Monthly Archives: September 2009

Hidup Yang Sempurna

malaysia-bendera-jalur-gemilang

Hidup di Malaysia nan indah dan permai. Sentosa saja gaya dan rasanya. Begitu secara mudah dapat diungkap tentang bumi pertiwi ini. Dek kerana keindahan, kepermaian, dan kesantosaan ini, kita dididik dalam suasana dan latar sosiomasyarakat yang mudah dan terlalu mudah.

Minda kita dilatih untuk hidup di bawah situasi perfect environment. Apa buktinya? Kita lihat masyarakat kita. Awal Syawal itu contoh termudah tentunya. Bergembira, berpesta, dan bersukaria. Perkara asasi sewaktu Eid Mubarak itu. Tidak salah sebenarnya bergembira menyambut perayaan Aidil fitri itu, malah itu yang dituntut Islam. Bergembira dan menzahirkan kekuatan ummat. Gembira kerna berjaya lepasi sistem pendidikan Ramadhan. Itu baru satu tahap. Yang lebih besar ertinya, bagaimana kita selepasnya. Masih sama atau sekadar kita yang dauhlu? Menjadi manusia yang Rabbani atau manusia Ramadani? Aurat masih dibuka, rokok masih ditagih, rasuah masih manjadi amalan, agama tetap dipersendakan, dan citra sekular terus disanjung dan diutamakan. Lantas mana lataknya perubahan kita? Berbalik kepada isu perfect environment tadi, ini yang menjadikan kita hidup dalam budaya senang dan lena. Sehingga tidak sedar sebenarnya kita sedang dijajah. Kita dimomokkan sudah merdeka dan berjaya. Berada dalam zon selesa. Semuanya sudah lengkap dan sempurna. Sehingga menyebabkan kita tidak berani bertindak dan bersuara. Media arus perdana dan pendidikan memainkan peranan penting tentunya untuk menyumbang kepada permasalahan ini.

Mengapa media? Sebab dia arus perdana? Lalu jika arus tidak perdana atau media alternatif kita istilahkan, tidak mengapa? Ada yang mengatakan, jika mahu fakta terbaik, rujukilah media arus perdana. Sentiasa terkini. Bagaimana jika fakta itu sendiri yang dipalsukan? Jawapannya mudah. Kerana media arus perdana ini cukup kuat pengaruhnya terutama buat masyarakat sama ada golongan bawahan, pertengahan, atau atasan. Melainkan mereka yang celik minda dan merevolusikan minda mampu mencernanya. Menganalisis dan mensintesis segala maklumat yang diperolehi. Selain daripada itu, alamat terima sahaja. Menadah sahaja tanpa usul periksa. Apa sahaja yang disajikan media arus perdana, sama ada informasinya, dramanya, kartunnya, filemnya, dan pelbagai lagi bahan amat besar implikasinya terhadap umat. Anak kecil misalnya. Islam mengajar mereka ini perlu didik oleh ibu bapa. Mereka murabbi terdekat dan mereka yang bakal mencorakkannya menjadi muslim, yahudi, nasrani, atau majusi. Namun, bila si kecil didik menerusi media arus perdana, astro misalnya, ibarat membiarkan anak kecil bermain di jalanan bersama orang yang tidak dikenali. Terlalu terbuka. Lalu mereka menafsir dunia dan kehidupan dengan ciri-ciri yang dipersembahkan. Hidup riang, anak muda mesti enjoy, pergaulan lelaki dan perempuan yang tidak berbatasan, masalah keluarga, dan pelbagai lagi. Penafsiran begini menyebabkan mereka tidak melihatnya sebagai satu masalah. Mereka dididik untuk menerima senario dan situasi umat masa kini.Tanpa ada rasa mereka perlu diubah dan menjadi ejen perubahan. Tidak terlintas difikiran mereka jika umat ini bukan dia yang mengubahnya, tiada siapa lagi bakal mengubahnya. Mereka dilatih menerima doktrin kehidupan ‘ ala, tu bukan masalah aku pun’ atau ‘aku belajar pandai-pandai, result power, CGPA tinggi, fly, kahwin, beranak pinak, tiba masa pencen aku balik duduk kampung lepak kat masjid x pun suaru, jadi qariah sejati, ade rezeki siap dapat jawatan lagi, silap-silap pengerusi’ Hendak berbicara atau melaksanakan tugas perubahan masyrakat, amat juah sekali. Kerna apa? Media arus perdana tentunya. Bukan salah media semata-mata, tapi pengaruh kuatnya dek kerana kealpaan kita dalam mendidik mereka.

Seterusnya pendidikan. Sejak dari peringkat terawal lagi mengajar kita erti dan kepentingan perpaduan serta beroriantasikan pencapaian cemerlang akademik semata-mata. Tidak kira ditukar nama kementerian, bertukar tampuk pemerintahan, atau apa pelan yang dipakai, namun masih itu citanya. Ini menjadikan pelajar kita cukup mengejar dan mengagungkan pencapaian. Sentiasa mahu menjadi yang terbaik. Sifat sebegini tidak salah. Namun silapnya, bila mana hanya bidang sains sahaja yang dititikberatkan. Bidang yang akhirnya melahirkan engineer dan doktor. Hal ini akan dibicarakan kemudian. Yang penting, asas dan nilai agama jauh ditinggalkan. Sekadar satu subjek. Bukan untuk diamalkan manerusi pendidikan. Jawapan atas kertas menulis aurat wajib ditutup, tetapi amalnya, hilang bersama angin lalu. Sekadar mahu markah untuk jawapan terbaik. Anak didik kini juga menjadi ganerasi buta jawi. Tidak tahu menulis apatah lagi membacanya. Ini satu panghinaan dan kebiadapan terhadap nilai bangsa sendiri. Memang ia tidak wajib, namun adalah nilai bangsa yang harus dipertahankan. Dari aspek mentaliti juga jauh ketinggalan. Mentaliti hanya berkisar menjadi pak turut. Melihat bidang yang memiliki nilai pasaran yang tinggi,’high marketality’ misalnya, terus berlumba pergi ke arahnya. Alasannya mudah, senang dan dijamin dapat kerja, gaji lumayan, nak kahwin cepat, ekonomi global tidak menentu, dan inflasi bakal berlaku lantas butuh kepada sumber kewangan yang kukuh. Lalu terbiarlah bidang kesusasteraan, agama, ekonomi, falsafah dan pelbagai lagi bidang yang tidak popular di universiti. Mentaliti dengan kecenderungan untuk menyelesaikan masalah langsung tidak dibina. Contoh kesannya, tidak mahu menjadi penyelesai masalah ekonomi dunia ini. Sudah cukup dengan menyelamatkat diri sahaja. Selesa melihat insan lain dihimpit cengkaman ekonomi kapitalis ini. Demikian dahsyatnya pendidikan kita.

Mungkinkah hidup ini akan tamat begini? Demikian dirasakan persoalan yang wajar kita jawab sebagai satu muhasabah. Kita tanya diri kita, sudah berapa banyak yang disumbangkan buat umat. Dalam usaha membebaskan umat daripada cengkaman kezaliman kepada kebebasan kehidupan, daripada kegelapan kepada sinar cahaya iman, daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan alam dan akhirat. Surah As-saff ayat 9-12 bisa menceritakan segalanya.

Berani membawa perubahan.

Salam Aidil Fitri.

Sdr. A.D b. Satiman ( Tim. Presiden Badar 2008 – blog www.syababqawi.blogspot.com)

SALAM EIDULFITRI

kad raya3

by: abdalimnazri

Buat semua warga SDAR, para guru, pelajar-pelajar, alumni SDAR dan alumni BADAR , ahli-ahli Badar, warga pelajar SBP sekalian…

Pihak BADAR Sekolah dato’ Abdul Razak ¬†mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Semoga diperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan menjelang lebaran yang akan tiba. Moga Madrasah Ramadhan benar-benar memaknakan erti kemerdekaan insan dari belenggu nafsu syahwat. Hiasilah hari raya ini dengan meningkatkan kualiti Taqarrub kepada Allah azzawajalla.

Sabda Rasulullah SAW :

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan diiringi enam hari di bulan syawal, maka seolah-olah ia berpuasa setahun..” (Mafhum Hadis)

Salam Eidulfitri dari :

Sdr. Mohamad Taufik b. Othman ( Presiden Badar 2009)

 AJK Tertinggi BADAR 2009

Guru-guru penasihat BADAR.

Sumbangan Tabung Ramadhan 2009

sedekah

Pihak Badar dan Lembaga Pemimpin Pelajar telah mengumpul sumbangan guru-guru, para pelajar bagi menyumbang kepada anak-anak yatim Kg. Solok , Rantau, Negeri Sembilan. Seramai 17 keluarga anak-anak yatim menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan Tn. Hj Sahak b. Ahmadun.

Continue reading

Pertandingan Hafazan Ramadhan 1430H

DSC02424

Sabtu 12 September 2009 telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta pertandingan Hafazan Ramadhan 1430H anjuran Lujnah Kaderisasi BADAR. Pertandingan ini melibatkan para pelajar dari tingkatan satu hingga empat yang berfokuskan kepada hafazan juzuk 30. Tujuan program ini diadakan ialah menanamkan budaya menghafal dan menghidupkan amalan tadarus al-Quran di bulan Ramadhan al-Mubarak.Hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azizee Hasan selaku guru penasihat Badar.

Berikut adalah pemenang pertandingan hafazan :

Kategori Tingkatan 1 : Muhammad Irfan b. Ruzlan(1UO)

Kategori Tingkatan 2 : Muhammad Bazli Farhan b. Zulkefle ( 2UO)

Kategori Tingkatan 3 dan 4 : Uthman b. Abdul Aziz ( 3BH )

DSC02320

Ujian Hafazan sedang dijalankan

DSC02359

Sesi ujian HafazanDSC02354

Peserta-peserta pertandingan Hafazan RamadhanDSC02417

Ahmadul Hadi mendapat tempat kedua hafazan tingkatan 2DSC02433

Daurah Bacaan Doa

Pihak Lujnah Dakwah telah mengadakan Daurah Bacaan Doa bagi ahli-ahli Badar bagi memantapkan cara dan teknik bacaan doa yang betul. Program ini telah diadakan pada 14 September yang lalu. Taklimat telah disampaikan oleh Sdr. Ibrahim b. Azran selaku Setiausaha  Lujnah.

DSC02615

DSC02617

DSC02616

Perang Badar – From Zero to Hero

perang-badar

Perang Badar. Asalnya bukan untuk sedemikian. Kerahan tenaga yang Rasulullah lakukan hanya semata-mata mahu menyekat kafilah dagang musyrikin Makkah. Mahu membuktikan akan kekuatan pasukan muslimin dan menggertak dan melumpuhkan sumber ekonomi utama mereka. Para sahabat juga sewaktu hendak keluar hanya membawa kelengkapan sekadarnya. Tidak bertujuan menghadapi seangkatan musuh atau seumpamanya. Namun, ketentuan Allah itu yang lebih pasti dan berhak berlaku.

Continue reading

Mari Bertarannum…

DSC02282

Selasa 7 September 2009 telah diadakan Kursus Bertaranum untuk guru-guru pendidikan Islam. Kursus telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Razi yang merupakan seorang guru taranum dan bekas Penyelia Agama PPD Daerah Seremban.Turut menyertai kursus tersebut tersebut ialah beberapa orang pelajar BADAR.

Objektif utama kursus ialah mendedahkan kepada para peserta sejarah taranum, tabaqat suara, lagu-lagu taranum dan seni taranum al-Quran.Harapan dari kursus ini akan lahir pelajar yang dapat menguasai seni bertarannum.

DSC02283

DSC02278

DSC02280