Sejarah BADAR

Kursus Pengurusan Badar SDAR-SAS 2009

Badan Agama, Dakwah, Akhlak dan Rohani ( BADAR ) dikenali sebagai Badan Pergerakan Pelajar Islam ( BPPI )  sebelum SDAR berpindah ke Sg,Gadut. Badan ini berperanan sebagai badan yang menerapkan elemen penghayatan Islam di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Pihak sekolah telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Masjid ( AJKM ) pada tahun 2004. Presiden AJKM yang pertama ialah Azmir bin Ahmad diikuti oleh Faiz bin Asri pada tahun 2005. Namun, gerakan AJKM hanya tertumpu pada pengurusan masjid dan majlis berunsurkan keagamaan sahaja. Kemudian BADAR ditubuhkan dibawah kepimpinan Pengetua Cemerlang Jusa C,Tn.Hj.Azam bin Md. Atan bagi memperkasa pembinaan sahsiah para pelajar SBP dengan berpaksikan nilai-nilai agama. Presiden BADAR yang pertama ialah Saudara Abu Hassan bin Moksen.

Perkhemahan Badar 2008 Kuala Kubu Baru Selangor

Penubuhan BADAR sebagai badan penggerak agama di SDAR telah memudahkan semua urusan berkaitan program keagamaan dan pengurusan sekolah. BADAR terdiri daripada lapan lujnah utama iaitu Lujnah Masjid, Lujnah Dakwah, Lujnah Kaderisasi, Lujnah Kebudayaan & Tugas-tugas Khas, Lujnah Ekonomi dan Kebajikan, Lujnah Briged Solat, Lujnah Penerbitan & IT serta Lujnah Sukan & Rekreasi.Presiden BADAR pada tahun 2007 ialah Saudara Mohd. Harith bin Mohd. Kamaludin diikuti Saudara Fadhil bin Basery yang mengambil baton pucuk pimpinan BADAR. Bagi tahun 2009 Presiden Badar ialah Sdr Mohd Taufik bin Othman .

Kembara Badar 2009 di depan rumah Presiden Badar 2010

Bagi Tahun 2010, dengan azam melestarikan iklim dini di Sekolah Dato’ Abdul Razak, BADAR diterajui oleh Sdr. Ahmad Syafiq Aizatt b. Nazri. Tekad untuk melestarikan iklim dini ini sejajar dengan hasrat Tn. Pengetua Cemerlang Hj. Zakaria b. Md. Zin yang mewarwarkan konsep Satu Subuh Satu Sdar.

Perkhemahan Badar 2006 Kuala Linggi Melaka

8 responses to “Sejarah BADAR

  1. camne BADAR sdar beroperasi utk mmbnateras gejala sosial yg blaku di sdar?????

  2. Terima kasih..saya rase yg penting ialah kembali kepada tarbiyyah..hidupkan semula persekitaran yang soleh, praktiskan institusi usrah dan bina generasi dakwah dikalangan pelajar agar mereka dapat melaksanakan tugas sebagai seorang daie..
    tidak lupa juga sokongan padu dari pentadbiran sekolah dan kerjasama dari pemimpin pelajar sekolah (prefek)

  3. salam ust.. ade sedikit salah di sini= “Kini Presiden BADAR 2009 ialah Sdr Mohd Taufik bin Othman”

    perlu diedit sikit

  4. Salam ziarah. Dapatkan buku2 Islami di http://pustakaiman.blogspot.com/
    Penghantaran percuma di sekitar Seremban

  5. balqis qistina

    assalamualaikum…tahniah sbb skolh sdar ade gak badar.ingtkn xde…sye dri stj.skola tue pown ade badar…..tngktkn usaha badar mnangani gejal;a sosial!!! jihad fi sabillilah

  6. camane ekkk…nak naikkan smgt ahli2badar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s