Di Manakah Melayu ?

Di mana boleh mencari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Dan pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu

Sambil makan junk food, kuaci, dan maruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau mengambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibu bapa atau guru

Pemimpin Negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

Pasal jambatan senget atau siapa dia jadi penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu-mengampu

Sampai bila nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! Dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan Sunnahku

Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu…

Nukilan : Muhamad Asri

3 responses to “Di Manakah Melayu ?

  1. salam ukhwah shbt..salam perjuangan buat kalian..teruskn usaha utk bdkwh..ISLAM is first thing!
    sedikit celoteh dr ana..melayu kn mmg begitu..jika hanya nama shj melayu tp non muslim..ape yg ana cube smpaikn..kite septtnye lbh menitikbrtkn ISLAM bkn melayu…maaf jika mguris mane2 hati..salam juang..TAKBIR!!

  2. nice job bro,, ade mesej yg jelas… in the end backto basic org kafir berjaya sbb diaorg tinggakan agama (sbb agama diaorg tk betul) tapi org Islam mundur sbb tinggalkan agama tauhid yg satu ni…. Allahuakbar

  3. tak ‘kan melayu hilang di dunia, tapi melayu ‘kan hilang dunianya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s