Monthly Archives: February 2011

Minggu Penghayatan Islam :.Al-Quran Teras Kesejahteraan Umat Gemilang.:

Pada 14 hingga 17 Februari 2011, BADAR SDAR telah terlibat dalam menjayakan Minggu Penghayatan Islam yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu Penghayatan Islam seperti:-

  • Futsal Islami
  • Menjawikan Teks
  • Penghasilan Montaj Islami
  • Pertandingan Azan
  • Hafazan
  • Tilawah Al-Quran
  • Kuiz Islami
  • Marhaban dan Berzanji
  • Syarahan Islami
  • Nasyid
  • Tulisan Khat

Pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menyertai pertandingan-pertandingan tersebut semasa Minggu Penghayatan Islam ini. Pada 15 Februari, sempena Maulidurrasul, BADAR telah menganjurkan pertandingan perarakan maulidurrasul antara rumah-rumah sukan.




Pada 17 Februari pula, majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Selamat Bin Paigo.

Advertisements

Galeri BADAR SDAR di Konvensyen Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511

BADAR SDAR di KEMM1511

Kenangan manis di KEMM 1511 bersama guru penasihat dan Ex- Badar

Pihak BADAR SDAR telah menyertai Konvesyen Kejatuhan 500 Tahun Empayar Melayu Melaka di Universiti Teknikal Malaysia, Durian Tunggal, Melaka. Konvesyen yang dihadiri lebih 3500 orang ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA) dan Pertubuhan Belia Islam Nasional.

Badar SDAR telah menghantar seramai 32 orang peserta dan dua orang guru iaitu Pn. Hjh Murni bt. Buchik dan Pn. Salmiah bt.Md. Ali.

Sebanyak 3 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan sepanjang konvesyen ini berkaitan Kegemilangan Empayar Melayu Melaka, Kejatuhan Melaka Sebagai Pelajaran Penting Untuk Bangsa melayu Islam hari Ini dan Perjuangan Bangsa Melayu dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam.

Presiden dan Timbalan Presiden Badar menekuni pembentangan kertas kerja

Konvesyen ini menampilkan tokoh-tokoh dan ilmuwan Melayu seperti Ybhg Prof Emeritus Datuk Dr. Yusuf Hashim, Ybhg Dato’ Dr. Hassan Ahmad (Mantan Pengarah DBP). Turut menyertai konvesyen ini wakil-wakil persatuan sejarah, ahli-ahli akademik, tetamu luar negara dan pemimpin masyarakat setempat. Antara yang menghadiri konvesyen ini al-Fadhil Ustaz Dr. Uthman al-Muhammady yang merupakan tokoh Ma’al hijrah peringkat kebangsaan.

Menurut Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Presiden ISMA, konvensyen bertemakan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ ini diadakan bagi memperingati peristiwa kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka untuk mengembalikan ingatan orang Melayu kepada hakikat keperibadian dan sejarah mereka yang asal.

Satu sesi forum bertajuk “Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam” turut diadakan yang menampilkan Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik; YBhg Dr Muhammad Razak bin Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Prof Datuk Dr Abdul Latif bin Abu Bakar, Ketua II Gabungan Penulis Nasional (GAPENA); dan YBhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Majlis penutup konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yaakub bin Mohd. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka.

Dalam ucapan beliau, Datuk Haji Yaakub menggesa generasi muda agar belajar daripada kepahitan sejarah lalu dan tidak tenggelam dalam nikmat kesenangan yang dikecapi pada hari ini.

Rata-rata pelajar badar berpuashati dengan pesanan dan peringatan yang disampaikan oleh para pembentang agar dapat mengembalikan semula jatidiri melayu Islam terutama kepada pelajar-pelajar Melayu khususnya yang berada di SBP.

Program Bicara Belia di Pusat Dakwah Paroi

Khamis – 27 Januari 2011, pihak Badar SDAR telah menyertai program Bicara Belia anjuran Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Program Bicara Belia telah disertai oleh para peserta dari kalangan warga pelajar sekolah , politeknik, kolej-kolej matrikulasi dan IPT tempatan.

Sambutan hangat di dalam program kali ini kerana menampilkan ikonis belia muslim iaitu Imam Asyraf ( Imam Muda Astro Oasis). Turut menjadi panel semasa program ini ialah Ketua Unit Kaunseling MAINS En. Norazman.

Program Bicara Belia membicarakan isu-isu berkaitan dengan remaja, cabaran-cabaran sebagai remaja dan bagaimana menjadi remaja yang hebat.

 

Ceramah Agama : Rasulullah SAW Ikutan Kita

Pihak Badar dengan kerjasama pihak Masjid al-Quds telah menganjurkan ceramah agama siri 1. Ceramah ini telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Zaidi b. Jalil, guru agama di MRSM Alor Gajah, Melaka. Tajuk yang disampaikan ialah mencontohi Rasulullah SAW.

Antara isi-isi penting ceramah beliau ialah :

  • Rasulullah SAW adalah contoh terbaik kepada umat islam khususnya buat para pelajar.
  • Kita wajib mengasihi, mencintai dan menghormati ajaran dan sunnah yang ditinggalkan baginda kepada kita.
  • Untuk menjadi hebat, contohilah kehebatan manusia agung yang bernama Muhammad b. abdillah.
  • Para orientalis dan pemikir Barat mengiktiraf keunggulan dan kehebatan Rasulullah SAW.
  • Micheal Hart di dalam bukunya “100 orang yang berpengaruh di dunia” telah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang pertama.
  • Umat yang tidak mencontohi Rasulullah SAW akan membawa kepada kerosakan dan kehancuran.

Mencintai Rasulullah SAW adalah wajib dan mendapat ganjaran pahala.

Sekalung Tahniah & Selaut Budi Buat Ustazah Hjh Suratina

Presiden Badar dan Ustazah Murni menyampaikan hadiah kepada Pn. Hjh Suratina

Rabu 19 Januari 2011, telah berlangsung majlis meraikan persaraan Ustazah Hjh. Suratina Bt. Bakron. Beliau merupakan tenaga pengajar yang telah menabur bakti di Sekolah Dato’ Abdul Razak terutama di dalam bidang Pendidikan Islam.

Guru-guru penasihat Badar bersama Ustazah Suratina

Pernah menjawat sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam dan sebagai ahli Jawatankuasa Badan Dakwah dan Rohani. Beliau diibaratkan sebagai ibu dikalangan para pendidik juga para pelajar.

Penggerak Badar bersama Ustzh Hjh Suratina

Antara nasihat beliau ialah belajarlah bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu dan jagalah akhlak.
Pihak Badar SDAR merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih sepanjang berkhidmat di SDAR dan mencurah bakti di dalam memartabatkan subjek Pendidikan Islam.

Kenangan Manis Badar & Guru Penasihat dan Ustz Suratina