Semai Mesra BADAR Bersama Pelajar Tingkatan 1 2011

Pihak BADAR SDAR telah menjalankan program Semai Mesra Bersama Pelajar tingkatan 1 sepanjang aktiviti Minggu Adaptasi Tingkatan Satu 2011. Program ini menjurus kepada dua paksi besar iaitu :

  • Mewujudkan nilai taaruf dalam diri para pelajar melalui aktiviti secara kolektif.
  • Memantapkan personaliti sahsiah berpaksikan nilai-nilai hebat bersendikan agama.

Berasaskan kepada dua paksi tersebut, seluruh penggerak Badar menggabungkan tenaga, idea dan kemahiran bagi menjayakan aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan pada siang hari ialah perlawanan bola sepak ikat tangan. Perlawanan yang menguji minda dan ketahanan mental para pelajar dan bagaimana pentingnya kerjasama dalam melakukan segala perkara demi mengejar kejayaan.

Sdr. Ahmad Hafiz sedang mengendalikan sesi Badar bersama pelajar tingkatan 1

Kerjasama sebagai Super Team yang diikat dengan untaian ukhuwwah bisa mencetuskan kehebatan. Setiap pelajar perlu disemai benih-benih ukhuwah ini agar keharmonian dan kelestarian sebagai pelajar SBP dan SBT tercapai.

Pada sesi malamnya pelajar dioreintasikan dengan game ukhuwah dan permainan sungai virus. Ini menguji semangat persaudaraan dan kekitaan sebagai satu pasukan.

Sesi Sungai Virus

Pada akhir  slot ini Sdr. Irshad Harris selaku Timbalan Presiden Badar memberikan motivasi ruhiyah dengan mengingatkan para pelajar tingkatan satu akan peranan mereka menghargai dan membalas jasa ibu dan ayah dengan tekun dan semangat untuk menimba ilmu di kampus SDAR. Majlis berakhir dengan sentuhan nyanyian secara beramai-ramai lagu ‘Sebiru Hari Ini’. Moga semangat membugar dan membara, bertaut dua jiwa, bersatu di dalam ikatan ukhuwwah bak sebiru hari ini.

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya’ Ukhuwwah dulu, kini dan selamanya..

Dengan tema aktiviti i ‘ Satu Taaruf Satu Ukhuwwah’. Moga warna-warni aktiviti ini mampu meledakkan nilai ukhuwwah dan taaruf yang tinggi.

One response to “Semai Mesra BADAR Bersama Pelajar Tingkatan 1 2011

  1. da besar2 da bdak2 ni.. teruskan perjuangan.. kami disini senantiasa mendoakan Badar Sdar terus maju dan Mumtaz untuk pelajar SDAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s