Monthly Archives: March 2011

Galeri Perkhemahan Intergrasi Badar SDAR dan BUSAS

SPM 2010 : Tahniah SDAR & Penggerak Badar

Pihak Jawatankuasa Badar 2011 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SDAR atas peningkatan gred SPM 2010 berbanding dengan tahun 2009 iaitu 1.64.

Pihak Badar juga ingin mengucapkan tahniah pada penggerak Badar yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Semoga ini akan menjadi azimat perjuangan ke arah meneguhkan semangat dakwah dan tarbiyah di bumi IPT nanti.

Tidak lupa juga pada para guru-guru SDAR yang berdedikasi mendidik dan membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan. Semoga ia menjadi amal jariah di akhirat nanti

Keputusan Pencapaian A di dalam subjek (18 orang)

Bilangan Pelajar Badar (18 orang) 10 A 9A 8A 7A 6A 5A 4A
5 6 1 1 4 1

Mumtaz Untuk Umat

Perkhemahan Intergrasi BADAR-BUSAS. :.Bersiap Siaga Menghadapi Cabaran

Penggerak Badar SDAR & BUSAS bergambar bersama Pengetua Cemerlang SDAR

25-27 Februari 2011 merupakan Perkhemahan Intergrasi BADAR-BUSAS yang telah  julung-julung kalinya dilangsungkan di Hutan Lipur Gunung Datuk. Seramai 87 orang peserta yang terdiri dari BADAR SDAR dan  Badan Ugama Sekolah Sultan Alam Shah (BUSAS) telah menyertai perkhemahan tersebut.

Di Kaki Gunung Datuk sebelum ke puncak

“Bersiap Siaga Mengahadapi Cabaran” merupakan tema perkhemahan yang telah memperkasa mentaliti penggerak dakwah di Sekolah Dato’ Abdul Razak dan Sekolah Sultan Alam Shah.

Presiden Badar SDAR dan Presiden BUSAS dalam satu kumpulan

Mendaki Gunung Datuk...kita ibarat para pengembara

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mendaki Gunung   Datuk, rugby botol, ice breaking, riadah dan Malam Kebudayaan Islam. Program ini telah dibantu oleh fasilitator-fasilatator KRIM Negeri Sembilan.

Majlis Penutup oleh Tn. Hj. Zakaria b. Md. Zin

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tn. Hj. Zakaria b Md Zin. Beliau mengingatkan para peserta supaya menjadi proaktif dalam bidang dakwah di sekolah masing-masing.

Konklusinya, Perkhemhan Intergrasi BADAR-BUSAS telah berjaya menjana kemantapan matlamat perjuangan dakwah dan menjalin ikatan ukhuwah yang erat antara dua sekolah. Fikrah yang sama menyenangkan kami untuk berkongsi pengalaman dalam berdakwah di sekolah masing-masing.

Di Puncak Gunung Datuk

Persembahan majlis penutup BADAR SDAR-BUSAS

Galeri Minggu Penghayatan Islam 2011

Penutupan Minggu Penghayatan Islam

Pengetua bersama dengan tetamu jemputan

Pada 17 Februari 2011, Penutupan Minggu Penghayatan Islam telah berlangsung. Penutupan ini bermula pada pukul 8:30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Selamat Bin Paigo. Agenda majlis dimulai dengan bacaan Tilawahtul Al-Quran oleh Saudara Hasif. Malam pentupan diserikan lagi dengan persembahan nasyid. Bukan itu sahaja, kumpulan jemputan, INTRACKSEE telah menunjukkan persembahan yang menarik hati pelajar.

Kumpulan Intracksee sedang mempersembahkan nasyid mereka

Pada kemuncak malam penutupan Minggu Penghayatan Islam, persembahan pidato yang menyentuh hati penonton telah dipersembahkan oleh Ustaz Badrul Sani.

Pidato Abang Badrul Sani yang menaikkan semangat para pelajar

Majlis penyampaian hadiah telah menamatkan malam penutupan tersebut. Majlis bersurai pada pukul 10:00 malam.