Membina Jiwa Merdeka

merdeka

Salam kemerdekaan buat semua ahli Badar..

Pertamanya, marilah kita bersyukur dengan penuh kesyukuran kerana kita diberikan nikmat kemerdekaan dan kebebasan. Pada saat dan ketika ini kita masih dikurniakan kekuatan istiqamah dan keteguhan di atas jalan yang kita pilih ini, jalan dakwah dan tarbiyah.

Hari ini genap 52 tahun , negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah yang memakan ratusan tahun. Banyak onak dan duri, pelbagai raujau terpaksa ditempuhi demi satu matlamat iaitu kebebasan dan kemerdekaan.

Sejarah telah mengajar kita bahawa kemerdekaan itu melalui beberapa siri proses. Ia tidak sekadar melaungkan slogan “Merdeka..Merdeka..Merdeka” tetapi ia turut dibasahi dengan titisan darah dan air mata. Betapa banyak para tentera yang terkorban dan betapa banyak nyawa yang melayang demi menuntut erti kebebasan yang sebenar.

Kita selaku para pelajar seharusnya berusaha memahami semula sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Sejarah yang tidak hanya dilakarkan oleh kelompok elit-politik semata-mata tetapi telah dimulakan oleh para pejuang yang terdiri dari para alim ulama. Mereka telah mencetuskan gagasan kemerdekaan bagi mengembalikan semula ketuanan agama dan bangsa yang telah lama diinjak-injak oleh para penjajah.

Contohilah kegigihan Hj. Abdul Rahman Limbong, Tok janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan mereka yang seangkatan dengannya.Kita menghargai mereka dengan mengambil semangat perjuangan mereka seperti kesabaran, keteguhan , berpegang kepada prinsip, mengutamakan nasib bangsa agar jati diri dan identiti kita terpelihara.

Dewasa ini kita menyaksikan rakan-rakan pelajar kita terdedah kepada pelbagai gejala sosial dan keruntuhan akhlak akibat mereka melupakan akar umbi diri mereka. Mereka meniru dan menciplak nilai tinggalan para penjajah dan mendewa-dewakan di dalam kehidupan mereka. Budaya ‘punk’, ‘hippies dan anarcy’, ‘ black metal’,’ fahaman hedonisme, muzik liar, minda freedom adalah sinonim dengan kehidupan mereka.

Akhirnya mereka melupakan peranan dan tugas mereka untuk mengembalikan keagungan bangsa mereka sebagai anak pribumi, anak watan Melayu. Mereka jadi bangsa hina, lemah, malas berfikir dan suka hidup berfoya-foya.

Sempena kemerdekaan ke 52 ini, sewajarnya para pelajar dapat memerdekaan jiwa, minda dan fizikal dari segala bentuk penjajahan. Merdeka minda dengan mengambil nilai dari Allah, merdekakan jiwa dengan menjadi hamba Allah.

Pihak BADAR SDAR mengucapkan Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Ke 52. Semoga nasib dan masa depan bangsa ada cahaya di hujung jalan.

Marilah kita menanam azam membangunkan sahsiah diri, meningkatkan pencapaian akademik serta membina jiwa merdeka. Bak kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy :

Di atas robohan kota Melaka…

Kita bina jiwa merdeka

 

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 52

 

Badan Dakwah dan Rohani

Sekolah Dato’ Abdul Razak

Boleh dapatkan info kemerdekaan di http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/knowledgebase/kb_view.asp?kbid=15

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s