Kem Tunas Muda ..Ana Uhibbukum Fillah

Peserta Kem Tunas Muda bergambar bersama fasilitator

Kem Tunas Muda Sekolah Dato’ Abdul Razak kali kedua tahun 2010 telah dilaksanakan pada 23 hingga 24 April 2010 bertempat di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sasaran kem ini adalah kepada pelajar tingkatan 1 yang bertujuan menyemai ukhuwwah dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan  mengamalkan islam sebagai satu cara hidup.

Kem ini dimulakan dengan taklimat yang diberkan oleh kem komanden Kem Tunas Muda 2010, Ahmad Azfar bin Mohamaddiah. Taklimat yang bermula pada pukul   3:30 petang ini menyediakan para peserta untuk kem ini seperti peraturan-peraturan kem dan sesi taaruf ringkas bersama para fasilitator kepada peserta.

Sesi Taklimat Pengarah Sdr. Azfar

Sesi Ice Breaking

Pada pukul 5:10 petang, sesi  ‘ice breaking’ dimulakan. ‘Ice breaking’ dalam kem ini amat berbeza jika dibandingkan dengan kem lain kerana ia melibatkan aktiviti ‘outdoor’ yang  lebih tertumpu kepada permainan. Antara permainan tersebut termasuklah pembahagian kumpulan, permainan ulat, dukung-dukung, dan dedaunan cinta. Sesi ‘ice breaking’ berakhir pada pukul 6:30 petang. Peserta dibenarkan untuk makan malam dan bersiap diri.

Sdr. Mohamad AD sedang menyampaikan slot ceramah

Selepas solat maghrib berjamaah dan tilawah harian, para peserta diberika sedikit santapan rohani berupa tazkirah ringkas yang diberikan oleh Muhammad Huzaifah bin Jusoh. Tazkiarah ini menekankan pembacaan sebagai wasilah atau alat utama dalam pembelajaran. Selesai solat isya’ secara berjamaah, satu ceramah yang bertajuk 10 Ciri-Ciri Muslim telah disampaikan oleh Mohamad AD bin Satiman. Ceramah memperihalkan ciri-ciri muslim yang sepatutnya ada pada setiap individu muslim sepertimana yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna seperti kuat tubuh badan, bermanafaat kepada orang lain dan mampu berdikari. Ceramah tersebut tamat pada pukul 10:30 malam. Peserta dibenarkan untuk ‘supper’ dan menyiapkan diri serta tidur.

Keesokan harinya, senam komando bermula pada pukul 7:30 pagi. Senam komando ini diketuai oleh ahli BADAR sendiri iaitu Rais bin Abdul Rahman, Hazwan bin Kamaruzzaman dan Muhammad Najmi bin Muzairi Souza. Aktiviti senaman ini bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal para peserta dan berakhir pada pukul 8:55 pagi.

Tentatif kem diteruskan dengan aktiviti ‘explorace’ yang bermula pada pukul 9:10pagi. Akibat kelewatan peserta, mereka telah diberikan denda. ‘Explorace’ ini terdiri daripada 10 ‘checkpoint’ yang mana setiap ‘checkpoint’ mewakili setiap ciri muslim yang telah diterangkan dalam ceramah pada malam sebelumnya. Peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang telah ditentukan. Antara  tugasan tersebut termasuklah menjawikan perkataan, permainan ‘dizzy dance’, ‘human knot’ dan sebagainya. Terdapat lapan daripada sepuluh kumpulan berjaya menyelesaikan kesemua ‘checkpoint’ dalam masa yang telah ditetapkan. ‘Explorace’ ini ditangguhkan pada pukul 12:30 tengah hari dengan kesimpulan yang telah diterangkan oleh Muhammad Hazrin bin Zainal.

Pada pukul 2:30 petang pula bermula sesi perkongsian Asramaku Syurgaku selepas para peserta berehat. Perkongsian ini adalah platform bagi peserta bertanyakan sebarang soalan kepada fasilitator dan fasilitator pula berkongsi pengalamannya hidup di SDAR serta tips-tips berkesan untuk berjaya bukan sahaja dalam akademik malah lebih daripada itu. Sesi ini tidak setidak-tidaknya telah memberikan motivasi dan inspirasi kepada para peserta untuk menuruskan kehidupan di bumi SDAR dengan mencipta sejarah baruyang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Perkongsian berakhir pada pukul 3:30 petang bagi membenarkan persiapan bagi majlis penutupan Kem Tunas Muda 2010.

Majlis Penutupan Kem Tunas Muda 2010 telah bermula pada pukul 4:10 petang yang dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah, serta guru-guru panitia Pendidikan Islam. Tentatif majlis penutupan ini dimulakan dengan ucapan pengarah program, Muhammad Taufik bin Othman serta disusuli oleh ucapan penutupan yang disampaikan oleh Tn Hj Sahak bin Ahmadun, Penolong Kanan Akademik SDAR. Dalam ucapan penutupan Tn Hj Sahak, beliau menegaskan perlunya pelajar tingkatan 1 mengamalkan islam bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah pada waktu cuti. Beliau juga berkata bahawa seharusnya pelajar tingkatan 1 menggunakan masa sepenuhnya dengan aktiviti yang bermanafaat, bukan hanya dengan tidur. Dengan berakhirnya ucapan penutupan, maka berakhirlah KemTunas Muda 2010. Majlis Penutupan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan cenderamata kepada tetamu. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian lagu tema Kem Tunas Muda 2010, Sebiru Hari Ini.

Saya bagi pihak fasilitator dan penganjur Kem Tunas Muda 2010 mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah terutamanya Tuan Pengetua Cemerlang, Tn Hj Zakaria bin Md Zin kerana telah membenarkan kem ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada kepada guru-guru penasihat BADAR dan fasilitator kerana telah bertungkus-lumus merangka kem ini. Juga ucapan juataan terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah menjayakan program ini sehingga program ini berjaya dengan jayanya secara langsung mahupun tidak langsung.

Ahmad Azfar b. Mohammadiah
Komanden  Kem Tunas Muda 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s