Ceramah Sempena Maal Hijrah

Majlis ceramah sempena Maal Hijrah telah diadakan di Masjid al-Quds pada hari sabtu 9 Januari 2010. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Jaafar b. Muhammad , seorang perunding motivasi.

Guru-guru dan pelajar hadir mendengar ceramah yang telah beliau sampaikan. Dengan tema ‘ Hijrah Menuju Perubahan’, beliau menegaskan kepentingan niat kerana allah bagi mencapai kejayaan di dalam hidup. Tanpa niat yang ikhlas kerana allah maka tidak akan  berjaya.

Asas kejayaan juga memerlukan perubahan dalaman iaitu perubahan hati.Perubahan hati memerlukan niat kerana Allah. Dalam konteks seorang pelajar pula ialah berusaha dan belajar kerana Allah. Apabila niat belajar kerana allah akan memberikan kekuatan dan semangat memperolehi kecemerlangan. Ini kerana tidak ada kekuatan melainkan kekuatan Allah.

Ceramah ini diselangi dengan aktiviti membina keyakinan diri serta menanamkan nilai-nilai akidah di dalam kehidupan.

Hijrah Menuju Perubahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s