Ingat Pokok Ingat Dakwah

Segala puji bagi Allah Azza wa Jalla dan selawat salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, sahabat serta serta para daie yang thabat berjuang dalam medan dakwah ini. Ucapkanlah alhamdulillah apabila hati tidak putus daripada mengingati Allah dan selawatlah ke atas junjungan besar kita agar kita menjadi insan yang disayangi.

Pokok merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuh-tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai pokok sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan dan daun. Jangka hayat pokok boleh mencecah sehingga ribuan tahun kadangkala hidup beabad-abad lamanya dan ketinggiannya boleh mencapai 100 meter ataupun lebih. Masyallah. Begitu menakjubkan bukan?

Apakah fungsi pokok dalam berperanan sebagai ejen kemandirian spesies di muka bumi ini?..Sudah tentulah banyak..Jika ditanya kepada anak-anak kecil tentang fungsi pokok pun sudah boleh mendapatkan jawapannya bukan?..Kalau mereka ditanya sudah tentulah mereka menjawap pokok sebagai tempat teduh kepada manusia, boleh mengeluarkan buah-buahan, tempat tinggal burung dan macam-macam lagi..

Manakala jawapan biasa didengar apabila pelajar sekolah menengah ditanya mengenai fungsi pokok..Antaranya, pokok penting dalam peranan daunnya yang berfungsi dalam proses fotosintesis, dapat menapis habuk dan pencemaran udara, berfungi untuk menguatkan struktur tanah dan bebagai-bagai lagi.

Signifikasi penciptaan pokok jika diteliti begitu banyak dan tak terduga. Sesungguhnya apa yang telah dicipta oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah yang amat besar. Sememangnya tiada apa jua yang sia-sia dalam ciptaan-Nya , sama ada yang melata di atas bumi , yang terbang di udara , manusia , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al – Jaatsiyah , ayat 3 – 6 mengenai penciptaan-Nya:

Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman .Dan penciptaan kamu dan pada binatang- binatang yang melata yang bertebaran ( di muka bumi )terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah ) untuk kaum yang menyakini dan pada pengantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan dengan hujan itu bumi sesudah matinya dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal . Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacanya kepadamu dengan sebenarnya: Maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.

Jika diteliti, apa yang menyebabkan sesuatu pokok boleh bertahan begitu lama sekali dan fungsinya dalam ekosistem semulajadi sangat memberi impak yang besar kepada seluruh hidup an di muka bumi ini..Seolah-olah pokok merupakan payung yang menahan daripada unsur-unsur dan partikel yang boleh mengancam kehidupan yang dipayungi pokok.

 Daripada struktur akarnya, merupakan organ yang terpenting bagi pokok untuk mendapatkan sumber air dan zat mineral. Kalau akar rosak seluruh struktur pokok juga akan terancam kerana kuat berdiri pohon kerana akarnya. Pada peringkat permulaan, akar menyerap sumber air di sekitarnya sahaja dan apabila kukuh akarnya terus menjalar ke dalam bumi.

Seperti dakwah, kekuatannya terletak di bahagian akar umbi. Semasa dakwah Rasulullah pada peringkat permulaan, baginda melaksanakan pemilihan individu-individu atau personaliti pendakwah. Kita dapati penyahut seruan dakwah adalah Khadijah r.a isteri baginda, Abu Bakar r.a sahabat karib, Ali bi Abu Talib yang dipeliharanya dan hamba Zaid bin Harithah..Baginda memilih mereka yang dekat dengan baginda kerana ianya merupakan satu strategi untuk menguatkan dakwah Islam ketika itu. Mereka disiram dengan Al-Quran, dibaja dengan tarbiyah yang akhirnya Allah memenangkan dakwah Rasulullah di Mekah.

Maka lihatlah,

Apabila akarnya sudah jauh membumi, batangnya serta dahannya dapat berdiri dengan teguh. Proses yang begitu lama untuk menghasilkan pokok yang kuat dan daunnya yang merimbum yang mencecah ribuan tahun. Dakwah yang hanya bermula dengan seorang kemudian berganda seterusnya dapat menguasai dua per tiga bumi. Akar pokok diibaratkan sebagai sulbah bagi struktur pokok..Apabila daun-daun menjerit kehausan akibat cuaca yang terik maka akar akan melipatgandakan usaha. Pohonnya yang merimbum diibaratkan pelindung bagi umat manusia seluruhnya.Pokok yang betul-betul berkualiti akan berbuah dan buahnya yang manis menjadi manfaat dan benihnya tersebar ke merata tempat.

Wassalam..

Abd. Alim b. Nazri ( Bekas Ketua Lujnah Dakwah Badar 2009)
http://gentahati.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s