Monthly Archives: April 2010

Kem Tunas Muda ..Ana Uhibbukum Fillah

Peserta Kem Tunas Muda bergambar bersama fasilitator

Kem Tunas Muda Sekolah Dato’ Abdul Razak kali kedua tahun 2010 telah dilaksanakan pada 23 hingga 24 April 2010 bertempat di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sasaran kem ini adalah kepada pelajar tingkatan 1 yang bertujuan menyemai ukhuwwah dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan  mengamalkan islam sebagai satu cara hidup.

Kem ini dimulakan dengan taklimat yang diberkan oleh kem komanden Kem Tunas Muda 2010, Ahmad Azfar bin Mohamaddiah. Taklimat yang bermula pada pukul   3:30 petang ini menyediakan para peserta untuk kem ini seperti peraturan-peraturan kem dan sesi taaruf ringkas bersama para fasilitator kepada peserta.

Sesi Taklimat Pengarah Sdr. Azfar

Sesi Ice Breaking

Pada pukul 5:10 petang, sesi  ‘ice breaking’ dimulakan. ‘Ice breaking’ dalam kem ini amat berbeza jika dibandingkan dengan kem lain kerana ia melibatkan aktiviti ‘outdoor’ yang  lebih tertumpu kepada permainan. Antara permainan tersebut termasuklah pembahagian kumpulan, permainan ulat, dukung-dukung, dan dedaunan cinta. Sesi ‘ice breaking’ berakhir pada pukul 6:30 petang. Peserta dibenarkan untuk makan malam dan bersiap diri.

Sdr. Mohamad AD sedang menyampaikan slot ceramah

Selepas solat maghrib berjamaah dan tilawah harian, para peserta diberika sedikit santapan rohani berupa tazkirah ringkas yang diberikan oleh Muhammad Huzaifah bin Jusoh. Tazkiarah ini menekankan pembacaan sebagai wasilah atau alat utama dalam pembelajaran. Selesai solat isya’ secara berjamaah, satu ceramah yang bertajuk 10 Ciri-Ciri Muslim telah disampaikan oleh Mohamad AD bin Satiman. Ceramah memperihalkan ciri-ciri muslim yang sepatutnya ada pada setiap individu muslim sepertimana yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna seperti kuat tubuh badan, bermanafaat kepada orang lain dan mampu berdikari. Ceramah tersebut tamat pada pukul 10:30 malam. Peserta dibenarkan untuk ‘supper’ dan menyiapkan diri serta tidur.

Keesokan harinya, senam komando bermula pada pukul 7:30 pagi. Senam komando ini diketuai oleh ahli BADAR sendiri iaitu Rais bin Abdul Rahman, Hazwan bin Kamaruzzaman dan Muhammad Najmi bin Muzairi Souza. Aktiviti senaman ini bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal para peserta dan berakhir pada pukul 8:55 pagi.

Tentatif kem diteruskan dengan aktiviti ‘explorace’ yang bermula pada pukul 9:10pagi. Akibat kelewatan peserta, mereka telah diberikan denda. ‘Explorace’ ini terdiri daripada 10 ‘checkpoint’ yang mana setiap ‘checkpoint’ mewakili setiap ciri muslim yang telah diterangkan dalam ceramah pada malam sebelumnya. Peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang telah ditentukan. Antara  tugasan tersebut termasuklah menjawikan perkataan, permainan ‘dizzy dance’, ‘human knot’ dan sebagainya. Terdapat lapan daripada sepuluh kumpulan berjaya menyelesaikan kesemua ‘checkpoint’ dalam masa yang telah ditetapkan. ‘Explorace’ ini ditangguhkan pada pukul 12:30 tengah hari dengan kesimpulan yang telah diterangkan oleh Muhammad Hazrin bin Zainal.

Pada pukul 2:30 petang pula bermula sesi perkongsian Asramaku Syurgaku selepas para peserta berehat. Perkongsian ini adalah platform bagi peserta bertanyakan sebarang soalan kepada fasilitator dan fasilitator pula berkongsi pengalamannya hidup di SDAR serta tips-tips berkesan untuk berjaya bukan sahaja dalam akademik malah lebih daripada itu. Sesi ini tidak setidak-tidaknya telah memberikan motivasi dan inspirasi kepada para peserta untuk menuruskan kehidupan di bumi SDAR dengan mencipta sejarah baruyang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Perkongsian berakhir pada pukul 3:30 petang bagi membenarkan persiapan bagi majlis penutupan Kem Tunas Muda 2010.

Majlis Penutupan Kem Tunas Muda 2010 telah bermula pada pukul 4:10 petang yang dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah, serta guru-guru panitia Pendidikan Islam. Tentatif majlis penutupan ini dimulakan dengan ucapan pengarah program, Muhammad Taufik bin Othman serta disusuli oleh ucapan penutupan yang disampaikan oleh Tn Hj Sahak bin Ahmadun, Penolong Kanan Akademik SDAR. Dalam ucapan penutupan Tn Hj Sahak, beliau menegaskan perlunya pelajar tingkatan 1 mengamalkan islam bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah pada waktu cuti. Beliau juga berkata bahawa seharusnya pelajar tingkatan 1 menggunakan masa sepenuhnya dengan aktiviti yang bermanafaat, bukan hanya dengan tidur. Dengan berakhirnya ucapan penutupan, maka berakhirlah KemTunas Muda 2010. Majlis Penutupan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan cenderamata kepada tetamu. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian lagu tema Kem Tunas Muda 2010, Sebiru Hari Ini.

Saya bagi pihak fasilitator dan penganjur Kem Tunas Muda 2010 mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah terutamanya Tuan Pengetua Cemerlang, Tn Hj Zakaria bin Md Zin kerana telah membenarkan kem ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada kepada guru-guru penasihat BADAR dan fasilitator kerana telah bertungkus-lumus merangka kem ini. Juga ucapan juataan terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah menjayakan program ini sehingga program ini berjaya dengan jayanya secara langsung mahupun tidak langsung.

Ahmad Azfar b. Mohammadiah
Komanden  Kem Tunas Muda 2010

Syabab Cergas April

Aktiviti Syabab Cergas telah diadakan pada hari sabtu petang 10 April bermatlamatkan membina ahli Badar yang memiliki Qawiy al-Jismi (Kekuatan tubuh badan).

Aktiviti yang diaturkan oleh Lujnah Sukan pada kali ini ialah bermain bola sepak. Membina kekuatan fizikal merupakan pra-syarat muwosofat individu muslim sepertimana yang digariskan oleh Imam Hasan al-Bana.

Sesi Bermain Bola

Sesi Tazkirah

Agenda membina kualiti individu muslim ini berpaksikan kekuatan tubuh badan adalah wahana melahirkan pelajar yang mampu berdepan dengan cabaran dalaman dan luaran.

Mengakar Ukhuwwah Merimbun Dakwah

Syabab Cergas Dakwah Tangkas..

Kuliah Maghrib


Aktiviti Keagamaan pada minggu ini telah diisi dengan slot Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Affandy b. Mat Noor. Beliau merupakan lulusan Syariah Universiti Madinah.

Antara intipati kuliah beliau yang disampaikan dalam bentuk soaljawab ialah :

  1. Bagaimana untuk menjadi insan yang paling berilmu?
  2. Bagaimana untuk menjadi insan yang paling baik?
  3. BagaimanBagaimana untuka untuk menjadi insan yang paling istimewa di sisi allah?
  4. Bagaimana untuk menjadi insan yang paling sempurna imannya?
  5. Bagaimana untuk menjadi insan yang murah rezeki?
  6. Bagaimana untuk menjadi insan yang makbul doanya?
  7. Bagaimana untuk menjadi insan yang ditutupi aibnya pada hari kiamat ?
  8. Apakah yang dapat menghapuskan dosa?
  9. Apakah yang dapat memadamkan api neraka jahanam?
  10. Apakah keburukan yang paling besar disisi Allah?
  11. Apakah yang dapat mengelakkan manusia daripada melakukan dosa?
  12. Apakah tempat yang paling hina di sisi Allah?
  13. Apakah tempat yang paling mulia di sisi Allah?
  14. Apakah yang dapat menjadikan manusia berkasih sayang?
  15. Apakah suara yang paling disukai Allah?

Jawapan :

  1. Bertaqwa kepada Allah.
  2. Bermanfaat pada orang lain.
  3. Banyakkan berzikir kepada Allah.
  4. Mengadu kepada Allah.
  5. Sentiasa berwuduk.
  6. Jauhi makan yang haram.
  7. Menutup keaiban orang lain.
  8. Air mata kerana taatkan dan takutkan allah.
  9. Puasa sunat
  10. akhlak yang buruk
  11. Jangan dusta.
  12. Pasar
  13. masjid
  14. Sebarkan salam
  15. Suara membaca al-Quran.

Lujnah Dakwah BADAR Sdar.

BADAR SDAR SERTAI SEMINAR 60 TAHUN PASCA TRAGEDI NATRAH

Perasmian oleh Tn. Hj Selamat b. Paigo, Ketua Penolong Pengarah Bah. Pengurusan Masjid JHEAINS

Sabtu 10 April 2010 bertempat di Masjid Qariah Sikamat, pihak Badar bersama ahli-ahli Persatuan Sejarah dan Kelab Adat Perpatih SDAR telah menghadiri Seminar 60 Tahun Pasca Tragedi Natrah Menghayati Perjuangan Bangsa dan Agama anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan seremban dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid JHEAINS.

Sebahagian ahli Badar yang menghadiri Seminar Pasca 60 Tahun Tragedi Natrah

Seminar ini bertujuan mendedahkan sejarah Natrah dan hubungkaitnya dengan perjuangan  membina kekuatan kesatuan umat Islam Melayu . Ini kerna tragedi natrah telah membawa demonstrasi besar-besaran dikalangan umat Islam bagi menyelamatkan akidah dari tergadai. Seluruh umat Islam Melayu bangun dan bangkit demi mempertahankan kesucian akidah mereka serta menanggalkan pakaian kelompok masing-masing.

Sesi Rehat : Menjamah Hidangan Yang Disediakan

Datin Fatini bt. Yaakob semasa sesi soaljawab

Seminar ini mengetengahkan ceramah yang disampaikan oleh Datin Fatini bt. Yaakub selaku pengarang buku Natrah : Cinta ,Rusuhan dan Air Mata . Guru Sekolah dato’ Abdul Razak, Hasmahan Abdul Rahman berkata, pentingnya pelajar diberi pendedahan dalam bentuk seminar berhubung isu Natrah kerana masih ramai tidak mengetahui dan mengenali insan bernama Natrah dalam sejarah.

Buku Tulisan Datin Fatini

Seminar ini menarik penyertaan seramai 400 orang pelajar, guru-guru Kafa dan masyarakat setempat. Kehadiran para peserta Badar SDAR akan dapat meningkatkan kefahaman tentang salah satu tragedi penting yang berlaku di dalam sejarah umat Islam  Melayu bagi mengembalikan semula kesatuan dan izzah muslimin.

 

Liputan Seminar Natrah di Sinar Harian

Sunnah Berdakwah

Disebalik kesibukan orang ramai menyambut suatu tarikh keramat yang begitu bersejarah bagi umat Islam iaitu kelahiran Rasulullah yang agung. Marilah kita sama-sama ikhlaskan niat kita menyambutnya kerana ibadah semata-mata kerana Allah dan bukan kerana adat kebiasaan orang kita yang meraikannya saban tahun. Namun, yang sebenarnya dituntut ialah pengamalan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita. Kerana sesungghunya Allah telah berfirman ‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik contoh..’. Itulah dia seorang insan yang mulia yang akhlaknya merupakan AlQuran. Moga dengan peristiwa mengingati kelahiran insan mulia ini semakin menyemarakkan semangat rasa sayang serta cinta untuk mengamalkan sunnah yang ditinggalkannya.

Antara sunnah yang besar dan amat payah untuk diaplikasikan oleh masyarakat sekarang ialah sunnah berdakwah. Walhal, tanpa dakwah nabi mana mungkin kita akan mengenal Islam pada hari ini. Mungkin mereka yang tidak berminat dengan sunnah ini tidak mengerti, tidak memahami peri pentingnya sunnah ini untuk terus diamalkan oleh setiap insan. oleh itu, untuk berdakwah kita perlulah mencontohi apa yang telah dilakukan Rasulullah.

Era Mekah merupakan tahapan dakwah pertama yang sangat penting dalam sejarah Islam yang perlu di kaji dan di fahami. Kerana pemahaman yang jelas terhadap proses pembinaan para sahabat atau kader-kader dakwah untuk menjadi tonggak dakwah akan memberikan kita suatu gambaran yang sungguh unik tentang gerak kerja dakwah Rasulullah SAW. Sepanjang period 13 tahun di Mekah, di kisahkan hanya lebih kurang 313 sahaja orang yang menerima dakwah Rasulullah, yang mana majoritinya terdiri daripada golongan bawahan iaitu hamba dan orang miskin.

Tarbiyah di pusatkan oleh Rasulullah SAW kepada generasi awal ‘as-sabiqunal awwalun’ dengan pelbagai cara. Proses pembinaan berlaku setiap masa dan setiap peristiwa dengan acuan Al-Quran yang menunjukkan jalan. Tarbiyah pada tahap awal yang dilakukan Rasulullah SAW adalah menanamkan aqidah tauhid dan menghancurkan jahiliyyah. Allah adalah dzat yang disembah dan diikuti, bukan berhala yang berada di sekeliling Mekah. Ma’rifatullah adalah tonggak dan iman yang mendalam kepada Allah dan Rasullah yang menjadi dasar penting dalam keperibadian seorang Muslim.

Di rumah Darul Arqam, di sinilah kajian-kajian tarbiyah yang berupa pembacaan ayat suci Al-uran, nasihat dan tazkiyah ruhani diberikan langsung oleh sang murobbi agung. Sehari demi sehari, seminggu demi seminggu dan berbulan-bulan jamaah Islam pertama terbentuk di rumah Al-Arqam. Halaqah(pertemuan) yang dilakukan Rasulullah inilah yang kemudian melahirkan Syaksiyah Islamiyah, keperibadian Muslim pertama walaupun wahyu belum turun lengkap tetapi aqidah telah tertanam kukuh. Mereka hanya disibukkan dengan kajian-kajian ayat Allah dan proses pensucian jiwa, jauh daripada memikirkan hal-hal lain.

Rasulullah SAW juga melakukan tarbiyah fardhiyah dengan merekrut Abu Bakar, Uthman dan ahli keluarganya seperti Ali. Mereka di asuh di dalam halaqah-halaqah yang berbeza. Rasulullah membahagi beberapa halaqah di Mekkah sehingga tidak mencurigakan kaum musyrikin.

Para sahabat terus dibina dengan pelbagai sarana. Fitnah, gangguan, kutukan dan penyeksaan kaum kafir menjadi ujian untuk membuktikan keberhasilan tarbiyah yang mereka perolehi daripada Rasulullah. Untuk menjadikan mereka lebih cekal dan tabah, Allah s.w.t pernah mewajibkan Qiamullail selama setahun sebagai bekal untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh sukar.

Yang akan kekal bersama Islam hanyalah mereka yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.Dan inilah sunnah susunan dan pemilihan dalam peringkat awal dakwah Rasulullah, menyediakan tulang-tulang belakang atau tonggak kepada dakwah, yang terdiri daripada mereka yang sanggup menyediakan diri untuk menanggung segala bebanan. Itulah yang dikatakan sebagai Qaedah Sulbah.
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

Orang yang masuk Islam ketika itu adalah orang yang mewakafkan diri kepada Allah dan sanggup menanggung azab tentangan kaum kafir Quraisy. Allah menyediakan mereka agar menjadi pasukan yang sangat mantap untuk menjunjung risalah Islam. Dengan suasana mereka ditekan para penguasa, dengan jumlah dan kekuatan individu yang sanggup mengikut tarbiyyah yang sedikit, pada peringkat ini mereka di latih dengan kesabaran yang dahsyat.
“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang “Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat.” (An-Nisa: 77)

Begitulah fasa awal dakwah Baginda yang ternyata telah melahirkan peribadi-peribadi unggul iaitu ahli Badar. Walaupun jumlahnya tidak banyak namun jelas sekali kekuatan aqidah serta keimanan mereka sudah cukup untuk memuliakan Islam dengan kemenangan yang diperolehi daripada perang Badar. Jadi, tidak boleh tidak kita juga perlu melakukan apa yang dilakukan Rasulullah iaitu membina peribadi manusia terlebih dahulu sebelum undang-undang.akhir kata, mari sama-sama kita memasakkan sunnah berdakwah ini dalam diri kita agar ianya akan membuahkan hasil yang manis. InsyaAllah.