BADAR SDAR di KEMM1511

Kenangan manis di KEMM 1511 bersama guru penasihat dan Ex- Badar

Pihak BADAR SDAR telah menyertai Konvesyen Kejatuhan 500 Tahun Empayar Melayu Melaka di Universiti Teknikal Malaysia, Durian Tunggal, Melaka. Konvesyen yang dihadiri lebih 3500 orang ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA) dan Pertubuhan Belia Islam Nasional.

Badar SDAR telah menghantar seramai 32 orang peserta dan dua orang guru iaitu Pn. Hjh Murni bt. Buchik dan Pn. Salmiah bt.Md. Ali.

Sebanyak 3 pembentangan kertas kerja telah dibentangkan sepanjang konvesyen ini berkaitan Kegemilangan Empayar Melayu Melaka, Kejatuhan Melaka Sebagai Pelajaran Penting Untuk Bangsa melayu Islam hari Ini dan Perjuangan Bangsa Melayu dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam.

Presiden dan Timbalan Presiden Badar menekuni pembentangan kertas kerja

Konvesyen ini menampilkan tokoh-tokoh dan ilmuwan Melayu seperti Ybhg Prof Emeritus Datuk Dr. Yusuf Hashim, Ybhg Dato’ Dr. Hassan Ahmad (Mantan Pengarah DBP). Turut menyertai konvesyen ini wakil-wakil persatuan sejarah, ahli-ahli akademik, tetamu luar negara dan pemimpin masyarakat setempat. Antara yang menghadiri konvesyen ini al-Fadhil Ustaz Dr. Uthman al-Muhammady yang merupakan tokoh Ma’al hijrah peringkat kebangsaan.

Menurut Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Presiden ISMA, konvensyen bertemakan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ ini diadakan bagi memperingati peristiwa kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka untuk mengembalikan ingatan orang Melayu kepada hakikat keperibadian dan sejarah mereka yang asal.

Satu sesi forum bertajuk “Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam” turut diadakan yang menampilkan Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik; YBhg Dr Muhammad Razak bin Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Prof Datuk Dr Abdul Latif bin Abu Bakar, Ketua II Gabungan Penulis Nasional (GAPENA); dan YBhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Majlis penutup konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yaakub bin Mohd. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka.

Dalam ucapan beliau, Datuk Haji Yaakub menggesa generasi muda agar belajar daripada kepahitan sejarah lalu dan tidak tenggelam dalam nikmat kesenangan yang dikecapi pada hari ini.

Rata-rata pelajar badar berpuashati dengan pesanan dan peringatan yang disampaikan oleh para pembentang agar dapat mengembalikan semula jatidiri melayu Islam terutama kepada pelajar-pelajar Melayu khususnya yang berada di SBP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s