Jom Solat

Ramai orang bercakap tentang kualiti dan menginginkan sesuatu yang terbaik. Dan tahap kualiti itu pula berbeza-beza mengikut kemampuan dan pemahaman seseorang. Ada orang yang merasakan rumah teres dua tingkatnya yang sudah diubahsuai adalah yang terbaik, sedangkan ada pemilik banglo yang belum merasai kediaman yang terbaik dan berkualiti, kerana merasakan dia mampu memiliki sebuah villa.

Begitu juga dalam urusan keduniaan yang lain, dari golongan anak-anak kecil sehinggalah orang tua dan dari sekecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya, semuanya mahukan sesuatu yang paling baik.  Keinginan ini adalah disebabkan oleh kepuasan dan kehormatan diri serta mahukan penilaian dari orang lain.

Sebaliknya apakah kita merasakan kepuasan diri dalam beribadah, dan  bagaimana pula penilaian Allah SWT terhadap ibadah itu? Kita bersungguh untuk mendapatkan barang yang berkualiti kerana barang itu  boleh dipegang, dilihat dan dirasa. Tetapi sejauh mana iman kita untuk bersungguh-sungguh mendapat  pahala yang tidak kelihatan, dan berusaha sedaya upaya untuk tidak menambah dosa yang juga tidak kelihatan?

Pahala mendirikan solat tidak boleh dipegang dan tidak kelihatan, tetapi kualiti iman yang tinggi akan meyakini bahawa akan memperoleh lebih 27 darjat jika solat berjemaah. Walaupun pahala itu tidak dapat dipegang dan dilihat, tetapi orang yang khusyuk akan merasai kepuasan hati mendirikan solat. Apakah sama ganjaran pahala untuk orang yang tahap khusyuknya berbeza-beza? Dari Ammar bin Yasir, sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya seorang hamba menunaikan solat tetapi tidak dtulis untuknya seperempat dan tidak sepersepuluh”, (HR Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban). Sentiasa solat berjemaah dan solat yang  khusyuk itu bermaksud sentiasa menjaga kualiti  ibadah.

Di dalam rahim ibu, sistem pendengaran ialah pancaindera yang pertama berfungsi, kemudian diikuti oleh penglihatan. Setelah manusia lahir, fungsi otak untuk berimaginasi (berangan-angan) lebih aktif dari fungsi lain. Maka gabungan ketiga-tiga fitrah biologi ini sangat membantu untuk manusia memberi fokus terhadap kerja  hariannya. Solat itu adalah kerja, satu perbuatan. Bagaimana fungsi fitrah biologi boleh membantu kekhusyukan dalam solat?

Mendengar satu persatu bacaan sendiri, bermula dari takbir dan semua bacaan pada semua rukun, kemudian mendengar pula semua bacaan imam, termasuk takbir bertukar rukun, otak pasti akan memberi tumpuan kepada apa yang didengar walaupun tidak memahami bacaan itu. Manakala penglihatan yang biasanya ‘meliar’ ketika di luar solat, tetapi otak akan memberi fokus apabila mata terfokus pada tempat sujud sahaja. Proses yang sengaja berusaha kekal melihat pada tempat sujud ini, ini juga dinamakan khusyuk. Dan akan lebih bertambah  tumpuan pada ‘kerja’ solat itu, apabila mengimaginasikan Kaabah, imaginasi syurga dan neraka, serta mengimaginsaikan bentuk-bentuk ayat yang sedang dilafaz ketika solat.

Gabungan semua perkara di atas, perlukan latihan dan diulang-ulang pada solat fardu dan sunat, selain latihan menjaga pergerakan dalam solat. Jika bersenam juga mempunyai kaedah dan displin yang tertentu, tetapi mengapa ramai orang pergerakan solatnya sambil lewa?

Keinginan yang kuat untuk memastikan solat itu sentiasa mencapai kepuasan diri sendiri dan berkualiti, juga perlu kepada latihan dan tersemat dalam minda setiap kali sebelum solat.

Apa yang lebih penting ialah latihan-latihan yang disengajakan ketika solat, sepatutnya melatih minda kita sentiasa fokus dan keinginan yang tinggi untuk melakukan sesuatu perkara. Melatih telinga terhadap bacaan solat, sebagai latihan untuk istiqamah memberi tumpuan akan apa yang didengar. Ramai orang gagal mendapat maklumat kerana gagal mendengar dengan baik. Begitu juga otak yang sentiasa dilatih untuk berimaginasi, sebenarnya dengan sendiri telah merangsang otak kanan. Orang biasa lebih menggunakan otak kiri sedangkan orang hebat selalunya menggunakan kedua-dua otaknya, sedangkan kedua-dua otak boleh diaktifkan ketika solat yang berkualiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s