Monthly Archives: February 2010

Majlis Penutupan MPI ’10 – Konsert Muadz

Rabu 24 Februari 2010 telah berlangsung Majlis Penutup MPI ’10 yang disempurnakan oleh Tn. Hj Ahmad Azhari b. Talib Penolong Ketua Pengarah Pelajaran JAINS. Menerusi ucapannya, beliau mengingatkan para pelajar akan tanggungjawab mereka untuk memartabatkan semula Islam di dalam kehidupan . Ini kerana umat Islam hari ini menghadapi cabaran yang cukup getir yang tidak mungkin dapat digalas melainkan usaha membentuk keperibadian. Jihad membina keperibadian ini merupakan wahana untuk membangunkan semula kekuatan tamadun Islam.

Barisan pentadbir sekolah di dalam Majlis Penutup MPI '10

Para guru dan para pelajar yang hadir ke majlis penutup MPI '10

Sambutan hangat terhadap persembahan Muadz

Pelajar turut terhibur dengan persembahan Muadz

Pengerusi Majlis yang hensem dan hebat

Majlis yang gilang gemilang itu diserikan dengan persembahan nasyid pelajar SDAR serta nasyid extravaganza Muadz bagi memberikan motivasi kepada para pelajar. Persembahan Muadz sebanyak lima buah lagu dan diselangi dengan tazkirah mencuit hati para pelajar. Antara lagu yang dipersembahkan ialah ‘ana wa anta’ ,Hijrah, Stand Up, Baitul Maqdis dan lain-lain lagi. Pada akhir majlis telah disampaikan hadiah kepada para pemenang sepanjang MPI ‘10.

Guru-guru yang teruja dengan persembahan Muadz

Persembahan Mantop Nasyid  

Persembahan Nasyid Presiden Badar Sdr. Syafiq Aizat

Persembahan bertenaga Muadz dan Hafiz

Coloteh Muadz dan Hafiz bersama pelajar-pelajar SDAR

Penggerak Badar bergambar bersama Muadz dan Hafiz

Tahniah buat penggerak Badar dalam menjayakan MPI '10

Advertisements

MPI’10 Wadah Pemangkin Khaira Ummah

Pertandingan Nasyid

Mantop… ada kelainan pada tayangan montaj..” Begitulah respon para hadirin yang menghadiri kemuncak program Minggu Penghayatan Islam (MPI )2010. MPI 2010 telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula dari 22-24 Februari 2010. Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badar SDAR ini bermatlamatkan untuk melestarikan iklim dini dikalangan warga SBP sekaligus mencungkil bakat baru dalam pertandingan MTAQ nanti.

Pelbagai acara telah dianjurkan seperti pertandingan tilawah, hafazan, syarahan agama, menjawikan teks, nasyid, pertandingan azan, merekacipta blog islami ,tulisan khat, berzanji dan marhaban,futsal Islami dan lain-lain lagi. Kepelbagaian aktiviti sepanjang program ini adalah membentuk sahsiah pelajar yang versatile di samping memahat jati diri yang unggul dikalangan para pelajar. Semoga MPI 2010 menyuntik semangat penghayatan nilai-nilai Islam sebagai wahana pembinaan generasi outstanding pada masa hadapan.

Lensa MPI ’10 Sana Sini

Pertandingan Azan

Allhu akbar allahu akbar...penuh semangat

 

Pertandingan Cipta Blog Islam

Pertandingan Futsal Islami..dah penat ka

Penonton yang bersemangat memberikan sokongan..hidup Bendahara!!

Pertandingan Hafazan

Menulis tulisan kebangsaan..tulisan jawi

Pertandingan Khat - Warisan Bangsa

Ada gaya seorang pemimpin- pertandingan syarahan

Pertandingan Tilawah al-Quran

Para Hakim menghakimi pertandingan marhaban dan berzanji

Salam Maulidur Rasul 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,

Salam Maulidur Rasul buat teman sekalian,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal  26 Februari,2010, kita bakal menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Pihak AJK Tertingga BADAR SDAR 2010 mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010 buat semua teman seIslam, tidak lupa juga rakan-rakan di SBP dan diseluruh ceruk rantau bumi Malaysia. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita. Benarla catatan Micheal Hart yang telah meletakkan baginda SAW sebagai manusia No. 1 terkenal dan berpengaruh di dunia.

Salam Maulidur Rasul

Sdr. Ahmad Syafiq Aizat b. Nazri

Presiden Badar SDAR & AJK Tertinggi Badar 2010

Perkhemahan Kepemimpinan Intergrasi BADAR SDAR-SHAMS

Satu Perkhemahan Kepemimpinan Intergrasi Badar SDAR- SHAMS akan diadakan bagi membina intergrasi perkongsian amal Badar antara dua buah sekolah yang bertaraf SBT dan Kluster. Mengambil kira SHAMS selaku sebuah sekolah Kluster yang menjadikan Badar sebagai kebitaraannya, maka Badar SDAR bergerak selangkah ke depan menganjurkan perkhemahan kepemimpinan ini bagi merapatkan julat intergrasi antara dua aliran sekolah yang berbeza iaitu SBP dan SMKA. Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 26 – 28 Februari 2010

Tempat : Kompleks Uniti Pasir Panjang Port Dickson, N. Sembilan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan :

  • Team Building
  • War Game
  • Rafting
  • Motivasi Kesedaran Diri
  • Leadership Talk

Di Manakah Melayu ?

Di mana boleh mencari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Dan pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu

Sambil makan junk food, kuaci, dan maruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau mengambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibu bapa atau guru

Pemimpin Negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

Pasal jambatan senget atau siapa dia jadi penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu-mengampu

Sampai bila nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! Dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan Sunnahku

Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu…

Nukilan : Muhamad Asri

Minggu Penghayatan Islam 2010

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak akan menganjurkan MPI 2010. Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan sepanjang MPI 2010. Antara aktiviti tersebut ialah : 

  • Pertandingan Nasyeed
  • Futsal Islami
  • Pertandingan Azan / Marhaban / Berzanji
  • Syarahan Agama
  • Tilawah Al-Quran
  • Hafazan al-Quran
  • Menjawikan Teks
  • Tulisan Khat

Kemuncak MPI ialah persembahan Artis Nasyeed Kontemporari Muadz pada hari Rabu Jam 8.00 malam.

Bersama-sama kita memeriahkan MPI 2010

SMART SOLAT

Pada 31 Januari 2010 program Smart Solat untuk para pelajar tingkatan satu telah diadakan di Masjid al-Quds . Ia adalah lanjutan program pengukuhan solat sempena minggu Adaptasi Tingkatan satu. Program ini dilakukan dalam bentuk in-house training oleh penggerak-penggerak Badar bagi memastikan para pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan solat yang betul.

Membimbing cara solat yang betul

Cara Sujud yang betul

Solat merupakan salah satu  rukun terpenting Islam yang akan disoal di akhirat kelak nanti. Justeru membetulkan ibadah solat ini akan dapat merealisasikan hasrat konsep Satu Subuh yang disyorkan oleh Tuan Pengetua Cemerlang Tn. Hj. Zakaria b. Md. Zin.

Amali Solat Berjamaah

Cara duduk Tahiyat

Semoga program Smart Solat ini dapat membimbing pelajar ke arah budaya belajar berprestasi tinggi , hasil dari solat yang cemerlang.

Solat Smart Study Smart

Sesi penerangan

Sesi Penerangan