Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran

DSC02134

DSC02164Jumaat 4 September 2009, majlis ceramah Nuzul Al-Quran telah diadakan di masjid Al-Quds. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sofee b. Mustafa Kolej Uniti , Pord Dickson. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Saiful Lizam dari Unit Disiplin SBP dan Tn. Hj. Sahak b. Ahmadun PK HEM SDAR.Guru –guru dan para warden turut memeriahkan ceramah tersebut.

Antara intipati ceramah tersebut ialah :

1. Al-quran adalah Kalamullah yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad secara mutawatir melalui Jibrail a.s dan menjadi ibadat dengan membacanya.

2. Al-Quran diturunkan sekaligus pada satu malam ke Loh Mahfuz dan diturunkan pula kepada Nabi Muhammad ke langit dunia secara beransur-ansur selama 23 tahun.

3. Membaca al-Quran dikira ibadat berbanding membaca Hadis.

4. Legasi al-Quran diteruskan pada zaman Saidina Abu Bakar dengan usaha pengumpulan al-Quran akibat kematian para Qurra’ dan Huffaz di dalam peperangan Yamamah.

5. Zaman Uthman bermula usaha penulisan satu rasm yang dinamakan rasm al-uthamani.

6. Al-Quran bukan sekadar dibaca tetapai harus diamalkan. Barulah layak kita dipanggil generasi al-Quran.

7. Setiap pelajar perlu menjadikan al-quran panduan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

DSC02132DSC02138DSC02151DSC02163DSC02172

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s