Sunnah Berdakwah

Disebalik kesibukan orang ramai menyambut suatu tarikh keramat yang begitu bersejarah bagi umat Islam iaitu kelahiran Rasulullah yang agung. Marilah kita sama-sama ikhlaskan niat kita menyambutnya kerana ibadah semata-mata kerana Allah dan bukan kerana adat kebiasaan orang kita yang meraikannya saban tahun. Namun, yang sebenarnya dituntut ialah pengamalan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita. Kerana sesungghunya Allah telah berfirman ‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik contoh..’. Itulah dia seorang insan yang mulia yang akhlaknya merupakan AlQuran. Moga dengan peristiwa mengingati kelahiran insan mulia ini semakin menyemarakkan semangat rasa sayang serta cinta untuk mengamalkan sunnah yang ditinggalkannya.

Antara sunnah yang besar dan amat payah untuk diaplikasikan oleh masyarakat sekarang ialah sunnah berdakwah. Walhal, tanpa dakwah nabi mana mungkin kita akan mengenal Islam pada hari ini. Mungkin mereka yang tidak berminat dengan sunnah ini tidak mengerti, tidak memahami peri pentingnya sunnah ini untuk terus diamalkan oleh setiap insan. oleh itu, untuk berdakwah kita perlulah mencontohi apa yang telah dilakukan Rasulullah.

Era Mekah merupakan tahapan dakwah pertama yang sangat penting dalam sejarah Islam yang perlu di kaji dan di fahami. Kerana pemahaman yang jelas terhadap proses pembinaan para sahabat atau kader-kader dakwah untuk menjadi tonggak dakwah akan memberikan kita suatu gambaran yang sungguh unik tentang gerak kerja dakwah Rasulullah SAW. Sepanjang period 13 tahun di Mekah, di kisahkan hanya lebih kurang 313 sahaja orang yang menerima dakwah Rasulullah, yang mana majoritinya terdiri daripada golongan bawahan iaitu hamba dan orang miskin.

Tarbiyah di pusatkan oleh Rasulullah SAW kepada generasi awal ‘as-sabiqunal awwalun’ dengan pelbagai cara. Proses pembinaan berlaku setiap masa dan setiap peristiwa dengan acuan Al-Quran yang menunjukkan jalan. Tarbiyah pada tahap awal yang dilakukan Rasulullah SAW adalah menanamkan aqidah tauhid dan menghancurkan jahiliyyah. Allah adalah dzat yang disembah dan diikuti, bukan berhala yang berada di sekeliling Mekah. Ma’rifatullah adalah tonggak dan iman yang mendalam kepada Allah dan Rasullah yang menjadi dasar penting dalam keperibadian seorang Muslim.

Di rumah Darul Arqam, di sinilah kajian-kajian tarbiyah yang berupa pembacaan ayat suci Al-uran, nasihat dan tazkiyah ruhani diberikan langsung oleh sang murobbi agung. Sehari demi sehari, seminggu demi seminggu dan berbulan-bulan jamaah Islam pertama terbentuk di rumah Al-Arqam. Halaqah(pertemuan) yang dilakukan Rasulullah inilah yang kemudian melahirkan Syaksiyah Islamiyah, keperibadian Muslim pertama walaupun wahyu belum turun lengkap tetapi aqidah telah tertanam kukuh. Mereka hanya disibukkan dengan kajian-kajian ayat Allah dan proses pensucian jiwa, jauh daripada memikirkan hal-hal lain.

Rasulullah SAW juga melakukan tarbiyah fardhiyah dengan merekrut Abu Bakar, Uthman dan ahli keluarganya seperti Ali. Mereka di asuh di dalam halaqah-halaqah yang berbeza. Rasulullah membahagi beberapa halaqah di Mekkah sehingga tidak mencurigakan kaum musyrikin.

Para sahabat terus dibina dengan pelbagai sarana. Fitnah, gangguan, kutukan dan penyeksaan kaum kafir menjadi ujian untuk membuktikan keberhasilan tarbiyah yang mereka perolehi daripada Rasulullah. Untuk menjadikan mereka lebih cekal dan tabah, Allah s.w.t pernah mewajibkan Qiamullail selama setahun sebagai bekal untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh sukar.

Yang akan kekal bersama Islam hanyalah mereka yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.Dan inilah sunnah susunan dan pemilihan dalam peringkat awal dakwah Rasulullah, menyediakan tulang-tulang belakang atau tonggak kepada dakwah, yang terdiri daripada mereka yang sanggup menyediakan diri untuk menanggung segala bebanan. Itulah yang dikatakan sebagai Qaedah Sulbah.
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

Orang yang masuk Islam ketika itu adalah orang yang mewakafkan diri kepada Allah dan sanggup menanggung azab tentangan kaum kafir Quraisy. Allah menyediakan mereka agar menjadi pasukan yang sangat mantap untuk menjunjung risalah Islam. Dengan suasana mereka ditekan para penguasa, dengan jumlah dan kekuatan individu yang sanggup mengikut tarbiyyah yang sedikit, pada peringkat ini mereka di latih dengan kesabaran yang dahsyat.
“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang “Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat.” (An-Nisa: 77)

Begitulah fasa awal dakwah Baginda yang ternyata telah melahirkan peribadi-peribadi unggul iaitu ahli Badar. Walaupun jumlahnya tidak banyak namun jelas sekali kekuatan aqidah serta keimanan mereka sudah cukup untuk memuliakan Islam dengan kemenangan yang diperolehi daripada perang Badar. Jadi, tidak boleh tidak kita juga perlu melakukan apa yang dilakukan Rasulullah iaitu membina peribadi manusia terlebih dahulu sebelum undang-undang.akhir kata, mari sama-sama kita memasakkan sunnah berdakwah ini dalam diri kita agar ianya akan membuahkan hasil yang manis. InsyaAllah.

One response to “Sunnah Berdakwah

  1. Saya pernah terbaca satu artikel yang menyebut seorang Pendakwah ,Ahmed Deedat pernah berkata “Orang Melayu adalah Bangsa yang kedekut”

    Beliau berkata sedemikian kerana jiran yg bukan Islam ( Cina & India ) tidak mengenali islam waluupun sudah hidup berjiran bertahun ,pendakwah Melayu bertumpu lebih kepada Bangsa Sendiri.

    Beliau menambah, di Afrika , jiran bukan Islam mempunyai pengetahuan islam yang baik hasil dakwah jiran islam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s