Forum “Jauh Di Mata Dekat Di Hati”

‘ Jauh Di Mata Dekat Di Hati’ begitulah tema forum Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban. Forum yang membariskan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Mohamad Kamil (pelajar sarjana UKM) dan Ustaz Mohd Sofee, pensyarah DPI Kolej Uniti.

Tema ini diketengahkan untuk mengingatkan para pelajar hakikat kecintaan kita pada Rasulullah SAW walaupun baginda telah jauh meninggalkan kita. Namun cinta dan kasih kita padanya tetap kekal dan bugar.

Majlis ini dihadiri oleh Penolong Kanan Pn. Hjh Norzila bt. Idris, Pen. Kanan HEM Tn. Hj Sahak b. Ahmadun , guru-guru dan para pelajar.Pelbagai input dan pengajaran yang diperolehi seputar forum ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azizee b. Hasan.

3 tips utama untuk menjadi pelajar cemerlang berdasarkan kehebatan Rasulullah iaitu memiliki zuriat yang unggul, kecemerlangan akhlak dan budaya kesungguhan menuntut ilmu.

Semoga forum ini mampu melestarikan budaya cemerlang  sejajar dengan Sekolah Dato’ Abdul Razak sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s