Pertembungan Sebenar

Salam buat semua,

Lailahaillallah..tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, tiada yang layak dipatuhi kecuali Allah, tiada yang layak ditakuti kecuali Allah, tiada yang patut lebih dicintai selain Allah. Tunduk, pasrah, dan tawakal hanya kepada Allah. Sesungguhnya, kalimah inilah yang akan menguatkan diri kita dimana-mana dan bila-bila sahaja.
Sidang pembaca sekalian,
Lahir dalam keadaan aman, membesar dengan keadaan riang, hidup dengan sempurna dalam negara yang indah permai ini, membuatkan kita alpa akan segala nikmat curahanNya. Sibuk mengejar kehidupan dunia, kekayaan, pangkat, kesenangan, membuatkan kita tidak sedar ada tanggungjawab yang lebih besar dan lebih berhak untuk diutamakan. Lupa akan tanggungjawab terhadap Allah serta agamaNya, Islam. Mereka berbangga kerana beragama Islam tetapi mereka tidak berbangga untuk melaksanakan tuntutannya. Justeru, menjadikan Islam kini hanya tinggal nama kerana identiti sebenarnya telah luput dan hilang dari penganutnya.

Namun, tidak dinafikan, masih ada yang ingin dan sedang mengangkat kembali martabat Islam. Malang sekali, pihak musuh juga sentiasa bersedia untuk menentang gerakan-gerakan itu sehingga ada yang futur(lemah) di tengah jalan. Cukup tersusun strategi mereka. Maka adalah amat penting untuk kita memiliki persepsi yang jelas akan medan pertembungan ini.

Jika kita mengkaji pertembungan yang berlaku antara umat Islam dengan musuhnya adalah tidak seimbang. Tiada sebab yang jelas kenapa pertembungan ini masih diteruskan. Hal ini kerana keupayaan pihak musuh adalah begitu ketara mengatasi umat Islam. Lantas, menjadikan umat Islam tidak mampu berdiri dan menentukan nasib mereka sendiri.

1) Aspek ketenteraan : Wujud jurang yang amat luas antara kekuatan tentera musuh dan kekuatan tentera Islam. Peralatan perang, teknologi perang, semuanya dikuasai dengan amat kuat oleh pihak musuh. Jurang sebegini sudah cukup untuk memihak kepada pihak yang lebih kuat malah pihak Islam sudah boleh dianggap kalah dan kehilangan taringnya. Boleh dikatakan pihak musuh telah mencapai kejayaan besar dengan aspek ini.

2) Aspek politik : Jelas sekali umat Islam masih jauh di belakang. Umat Islam masih tidak bebas untuk menentukan pendirian politik mereka sendiri.umat Islam juga tidak mampu untuk membuat keputusan untuk politik sendiri. Ironinya, pihak musuh yang menentukan sebarang keputusan politik negara yang berkesesuaian dengan agenda mereka. Walaupun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mereka itu adalah bertentangan serta tidak selari dengan agenda kita. Ada yang menjadikan penguasaaan politik adalah matlamat utama bagi pihak yang bersengketa atau berperang. Kerana dengannya, mereka akan berjaya mengambil alih pendirian dan mengawal kebebasan untuk menentukan keputusan dan seterusnya berupaya untuk menamatkan peperangan.

3) Aspek ekonomi : Umat Islam banyak menikmati pelbagai sumber kekayaan tetapi tidak mempunyai kuasa ekonominya sendiri. Malah, bukan mereka sebenarnya yang mengawal kekayaan mereka. Penjajahan ekonomi giat berlaku di negara kita. Kebanyakan golongan oppurtunis zaman ini berpendapat dengan menguasai ekonomi sepenuhnya sudah cukup untuk memberikan kemenangan hakiki untuk mereka sekali gus melambangkan kekalahan mutlak pihak lain.

Ikhwah sekalian,
Jadi, apakah sebenarnya yang diinginkan oleh pihak yang telah pun menang ini. Hakikat ini sudah cukup untuk memenangkan salah 1 pihak yang bersengketa dan mengalahkan 1 pihak yang lain. Kemenangan ini sudah cukup untuk memadamkan api peperangan. Sepatutnya, pihak yang telah menang tidak perlu lagi risau terhadap ancaman kerana pertarungan ini sebenarnya telah berakhir dengan penguasaan mutlak dari segenap lapangan oleh pihak mereka.

Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak musuh terus menerus melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kita. Mereka terus melancarkan komplot dan konspirasi terhadap pihak kita. Malah pihak musuh menganggap kita merupakan musuh utama mereka dan perlu diawasi gerak gerinya. Justeru menjadikan pertembungan ini semakin sengit. Jadi, kenapa agaknya?..yang sebenarnya, pihak musuh lebih memahami dengan tepat dan jelas akan isu serta pertembungan ini. Mereka lebih memahami hakikat ini berbanding anak bangsa kita sendiri. Oleh kerana itu, mereka terus melancarkan serangannya. Jadi, apakah sebenarnya yang mereka inginkan???

Semasa zaman penjajahan, penjajah telah berjaya memisahkan ruh Islam dari jiwa-jiwa umat Islam. Namun, mereka amat terkejut apabila melihat ada segelintir umat Islam yang begitu bersemangat dengan Islam sebaik sahaja peluang terhidang. Mereka mendapati bahawa jiwa-jiwa suci ini akan terus bersemarak untuk menjunjung Islam suatu hari nanti. Oleh itu, pihak musuh tidak mencapai kemenangan yang sebenar walaupun telah menguasai aspek ketenteraan, ekonomi, politik, dan juga keilmuan selagi mana masih wujud rijal-rijal yang siap sedia untuk mendokong Islam kembali.

Teman-teman,
Medan pertembungan yang dibimbangi oleh pihak musuh ialah peribadi-peribadi muslim itu sendiri. Musuh sentiasa berusaha untuk merosakkan keperibadian ini. Malah, mereka juga khuatir dengan muslimin yang rosak dan lena walaupun orang-orang ini tidak mampu untuk menghidupkan kembali keIslamannya. Mereka juga amat yakin bahawa masih wujud individu-individu muslim yang bersedia mendokong kembali syariat Islam dan bilangannya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Disinilah tersembunyi bahayanya kepada mereka.

Oleh itu, sedarlah pertarungan antara kita dengan mereka ialah identiti, ciri, pembentukan serta acuan Islam. Adapun, ketenteraan, ekonomi, politik, dan lain-lain adalah pertarungan sampingan dan tunjang kepada semua itu ialah keperibadian muslim itu sendiri. Maka dengan itu, pendirian kita perlulah jelas untuk bertarung di medan sebenar. Iaitulah pertarungan bagi mendidik, membentuk, dan memelihara keperibadian Islam. Persepsi ini amat jelas. Oleh itu, kita harus fokus terhadap kerja-kerja bagi membina rijal-rijal Islam. Maka, antara pendekatannya ialah menolak keganasan walaupun keganasan itu dilakukan kepada kita. Kita tidak akan terpedaya dengan segala taktik mereka sebaliknya terus memberikan tumpuan kepada pertarungan yang sebenar. Dengan itu, sama-samalah kita berjuang.

Selamat Berjuang wahai nadi-nadi Islam!!!!

from : http://nidauljihad.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s