Memburu Lailatul Qadar

doa1Hari ini adalah hari ke 13 kita berpuasa. Dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita cukup kuat dan bersedia untuk menghidupkan 10 malam terakhirRamadhan ini.

Secara ringkas ingin saya kongsikan beberapa maklumat tentang malam lailatul qadr.

  1. Ibnu Hajar, ulama yang mentafsirkan Sahih Bukhari berkata bahawa terdapat 39 pendapat ulama berkenaan bilakah malam lailatul Qadr.
  2. Pendapat yang paling kuat adalah ia jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis di antaranya: “… carilah ia pada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.”
  3. 10 malam terakhir bulan Ramadhan tidak semestinya bermula pada malam ke 21. Sebaliknya 10 malam terakhir itu dikira dari belakang. Jika tahun ini Ramadhan hanya 29 hari,10 malam terakhir bermula dari malam ke 20 Ramadhan.
  4. Tidak ada tanda bahawa malam itu adalah malam lailatul qadr.
  5. Pendapat yang mengatakan bahawa cuaca akan dingin, suasana akan tenang, malam tidak berbintang dan sebagainya adalah pendapat yang tidak berasas sama sekali.
  6. Berkenaan ianya akan jatuh pada malam-malam ganjil, ganjil itu juga dikira dari belakang berdasarkan kepada beberapa hadis seperti “…. tujuh yang baki …. tiga yang baki…” dan sebagainya.
  7. Dengan itu perlu dilakukan ibadah mengejar lailatul qadr juga pada malam-malam 20, 22,24,26,28 dan 30.
  8. Ibadah yang perlu ditumpukan pada malam 10 malam yang terakhir adalah solat malam, tilawah al-Quran dan iktikaf.
  9. Perlukah solat malam mengikut tertib seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia; solat taubat, solat tasbih dan solat hajat? Jawapannya tidak perlu. Sebaliknya boleh dilakukan dalam apa bentuk yang kita selesa.
  10. Adakah solat tasbih perlu dilakukan pada setiap 10 malam terakhir itu? Solat tasbih adalah solat yang menjadi khilaf ulama. Ibnu Taimiah berpendapat hadis berkenaan solat tasbih adalah hadis palsu. Dr. Yusof Qardhawi berpendapat hadis tersebut adalah dhaif dan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk melakukannya walau pun beliau tidak menolak bahawa ia harus dilakukan.
  11. Jika seseorang itu tidak menghafal al-Quran dan ingin melakukan solat dengan bacaan al-Quran yang panjang, beliau boleh memegang al-Quran sambil solat dengan syarat jangan melakukan pergerakan yang banyak selain dari memegang al-Quran tersebut.
  12. Jika beliau letih, beliau boleh solat duduk (samada duduk seperti tahiyat atau duduk di atas kerusi). Solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk.
  13.  Iktikaf di waktu malam kemudian ke tempat kerja selepas Subuh, dan kemudian pulang semula ke masjid untuk beriktikaf; ketika berada di tempat kerja, sebahagian ulama berpendapat bahawa beliau masih lagi di dalam keadaan iktikaf dan masih mendapat pahala iktikaf.
  14.  Ibadah-ibadah lain seperti sedekah juga akan digandakan pahalanya di malam lailatul qadr.
  15. Urusan-urusan dakwah lain seperti mendamaikan antara dua yang bermusuhan dan sebagainya juga akan digandakan pahalanya pada malam lailatul qadr. Tetapi harus diatur agar urusan-urusan seumpama itu memberikan ruang juga untuk ibadah-ibadah khusus.
  16. Urusan-urusan sambutan Raya seperti membeli baju dan lain-lain seharusnya dilakukan awal sebelum 10 malam terakhir itu agar kita dapat memberikan tumpuan kepada 10 malam terakhir.

Wallahu a’lam bissowab.

Sumber:- satuperkongsian.wordpress.com

3 responses to “Memburu Lailatul Qadar

  1. Alhamdulillah…

    dah ada website sendiri…badar melangkah setapak lagi ke hadapan….

    salam ramadhan…

  2. Salam taaruf buat saudara saiful, Moga berjaya di bumi Jerman..Eid ramadhan..

  3. Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
    Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

    a) Tarikh: 23 Ramadhan 1430/ 13 September 2009 (Ahad)
    Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahri
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Selangor
    Kitab: Sair as-Salikin

    http://pondokhabib.wordpress. com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s