyukur dengan penuh kesyukuran kerana kita diberikan nikmat kemerdekaan dan kebebasan. Pada saat dan ketika ini kita masih dikurniakan kekuatan istiqamah dan keteguhan di atas jalan yang kita pilih ini, jalan dakwah dan tarbiyah.

Continue reading

Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan

perang.badar

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Continue reading

Tips Menyambut Ramadhan

quran

Ramadhan yang penuh dengan kelimpahan kebaikan dan keutamaan akan dapat dirasakan dan diraih ketika ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan akan datang.

Continue reading

HALAQAH USRAH FORM 2

SDC10532

Jumaat 14 Ogos 2009 telah dijalankan program Halaqah usrah tingkatan 2. Program telah dikendalikan oleh para Nuqabak yang terdiri dari tingkatan 4 dan 5. Majlis diadakan usai solat maghrib dan tamat pada pukul 10.00 malam di Masjid al-Quds.

SDC10534Majlis juga telah diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz Tamadun islam sempena program usrah yang sebelumnya. Hadiah disampaikan oleh Presiden Badar Sdr. Taufik b. Othman.

SDC10533SDC10549SDC10542SDC10544

Timbalan Presiden BADAR Menang Anugerah Esei Sejarah

azfar2

Sdr. Ahmad Azfar berada disebelah hujung kiri gambar.

azfar1

Sabtu 15 Ogos 2009 bersamaan 24 Syaaban 14230 H, Saudara Ahmad Azfar b. Mohammadiah, Tim. Presiden Badar 2009, merupakan salah seorang penerima anugerah pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia.

Beliau mewakili pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak bersama rakan-rakan beliau yang lain iaitu Sdr. Alias b. Kassim dan Ahmad Zakwan b. Patah Raji. Anugerah ini diberikan kerana ketiga-tiga pelajar ini telah memenangi pertandingan menulis esei Sejarah peringkat kebangsaan. Tajuk esei mereka, Felda : Evolusi  Setengah Abad, akan dibukukan bersama-sama pemenang esei yang lain untuk rujukan oleh semua pihak.Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB. Dr. Mohd Puad b. Zarkashi

Pihak AJK Tertinggi Badar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan cemerlang beliau.

Di Ambang Pintu Ramadhan

 ramadhan1

Salam Ramadhan buat teman-teman seperjuangan…

Hari ini kita sudah memasuki hari ke 23 bulan Sya’ban dan ini bererti tinggal 7 atau 8 hari lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba.

Rasanya baru kelmarin kita menyambut dan merayakan Aidil Fitri namun bulan Ramadhan telah hampir tiba kembali sebagaimana orang Arab mengatakan “Ramadhan Sudah Di Ambang Pintu“.

Cepat rasanya perjalanan masa meskipun setahun tidak pernah kurang dari 12 bulan. Tapi syukur Alhamdulillah kita masih diberikan kesihatan dan terus berharap semoga bulan Ramadhan yang akan menjelang nanti akan dapat kita temui.

Continue reading

BADAR SDAR Serikan Majlis Walimah Cikgu Azimi

DSC02041

Sabtu – 8 Ogos 2009 BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menyerikan majlis walimah cikgu Azimi dengan persembahan nasyid yang diketuai oleh Ketua Lujnah Kebudayaan Sdr. Najmi dan pasukan mereka. Mereka telah mempersembahkan beberapa buah lagu khas buat dua merpati sejoli Cikgu Azimi dan Pn. Haliza. Para Hadirin yang hadir terhibur dengan persembahan tersebut.

Turut serta dalam menghadiri majlis walimah beliau ialah Presiden BADAR iaitu Sdr. Mohamad Taufik b. Othman, exco Badar dan guru-guru penasihat Badar.

Tahniah juga pada Sdr. Ahmad Syafiq Aizzat di atas persembahan lagu dalam bentuk acapilla.

DSC02024DSC02042 DSC02014DSC02038DSC02040DSC02033