Perkhemahan Integrasi Badar Sdar- Shams Lakar Sejarah

Sesi Riadah

Pada 26-29  Februari 2010 telah berlangsung satu Perkhemahan Integrasi Badar SDAR- SHAMS . Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan itu menarik penyertaan seramai 74 orang para peserta iaitu 51 dari penggerak Badar Sdar dan 23 orang Badar Shams. Perkhemahan ini telah diadakan di Bridley Training Camp Kompleks Uniti Pasir Panjang  Port Dickson.

Sesi Taklimat Konsultansi Program

Kepimpinan Dinamik bersama Abi

Dengan tema ‘Mengakar ukhuwwah Merimbun Dakwah’, perkhemahan ini berjaya menyatukan para penggerak Badar di dua buah sekolah ternama di Negeri Sembilan iaitu Sek. Dato’ Abdul Razak( SBT ) dan SMKA Sheikh Hj Mohd Said  (sekolah Kluster).

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti ice-breaking,bina pasukan, war-game, latihan ala tentera, rafting dan sesi motivasi kepimpinan dinamik yang dikendalikan oleh Abi. Program ini dibantu oleh para fasilitator dan sukarelawan Kelab Remaja Isma Seremban.

Jiwa Perkasa

Objektif utama program ini ialah mengukuhkan jatidiri penggerak Badar sebagai seorang pemimpin daie di samping medan perkongsian pengalaman Badar antara dua buah sekolah. Perkhemahan ini telah membentuk semangat team-work dan daya ketahanan bagi menghdapi segala cabaran sebagai seorang pemimpin dakwah.

Perasmian Penutup Tn. Hj Zakaria b. Md. Zin Pengetua Cemerlang Sdar

Berdiri menyanyikan lagu Badar

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua Cemerlang Sdar iaitu Tn. Hj Zakaria b. Md. Zin. Beliau mengingatkan kepentingan menjadi pemimpin yang baik dan contoh kepada para pelajar yang lain. Beliau juga berharap agar para penggerak Badar dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam mencapai wawasan beliau iaitu satu subuh satu jamaah. Pada masa yang sama beliau menggesa para penggerak Badar bersama-sama membendung gejala negatif dikalangan para pelajar SBP.

Peserta terbaik Sdr. Mohd Shafizal b. Shafie

Tahniah ..

Turut serta menghadiri majlis penutup tersebut ialah Tn. Hj. Norazam b. Hj. Nayan mewakili SMKA Sheikh Hj. Mohd Said. Peserta terbaik perkhemahan telah diberikan kepada Sdr. Mohd Shafizal b. Shafie dari Sekolah Dato’ Abdul Razak.

Mengakar Ukhuwwah Merimbun Dakwah

5 responses to “Perkhemahan Integrasi Badar Sdar- Shams Lakar Sejarah

  1. mukhayyam terbaik yg pernah disertai…
    moga aktiviti seeperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan…

  2. perkhemahan yang membina rohani dan jasmani
    terbaik..

  3. harapan kepada peserta: jangan jadi retorik, kotakan apa yang anda katakan. inya-Allah kita akan dapat yang terbaik.

  4. assalamualaikum…
    ana dr badar smk(A)Falahiah..mahu bertanya sedikit tentang program ini…
    anjuran dan cadangan dari pihak badar kah untuk melaksanakan program sebegini rupa???
    sy nak mengucapkan tahniah kepada badar sdr dan shams keran berjaya menyertai program ini….eh2 mcm sy pulak pihak penganjur program ini..hehe
    -mksud sy adakah idea dr pihak pimpinan badar sendiri untuk buat program ini..ataupun dr idea seorang guru di sekolah sdr atau shams?

    • program mukhyam adalah acara tahunan aktiviti Badar dan telah dijalankan sejak tahun 2006 lagi..cumi tahun ini dilakukan dgn mnjemput pelajar SHAMS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s