Sehari Bersama Putera-Putera Baru SDAR

Sesi Tazkirah Tingkatan Satu

Selamat datang…Ahlan Wasahlan…Irashhaimasu kepada putera-putera baru SDAR. Sepanjang seminggu bermula dari 11 januari, pelbagai program disediakan untuk memberi pendedahan tentang budaya hidup di asrama SDAR.

Alhamdulillah, BADAR juga tidak terlepas untuk sama-sama mendedahkan tentang budaya hidup seorang mukmin dan juga iklim islami SDAR kepada putera-putera baru ini. Tanggal 15 januari 2010, satu program khas telah dirangka pihak sekolah untuk dikendalikan BADAR. Sebanyak 2 slot dijalankan pada hari tersebut. Slot-slot ini dijalankan secara usrah yang berbentuk aktiviti.

Penerangan Kaedah Solat Berjamaah Yang Betul

Slot pertama bermula pada petang hari dan dikendalikan sepenuhnya oleh AJK BADAR. Beberapa kumpulan dibentuk dan dikendalikan dalam usrah. Aktiviti ‘selimut ajaib’ yang menekankan rukun pertama usrah, ta’aruf telah dijalankan. Sesungguhnya pendedahan awal ini membawa satu ikatan persefahaman yang besar antara rijal baharu ini. Ukhuwwah Islamiyah dapat diterapkan di samping nilai-nilai usrah dapat diterapkan.

Alhamdulillah.Slot kedua pula bermula pada sebelah malam hari dan dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Azizee sendiri serta dibantu AJK BADAR. Slot ini juga dijalankan secara usrah. Setiap ahli kumpulan dikehendaki melukis peta dunia dan hendaklah ditandakan kedudukan SDAR pada peta tersebut. Kemudian mereka dikehendaki melukis wajah seorang ahli usrah yang paling kacak juga pada kertas yang sama. Seterusnya para naqib mengoyak peta tersebut lalu ahli diminta mencamtumkan kembali seperti sediakala. Di sini dapat kita lihat apa motif sebenarnya yang cuba diterapkan ke setiap jiwa ‘kain-kain putih ini’. Jadi dalam membina sebuah kepemimpinan Islam bertaraf dunia (world class), ianya bermula dengan sebuah institusi kecil sebelum berkembang dan terus berkembang. Kita perlu membina kekuatan dalaman iaitu¬†merubah manusia sebelum mula membina di luarnya.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan sebagai penutupnya, pelajar sama-sama menyanyikan lagu tema slot ini iaitu ‘Sebiru Hari Ini’…

One response to “Sehari Bersama Putera-Putera Baru SDAR

  1. salam……tahniah kepada kalian….smga menjadi contoh kepada sekolah2 lain….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s