Ucapan Dasar Presiden Badar 2010


PERKUKUHKAN UKHUWAH,MANTAPKAN TARBIAH

UCAPAN TEMA MUKTAMAR
BADAN AGAMA DAKWAH AKHLAK DAN ROHANI
KALI KE-5
Sdr. Ahmad Syafiq Aizat Bin Nazri
(Presiden BADAR 2010)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,
Yang berbahagia Tn. Pengetua Cemerlang, Tn, Hj Zakaria bt. Md. Zin
Yang Dihormati En. Muhammad Yazid b. Abdul Wahab Guru Penolong Kanan HEM
Barisan guru-guru penasihat Badar,
Yang dikasihi sof kepimpinan Badar 2010,
Yang dihormati penggerak Badar dan ahli-ahli BADAR yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama sekali marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan barakah dan sakinah-Nya dapat kita berkumpul pada hari ini dalam menjayakan Muktamar Tahunan BADAR kali ke-5  pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas Rasullullah yang mulia,kaum  kerabat baginda dan para sahabat serta mereka yang berjihad dan berdakwah di jalan Allah SWT. Jazakallah  dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan atas kehadiran dan komitmen ahli-ahli BADAR  sekalian. Semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan sekalian.

Ahli-ahli BADAR sekalian,

Allah SWT telah berfirman,

“Kamu adalah sebaik-baik umat(Muhammad) yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan(maaruf) dan mencegah kepada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah(dengan sebenar-benar iman) ”

Sesunguhnya kita perlu menyedari bahawa Ummat Islam mengikut taarif Allah S.W T adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan di antara ummat manusia kerana mereka sentiasa berjhad menegakkan AL-Maaruf dan di waktu yang sama juga mereka mencegah yang Mungkar. Mereka adalah contoh yang terbaik dan pilihan kerana mereka yakin akan wujudnya Allah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada Allah S.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiap saat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka sesama mereka(berjamaah)  ataupun berseorangan.

Khusyuk Mendengar ucapan

Jika ucapan dasar muktamar 2008 iaitu ‘Membina Generasi Soleh Wal Musleh’ dan pada tahun 2009 pula  ialah ‘BADAR-Bersama mendidik dan berbakti ‘ menjadi saranan dan gagasan hasrat buat ahli Badar sekalian, maka tema ucapan dasar muktamar pada tahun ini ialah ‘Perkukuhkan Ukhuwah, Mantapkan Tarbiah’. Ukhuwah dan tarbiah sememangnya tidak boleh lari daripada kehidupan dan agenda kita sebagai Da’i. Kedua-dua elemen ini penting dalam menjadi prasyarat untuk terus menyuburkan dakwah dan memacu perubahan terbaik kepada pelajar SDAR.

PERKUKUHKAN UKHUWAH,MANTAPKAN TARBIAH

Dengan tema ‘Perkukuhkan Ukhuwah, Mantapkan Tarbiah’ , kita harus mempersiapkan diri dengan kekuatan ilmu dan semangat. Ilmu itu kita jadikan sebagai tarbiyah untuk kita terus memacu dakwah di bumi SDAR ini. Hakikatnya, kita perlu sedar bahawa ilmu semata-mata tidak dapat membentuk manusia agar benar-benar bertanggungjawab kepada Islam. Hari ini ramai orang mempunyai ilmu Islam tetapi Islam tidak dapat dilihat dalam praktik hidup mereka. Mereka sebenarnya masih belum beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar Iman. Apabila seseorang itu tidak patuh kepada Allah SWT dalam semua bidang hidup, maka bermakna imannya masih lemah. Oleh yang demikian ilmu Islam perlu ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Imaniyyah hingga lahir kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Kita perlu diproses hingga kita menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Barisan guru-guru penasihat Badar

Melalui proses ini, hati kita akan merasa betul dan tepat dengan tuntutan ajaran Allah SWT. Ingatlah, kepatuhan kita kepada ajaran Rasulullah SAW, bukanlah sekadar di dalam program-program rasmi sahaja. Jika kepatuhan kita sedemikian, bermakna Islam itu belum lagi lahir dalam bentuk malakah (sebati) pada diri dan dalam jiwa kita. Kita memerlukan pendidikan Islam (Tarbiah)secara berterusan agar Islam menjadi sebati dengan kita. Kita perlu dididik hingga Iman itu lahir dalam bentuk tindakan. Kita perlu dididik hingga kita berbuat sesuatu kerana Islam. Hidup dan mati untuk Islam. Barulah lahir “Perhambaan Total Kepada Allah”.

Sdr. Muhamad Najmi membentang Laporan Aktiviti Tahunan

Sekiranya kita tidak ditarbiah kemungkinan kita lakukan sesuatu bukan untuk Islam atau Allah. Apabila melakukan sesuatu tidak kerana Allah maka Allah tidak akan menerima amalan tersebut. Apabila kita melakukan sesuatu kerja Islam, kita perlu benar-benar mencari keredhaan Allah SWT, tanpa mengambil kira keuntungan duniawi. Kita tidak memerlukan dorongan-dorongan lain untuk melakukan kerja-kerja Islam. Kita hanya mengharap janji-janji Allah SWT. Sesiapa yang lebih melakukan amal Islami dengan ikhlas maka dialah yang lebih mendapat pahala. Bagi mereka yang hidup hanya mencari keredhaan Allah SWT, apa yang ada di sisi mereka seperti harta, tenaga dan jiwa adalah untuk Allah SWT semata-mata.

Dengan aqidah yang bersih dan amal yang ikhlas, kita akan menjadi Tentera ‘Aqidah Wa Fikrah. Pahlawan yang benar-benar mempunyai sifat Jundiyyah(perajurit) yang dibina atas dasar Islam.

Sdr. Rais membentang Laporan Kewangan

Dengan penyerahan total kepada Allah SWT, barulah kita boleh melahirkan tentera aqidah dan fikrah iaitu tentera yang menerima arahan daripada kepimpinan dalam rangka melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah SWT. Tentera yang bekerja kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Sayyidina Khalid Ibn al-Walid telah memberikan contoh kita. Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat. Sememangnya kita perlu dilatih untuk mencapai tahap sedemikian. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah.” Surah al-An’am: ayat 162-163.

Ahli BADAR sekalian,

Untuk menjamin kita Iltizam dengan Islam sepenuhnya, kita perlulah bersama-sama dalam satu pasukan Organisasi atau pasukan yang benar-benar ingin melaksanakan Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Huzaifah yang bermaksud, “Hendaklah kamu berada bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka.” Ibn Mas’ud menjelaskan tentang jamaah, katanya, “Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”

Hadis ini menunjukkan kepada kita akan kepentingan berjamaah atau berorganisasi. Namun, perlu diingat, organisasi hanya akan mampu diwujudkan apabila terjalinnya ukhuwah. Dalam membentuk jamaah yang mulia kerana berjihad di jalan Allah ini, maka ukhuwah itu memainkan peranan yang sangat penting. Ukhuwah kita bukan ukhuwah gelak ketawa, riang ria dan bergembira hingga lupa kepad yang Esa. Ukhuwah yang nigin kita bina ialah ukhuwah islamiah yang menjadi kekuatan kita untuk terus memantapkan organisasi dan gerak kerja kita. Ukhuwah yang mahu kita perkukuhkan ialah dengan merasakan nikmat kasih sayang dalam persaudaraan. Al-Hubbu Fillah menjadi pegangan untuk kita terus mengukuhkan ikatan hati dengan mencintai sahabat-sahabat kita yangbersama-sama dalam jamaah ini untuk menegakkan kalimah La Ilaha Illallah. Imam Muslim pernah meriwayatkan sabda Rasulullah:

Penyerahan tugas Kepimpanan Badar 2010 pada Tn. Pengetua Cemerlang

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam berkasih sayang, saling cinta-mencintai dan berlemah-lembut adalah seperti satu tubuh yang jika mengalami sebahagian anggotanya sakit maka seluruh tubuhnya turut merasakannya dengan berjaga malam dan merasai demam”.

Kerana itulah,As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:

“Ukhuwah yang saya maksudkan ialah ikatan hati dan roh yang ditautkan dengan ikatan akidah. Ikatan akidah merupakan ikatan yang paling ampuh dan berharga. Ukhuwah ialah saudara iman dan perpecahan pula ialah saudara kekufuran. Kekuatan organisasi yang pertama ialah ukhuwah. Ukhuwah tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Serendah-rendah tingkat kasih sayang ialah berlapang dada dan yang setinggi-tinggi martabat kasih sayang ialah ithar(mengutamakan  saudaranya daripada diri sendiri”.

Oleh itu, Imam Al-Banna telah menggariskan dan meletakkan platform yang menjadi prasyarat kepada asas kejayaan sesuatu organisasi berteraskan dua kekuatan utama iaitu:

Kekuatan IMAN

Kekuatan UKHUWAH

Tanpa  ukhuwah dan tarbiah maka tiadalah ruh berorganisasi. Apabila tiada organisasi, tiadalah Islam yang syumul. Oleh itu kita ingin berada dalam kumpulan-kumpulan yang benar-benar mengambil ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.Kita perlu mencari untuk menyertainya. Apabila kita bersama-sama kumpulan ini, barulah kita dapat malaksanakan Islam secara syumul. Firman Allah SWT:

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan da’wah ini. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh alam.”.Surah al-An’am: ayat 90.

Sekiranya da’wah ditolak di suatu tempat maka di tempat lain da’wah itu diterima. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda ditolak di Makkah tetapi diterima di Madinah. Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa inilah jalan yang perlu dilalui. Kita akan menurutinya tanpa banyak soal dan bicara. Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Kita yakin dengan penuh terhadap baginda.Organisasi yang menjaga, iltizam dan intizam dengan Islam itulah yang perlu kita berada di dalamnya.

WARKAH BUAT BADAR

Ahli-ahli  BADAR sekalian

Setelah hampir 5 tahun BADAR berdiri di SDAR ini, sememangnya kita menginginkan agar organisasi Badar Sdar ini mejadi satu badan yang mempunyai gerak kerja yang syumul atas pemahaman dalam tarbiah bahawa Islam itu syumul.  Maka di sebabkan itulah, kita  bahagikan setiap tugasan mengikut lujnah agar lebih sistematik dalam menyampaikan Islam yang syumul . Perancangan dakwah  yang syumul mampu kita lihat sendiri dalam organisasi BADAR SDAR. Perancangan dakwah ini sebenarnya mampu membentuk diri kita sebagai Rijal dan Da’i yang sejati sesuai dengan 10 Muwassafat yang ditekankan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.

Ahli Badar Baru

Kesemua perwatakan ini mampu kita perhebatkan dengan amal tarbawi yang sememangnya terdapat dalam perancangan BADAR SDAR. Kepentingan dan perwatakan ini perlu dihayati bersama agar mampu melicinkan gerak kerja dakwah kita. Kerana itulah ahli BADAR sekalian pelu memahami akan kepentingan meggerakkan kerja mengikut lujnah namun dalam satu jamaah agar pemahaman Islam yang syumul mampu diaplikasikan. Kesemua 8 lujnah ini perlu bergerak secara berjamaah demi kemaslahatan dakwah di bumi SDAR ini. Semua ini dapat dilakukan sekiranya ukhuwah diperkukuhkan dan tarbiah dimantapkan.  Ahli BADAR  perlu menghasilkan cerminan yang positif terhadap organisasi ini sehingga organisasi ini dilihat sebagai organisasi yang mantap akan ukhuwah ahlinya dan mantap gerak kerjanya kerana kemantapan tarbiah ahli BADAR sekalian. Kita perlu sama-sama berusaha agar organisasi ini dianggap sangat penting kerana kita membawa imej agama Islam sebagaimana Islam berjaya menjadi Ustaziatul Alam(Mahaguru Dunia) pada masa dahulu. Kita mahu agar organisasi BADAR dihormati dan dianggap penting sebagai sebuah organisasi dakwah yang terdiri daripada ahli yang digelar Mukmin Abid dan Dai Mutaharik, seterusnya membina generasi pelajar SDAR  yang berjaya dan cemerlang melalui tarbiah Islam sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Ahli BADAR sekalian,

Dalam menjana organisasi ini ke arah menjadi organisasi dakwah yang hebat,beberapa saranan ingin saya berikan dan perlu diberi perhatian agar gerak kerja dakwah kita menjadi lebih proaktif melalaui pengukuhan ukhuwah dan kemantapan tarbiah:

MENGHAYATI KEPENTINGAN DAKWAH DAN TARBIAH

Ahli BADAR sekalian perlu menghayati kepentingan melakukan dakwah demi menyelamatkan ummat. Kita harus komited dalam dunia dakwah ini dengan menghayati sedalam-sedalamnya  aspek visi dan misi BADAR SDAR. Kita perlu megimani dan mengahayati dengan penuh kesungguhan akan kepentingan berdakwah dan mentarbiah orang lain demi melawan arus jahiliah yang semakin bahaya kini.

MENGAPLIKASIKAN DAKWAH DAN TARBIAH DALAM ORGANISASI

Memperkayakan aspek tarbiah dalam aktiviti BADAR melalui amal wasilah tarbiah seperti usrah, qiamullai, mukhayyam, daurah, rehlah, muktamar, nadwah dan jaulah. BADAR perlu membudayakan aktiviti seharian berdasarkan kehidupan sebagai seorang dai dan muslim. Ahli BADAR sekalian janganlah beranggapan remeh terhadap perkara-perkara ini kerana inilah jalan kehidupan sebagai seorang musim dan dai yang perlu ditingkatkan kualiti iman mereka melalui amal tarbawi.

MENITIKBERATKAN ASPEK TARBIAH MELALUI USRAH

Usrah sebagai sebuah keluarga untuk membentuk dan membina rijal-rijal Islam yang akan berjuang untuk Islam. Ahli BADAR  perlu sentiasa komited untuk menghadiri usrah dan mengadakan usrah agar perjalanan atau proses untuk membawa Islam itu tidak akan berhenti dan terbantut. Senantiasalah untuk berkorban dalam menjayakan aktiviti usrah agar rukun usrah iaitu 3T-Taaruf, Tafahum, Takaful mampu terlaksana lantas dapat menjayakan aktiviti dakwah dan tarbiah BADAR SDAR. Ahli BADAR sekalian perlu mencari insiatif untuk menjadi ideal dengan berusaha mencari mad’u-mad’u agar mampu untuk mempraktikkan dakwah dengan lebih berkesan.

MENJAGA IZZAH ORGANISASI

Ahli BADAR harus menjaga imej BADAR dengan senantiasa mengamalkan tarbiah yang diperoleh. Berdisiplin dan menepati masa perlu sentiasa menjadi ukuran yangterbaik kepada organisasi BADAR tidak kira sama ada dalam soal ibadat seperti solat atau dalam soal aktiviti sekolah seperti perhimpinan pagi dan prep malam. Apabila semua ini dijaga, maka organisasi dan ahli BADAR mampu dilihat untuk menjadi contoh ikutan yang terbaik atas dasar kita berjaya mengamalkan saranan dan ajaran Islam yang syumul dan sebenar-benarnya.

TAAT KEPADA KEPEMIMPINAN

Melalui ketaatan yang tinggi dan utuh terhadap pemimpin, maka organisasi ini akan mampu melakukan kerja dakwah dengan lebih efisien. Jadilah seperti tentera BADAR yang taat kepada Rasulullah sebagai pemimpin. Jadilah seperti para pahlawan yang membuka kota Konstantinopel kerana taat setia kepada pemimpinnya iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Apabila  ahli BADAR mampu untuk bertindak dengan mengikut arahan kepimpinan, maka akan terhasillah gerak kerja dakwah yang berkesan dan proaktif

MEMPERKUKUH UKHUWAH ISLAMIAH

Ahli BADAR perlu sama-sama berjuang di dalam satu saf atau berjama’I kerana inilah asas atau kunci kepada kejayaan dakwah. Amal jamai’(Gerakan Bersama) ini hanya akan mampu dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang memperkuatkan ikatan persaudaraan seperti syabab cergas, musyawwarah dorm, halaqah ma’thurat, amalan ziarah dan gotong-royong masjid. Kesemua ini mampu untuk menjernihkan hati kita agar merasai nikmat kasih sayang dalam persaudaraan Islam, lantas mampu bekerjasama untuk menggerakkan dakwah di SDAR.

MENGGUNAKAN PELBAGAI MEDIUM DALAM BERDAKWAH DAN MENTARBIAH

Kesemua 8 lujnah harus menggunakan segala kudrat yang ada untuk merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah. Lujnah Penerbitan melalui kepentingan ICT sebagai medium dakwah hari ini kita perlu perhebatkan dengan senantiasa mencari ruang untuk menyampaikan tarbiah seperti penghasilan montaj dan artikel-artikel Islam. Lujnah Sukan & Kebudayaan juga perlu senantiasa mentarbiah ahli BADAR dan pelajar SDAR untuk membudayakan amal-amal Islami seperti berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan membaca Al-Mathurat di dorm. Lujnah Kaderisasi pula melalui pemantapan aspek amal tarbawi kepada pelajar SDAR terutamanya usrah dan pembinaan kader-kader baru, seterusnya Lujnah Dakwah memperhebatkan lagi kaedah atau method berdakwah ahli BADAR seperti mengadakan Daurah Memberi Tazkirah dan Ta’lim dan Daurah  Menjadi Dai Ideal.

MEMANTAPKAN PENGURUSAN EKONOMI ORGANISASI

Sistem kewangan organisasi yang baik pasti dapat melicinkan gerak kerja BADAR. Oleh itu, senantiasalah ahli BADAR sekalian untuk bekerjasama dengan Lujnah Ekonomi dan Kebajikan bagi sentiasa mencari jalan untuk mengukuhkan lagi kewangan organisasi.

MENJADI QUDWAH DALAM SEGENAP PERKARA

Melalui pemantapan tarbiah dan ukhuwah, ahli BADAR sekalian perlulah berazam dan berusaha untuk menonjolkan segala qudwah dan kebaikan yang ada. Apabila kesemua ini berlaku, maka dakwah akan menjadi lebih berkesan dan organisasi ini akan mampu dilihat sebagai organisasi qudwah kerana berjaya mengamalkan aspek tarbawi islamiah secara syumul. Ahli BADAR sekalian perlu berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai Islami agar mampu menjadi qudwah dan ikutan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, kebersihan dorm, pengurusan diri, keterampilan, hubungan, disiplin, komunikasi, amalan menepati masa, kemajuan ICT, kewangan, kepimpinan dan pengurusan gerak kerja organisasi. Apabila kita mampu menjadi qudwah dalam setiap perkara, maka organisasi ini bukan sahaja dipandang tinggi malah turut membantu kerja dakwah kita.

PENUTUP

Ahli BADAR sekalian,

Maka, melalui ucapan ini saya mengharapkan agar kita sama-sama terus komited dalam aktiviti dakwah melalui pengukuhan ukhuwah dan pemantapan tarbiah. Ingatlah akan tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Sesungguhnya kita hanya perantau yang perlu mencari bekalan yang terbaik untuk menuju destinasi akhirat kelak.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah SDAR, kepada guru-guru penasihat dan juga AJK-AJK Tertinggi BADAR 2010 yang banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang jitu dalam usaha untuk melaksanakan segala tugas dan amal organisasi BADAR pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada semua ahli BADAR sekalian yang sentiasa komited untuk berbakti kepada organisasi. Saya juga mewakili barisan kepimpinan BADAR tahun 2010 memohon ampun dan maaf andai ada kelemahan dan kekurangan sepanjang kami memimpin organisasi ini. Kepada pimpinan yang baru,segala yang baik daripada kami jadikanlah ikutan dan terus dimantapkan manakala yang lemah pada tahun ini, perbaikilah dan teruskanlah perjuangan untuk memantapkan institusi dakwah dan tarbiah di SDAR ini.

Ukhuwah Abadan Abada Moga Berjaya SPM 2010
Ukhuwah ibarat satu bangunan yang saling kukuh

Ahli BADAR sekalian,

Yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha, bekerja dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Da’wah atau Kafilah Mujahidin. Sekiranya kita tidak mahu melakukan kerja-kerja ini maka bermakna kita menolak kurniaan Allah SWT. Balasan yang baik hanyalah ketentuanNya. Kita perlu sentiasa berdo’a agar kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya. Renungilah kalimah-kalimah ini……

Antara dosa dan pahala
Pilihlah pahala
Untuk kita jana
Kehidupan
Dengan kebaikan
Dan amal kebajikan
Diri kita diri yang unggul untuk terus ceria
Menjadi hamba ilahi
Yang mulia dan berhemah
Untuk kesekian kalinya
Di tanah hijau ini
Diri kita terus bangun
Menguntum bebunga hari
Yang harum mewangi
Untuk menceriakan
Suasana sekeliling
Menyahut seruan Allah
Membawa suasana dakwah
Dan tarbiah
Menghamparkan satu harakah
Perjalanan membangun nahdah
Menyantum Ukhuwah
Untuk menggapai syurga yang indah
Insya-Allah……
Oleh itu,
Perkukuhkan ukhuwah,mantapkan tarbiah.
Ana Uhibbukum Fillah
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum wbth.

One response to “Ucapan Dasar Presiden Badar 2010

  1. Salam buat ikhwah sekalian

    Diam x diam, dh 5 edisi muktamar badar dibuat, moga peningkatan amal kita progressif i.A.

    Ana ucapkan tahniah kepada sekalian saf penggerak BADAR 2010 atas segala usaha kalian. Yakinlah, bahawa setiap amal antum ada hisab dihadapan Allah dan semoga hisaban itu yang terbaik i.A.

    Kepada saf penggerak yang baru, terutama kepada saf Pimpinan, sekadar ingatan dari bumi Kinanah ini,
    1.Teguhkan kembali niat kita dalam beramal. Pastikan tiada unsur lain yang kita harap selain redha Allah.
    2.5 Tahun yang sudah berlalu, jangan kita biarkan sahaja. Lihat kembali kepada khazanah sejarah itu dan i.A akan kalian temui mutiara berharga buat bekalan menghadapi medan amal mendatang ini.
    3. Biar badai melanda atau kejayaan kita tempa, ukhwah dan tarbiah seperti yang Presiden 2010 ungkapkan, jangan sekali-kali kita abaikan.

    jzk.

    p/s-sikit buah tangan dari mesir (bole je cari kt memane sbnrnye)

    Akhi

    Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
    Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
    Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
    Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu

    Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
    Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
    Lepaskan kerinduan jiwamu
    Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

    Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
    Engkau lemparkan senjata dari bahumu
    Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
    Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?

    -S.Q-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s