Selamat Hari Guru 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warga pelajar dan pendidik sekalian,

Saban tahun , setiap 16 Mei seluruh warga pelajar dan pendidik menyambut Hari Guru. Kata pujangga “Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain”. Ungkapan ini mengingatkan kita jasa dan sumbangan bakti para guru dalam mendidik dan membina sahsiah para pelajar.Tarikh 16 Mei dipilih sebagai tarikh keramat Sambutan Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan ketika itu.

Para pelajar sekalian,

Apabila kita berbicara tentang guru. Kita tidak lari dari memperkatakan tentang pelajar. Guru dan pelajar ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku. Ini menunjukkan keintiman dan keakraban antara guru dan para pelajar. Kejayaan dan kecemerlangan seorang pelajar bergantung kepada kehebatan seorang guru dalam mendidik dan membimbing para pelajar.

Sejarah telah merakamkan bahawa kejayaan sebuah negara bergantung kepada taraf dan kualiti pendidikan bangsa negara tersebut. Lantaran itu usaha membina kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kejayaan dan kualiti para guru melaksanakan tugas mereka sebagai mudarris, muallim, murobbi dan mursyid.

Para pelajar sekalian,

Kini Sekolah Dato’ Abdul Razak  telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT). Usaha mengekalkan kecemerlangan ini terletak dibahu kita semua. Di atas pundak kitalah jatuh bangun sekolah tercinta ini. Seluruh warga pelajar dan pendidik mestilah berganding bahu sederap melangkah melestarikan kecemerlangan Sekolah Dato’ Abdul Razak.

Bersempena sambutan Hari Guru ini, marilah sama-sama kita meningkatkan kompetensi diri kita sebagai pelajar yang berwatak mandiri, bersahsiah tinggi, towering personality, berfikiran global dan berjiwa islami. Marilah kita menghargai jasa dan sumbangan bakti para guru kita yang tidak jemu-jemu mendidik dan membimbing kita.

Pihak Kepimpinan BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ buat semua warga pendidik khususnya para guru Sekolah Dato’ Abdul Razak dibawah pimpinan ayahanda tercinta Tn. Hj. Zakaria b. Md. Zin. Semoga jasa dan bakti kalian menjadi amal jariah di akhirat nanti.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

(Usman Awang 1979)

Selamat Hari Guru…Guru Pembina Negara Bangsa

Sdr. Ahmad Syafiq Aizat b. Nazri
Presiden BADAR 2010

One response to “Selamat Hari Guru 2010

  1. salam,

    Saya terlewat dan ketinggalan ada laman BADAR. Alhamdullilah saya ingin beri sedikit pendapat tentang kesan BULI terhadap para pelajar, mungkin BADAR dapat melakukan sesuatu terhadap kegiatan yang tidak elok ini. Walaupun ianya tidak menjadi isu besar dalam SDAR tapi masih ada juga (yang saya tahu) seorang dua yang masih suka membuli rakan rakan dan junior. Secara am murid murid ini tidak mahu melaporkan tentang kegiatan ini kerana pada pendapat mereka ah! tidak apa lama lama esok jadi biasa. cuma saya nak badar dapat melakukan sesuatu untuk menyedarkan anak anak ini apa kesan membuli dan kena buli dikalangan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s