Monthly Archives: March 2010

Galeri Syabab Cergas Mac : Membina Ketahanan Diri

Advertisements

Galeri Gotong Royong : Muafakat Membawa Berkat

1 Tekad 1 Semangat – Melestarikan Iklim Dini

Seorang Pelajar Menjawab Soalan Kuiz

Pelbagai aktiviti BADAR telah dijalankan sepanjang minggu ini melibatkan 4 lujnah iaitu program Usrah Tingkatan 3. Syabab Cergas, Soal Jawab Agama dan Gotong Royong Masjid.Program Usrah telah dikendalikan oleh Lujnah Kaderisasi. Manakala Syabab Cergas pula diketui oleh Sdr. Iznel yang menjalankan aktiviti membina fitness dan daya ketahanan diri ala latihan tentera. Sesi soal jawab agama dilaksanakan oleh Lujnah Tugas-Tugas Khas. Aktiviti ini turut memberikan hadiah kepada para pelajar yang dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

Sesi Usrah Tingkatan 3

Pada pagi ahad semua ahli Badar bergotong royong membersihkan masjid.Kerjasama dan sokongan ahli Badar dalam menjalankan tugas masing-masing ini dapat mengimarahkan iklim dini di Sekolah Dato’ Abdul Razak ini.Semoga tema Badar tahun ini ‘Melestarikan Iklim Dini’ mendapat sokongan dan dokongan semua warga SDAR.

Kuiz Agama & Usrah Tingkatan 3

Presiden & Timbalan Presiden Johan MTAQ Daerah Seremban 2

Presiden,Timbalan Presiden dan Setiausaha Badar mewakili SDAR dalam MTAQ Daerah Seremban 2

Pada 27 Mac 2010 yang lalu telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Seremban 2. Majlis MTAQ ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi.

Pihak SDAR telah diwakili oleh Sdr Ahmad Syafiq Aizat b. Nazri di dalam Pertandingan Syarahan Agama, Sdr. Ibrahim b. Azran di dalam Pertandingan Hafazan dan Sdr. Muhammad Najmi b. Muzairi Souza di dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran.

Pertandingan Tilawah al-Quran - Sdr. Muhamad Najmi

Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menjadi johan di dalam Pertandingan Syarahan Agama (L) dan Pertandingan Hafazan (L) dan Naib Johan Pertandingan Tilwah (L).

Sdr. Ahmad Syafiq Aizat di dalam Pertandingan Syarahan

Pihak Badar SDAR ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden kerana mewakili Daerah Seremban 2 ke peringkat negeri .Tidak lupa juga pada Setiausaha Badar yang mendapat Naib Johan di dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran.

Sdr. Ibrahim menerima trofi Johan Pertandingan Hafazan Daerah Seremban 2

Juga ucapan penghargaan kepada pihak sekolah dan guru-guru penasihat Badar , Panitia Pendidikan Islam, guru-guru SDAR  yang telah melatih para peserta MTAQ SDAR.

Berita Perkhemahan Integrasi Badar SDAR- SHAMS di Berita Harian

Laporan aktiviti Perkhemahan Integrasi Badar SDAR-SHAMS telah disiarkan di akhbar Berita Harian pada 24 Mac 2010 yang lalu.

Keratan akhbar Berita Harian tentang Perkhemahan Integrasi Badar

Nadwah Kepemimpinan Islam Ke-30 Menjana Pemimpin Du’at

Pada 18-21 Mac 2010 Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) SBP ke-30 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari berturu-turut. Program peringkat nasional ini telah diadakan di SBPI Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Seramai lebih 300 orang peserta berkampung di SBPI Sabak Bernam bagi menjayakan NKI Ke-30 dibawah tema ‘Membina Jati Diri Kepemimpinan Terbilang’.

Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menghantar seramai 6 orang peserta yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Syafiq Aizzat  b. Nazri selaku Presiden Badar SDAR 2010. Turut mengiringi kontijen SDAR ialah guru pengiring SDAR iaitu Ustaz Zanuri b. Badri.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang NKI ini seperti ucap utama NKI oleh Tn. Hj Abd. Rashid b. Ngah selaku Pengarah BPI Kementerian Pelajaran Malaysia. Tamrin Qiyadi, Kalam Nisa’, Ceramah tentang pengurusan organisasi Badar, Kembara Minda, Exsplo-Riadah dan Forum NKI yang bertajuk ‘Diskusi Globalisasi Kepemimpinan Islam’.

Majlis Penutupan NKI Ke-30 telah dirasmikan oleh YB Dr. Puad b. Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. YB mengingatkan para peserta supaya memahami ‘apa ertinya saya menganut Islam’ dan menterjemahkan sebagai seorang pemimpin di dalam kehidupan. Begitu juga beliau mengharapkan para pelajar bertindak sebagai seorang daie iaitu ‘nahnu duat la qudhat’ ( kami pendakwah bukan penghukum).

NKI Ke- 30 telah melabuhkan tirainya, moga NKI ini mampu melahirkan barisan kepemimpinan Islam contoh pada masa akan datang.

Pertembungan Sebenar

Salam buat semua,

Lailahaillallah..tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, tiada yang layak dipatuhi kecuali Allah, tiada yang layak ditakuti kecuali Allah, tiada yang patut lebih dicintai selain Allah. Tunduk, pasrah, dan tawakal hanya kepada Allah. Sesungguhnya, kalimah inilah yang akan menguatkan diri kita dimana-mana dan bila-bila sahaja.
Sidang pembaca sekalian,
Lahir dalam keadaan aman, membesar dengan keadaan riang, hidup dengan sempurna dalam negara yang indah permai ini, membuatkan kita alpa akan segala nikmat curahanNya. Sibuk mengejar kehidupan dunia, kekayaan, pangkat, kesenangan, membuatkan kita tidak sedar ada tanggungjawab yang lebih besar dan lebih berhak untuk diutamakan. Lupa akan tanggungjawab terhadap Allah serta agamaNya, Islam. Mereka berbangga kerana beragama Islam tetapi mereka tidak berbangga untuk melaksanakan tuntutannya. Justeru, menjadikan Islam kini hanya tinggal nama kerana identiti sebenarnya telah luput dan hilang dari penganutnya.

Namun, tidak dinafikan, masih ada yang ingin dan sedang mengangkat kembali martabat Islam. Malang sekali, pihak musuh juga sentiasa bersedia untuk menentang gerakan-gerakan itu sehingga ada yang futur(lemah) di tengah jalan. Cukup tersusun strategi mereka. Maka adalah amat penting untuk kita memiliki persepsi yang jelas akan medan pertembungan ini.

Jika kita mengkaji pertembungan yang berlaku antara umat Islam dengan musuhnya adalah tidak seimbang. Tiada sebab yang jelas kenapa pertembungan ini masih diteruskan. Hal ini kerana keupayaan pihak musuh adalah begitu ketara mengatasi umat Islam. Lantas, menjadikan umat Islam tidak mampu berdiri dan menentukan nasib mereka sendiri.

1) Aspek ketenteraan : Wujud jurang yang amat luas antara kekuatan tentera musuh dan kekuatan tentera Islam. Peralatan perang, teknologi perang, semuanya dikuasai dengan amat kuat oleh pihak musuh. Jurang sebegini sudah cukup untuk memihak kepada pihak yang lebih kuat malah pihak Islam sudah boleh dianggap kalah dan kehilangan taringnya. Boleh dikatakan pihak musuh telah mencapai kejayaan besar dengan aspek ini.

2) Aspek politik : Jelas sekali umat Islam masih jauh di belakang. Umat Islam masih tidak bebas untuk menentukan pendirian politik mereka sendiri.umat Islam juga tidak mampu untuk membuat keputusan untuk politik sendiri. Ironinya, pihak musuh yang menentukan sebarang keputusan politik negara yang berkesesuaian dengan agenda mereka. Walaupun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mereka itu adalah bertentangan serta tidak selari dengan agenda kita. Ada yang menjadikan penguasaaan politik adalah matlamat utama bagi pihak yang bersengketa atau berperang. Kerana dengannya, mereka akan berjaya mengambil alih pendirian dan mengawal kebebasan untuk menentukan keputusan dan seterusnya berupaya untuk menamatkan peperangan.

3) Aspek ekonomi : Umat Islam banyak menikmati pelbagai sumber kekayaan tetapi tidak mempunyai kuasa ekonominya sendiri. Malah, bukan mereka sebenarnya yang mengawal kekayaan mereka. Penjajahan ekonomi giat berlaku di negara kita. Kebanyakan golongan oppurtunis zaman ini berpendapat dengan menguasai ekonomi sepenuhnya sudah cukup untuk memberikan kemenangan hakiki untuk mereka sekali gus melambangkan kekalahan mutlak pihak lain.

Ikhwah sekalian,
Jadi, apakah sebenarnya yang diinginkan oleh pihak yang telah pun menang ini. Hakikat ini sudah cukup untuk memenangkan salah 1 pihak yang bersengketa dan mengalahkan 1 pihak yang lain. Kemenangan ini sudah cukup untuk memadamkan api peperangan. Sepatutnya, pihak yang telah menang tidak perlu lagi risau terhadap ancaman kerana pertarungan ini sebenarnya telah berakhir dengan penguasaan mutlak dari segenap lapangan oleh pihak mereka.

Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak musuh terus menerus melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kita. Mereka terus melancarkan komplot dan konspirasi terhadap pihak kita. Malah pihak musuh menganggap kita merupakan musuh utama mereka dan perlu diawasi gerak gerinya. Justeru menjadikan pertembungan ini semakin sengit. Jadi, kenapa agaknya?..yang sebenarnya, pihak musuh lebih memahami dengan tepat dan jelas akan isu serta pertembungan ini. Mereka lebih memahami hakikat ini berbanding anak bangsa kita sendiri. Oleh kerana itu, mereka terus melancarkan serangannya. Jadi, apakah sebenarnya yang mereka inginkan???

Semasa zaman penjajahan, penjajah telah berjaya memisahkan ruh Islam dari jiwa-jiwa umat Islam. Namun, mereka amat terkejut apabila melihat ada segelintir umat Islam yang begitu bersemangat dengan Islam sebaik sahaja peluang terhidang. Mereka mendapati bahawa jiwa-jiwa suci ini akan terus bersemarak untuk menjunjung Islam suatu hari nanti. Oleh itu, pihak musuh tidak mencapai kemenangan yang sebenar walaupun telah menguasai aspek ketenteraan, ekonomi, politik, dan juga keilmuan selagi mana masih wujud rijal-rijal yang siap sedia untuk mendokong Islam kembali.

Teman-teman,
Medan pertembungan yang dibimbangi oleh pihak musuh ialah peribadi-peribadi muslim itu sendiri. Musuh sentiasa berusaha untuk merosakkan keperibadian ini. Malah, mereka juga khuatir dengan muslimin yang rosak dan lena walaupun orang-orang ini tidak mampu untuk menghidupkan kembali keIslamannya. Mereka juga amat yakin bahawa masih wujud individu-individu muslim yang bersedia mendokong kembali syariat Islam dan bilangannya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Disinilah tersembunyi bahayanya kepada mereka.

Oleh itu, sedarlah pertarungan antara kita dengan mereka ialah identiti, ciri, pembentukan serta acuan Islam. Adapun, ketenteraan, ekonomi, politik, dan lain-lain adalah pertarungan sampingan dan tunjang kepada semua itu ialah keperibadian muslim itu sendiri. Maka dengan itu, pendirian kita perlulah jelas untuk bertarung di medan sebenar. Iaitulah pertarungan bagi mendidik, membentuk, dan memelihara keperibadian Islam. Persepsi ini amat jelas. Oleh itu, kita harus fokus terhadap kerja-kerja bagi membina rijal-rijal Islam. Maka, antara pendekatannya ialah menolak keganasan walaupun keganasan itu dilakukan kepada kita. Kita tidak akan terpedaya dengan segala taktik mereka sebaliknya terus memberikan tumpuan kepada pertarungan yang sebenar. Dengan itu, sama-samalah kita berjuang.

Selamat Berjuang wahai nadi-nadi Islam!!!!

from : http://nidauljihad.blogspot.com/