Category Archives: Aktiviti BADAR

Misi Khidmat Bakti Ke Aceh : Bersama Peduli Umat

Pada tahun ini Badan Agama Dakwah & Rohani Sekolah Dato Abdul Razak (BADAR SDAR) telah berjaya mengadakan suatu misi kemanusiaan iaitu Program Khidmat Bakti Ke Aceh buat julung kalinya pada 29 April,30 April dan 1 Mei 2011. Program yang buat julung kalinya diadakan ini mendapat kejasama Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU) Lembaga Kemanusiaan Indonesia Aceh dan telah disertai oleh seramai 17 orang pelajar berserta 5 orang guru pengiring. Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan membantu anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah,Lhokseumawe yang rata-ratanya merupakan kanak yang terselamat daripada tsunami. Destinasi yang kami tujui adalah bermula dari Aceh terus ke Kota Lhokseumawe yang merupakan tempat rumah anak yatim tersebut dan seterusnya ke Medan yang merupakan destinasi kami yang terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Pengembaraan kami bermula pada 29 April 2011. Pada jam 9.00 pagi,kami bertolak dari SDAR menuju ke LCCT. Setelah selesai segala urusan penerbangan, kami selamat berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda,Aceh jam 12.00 tengah hari dan selamat tiba pada jam 1.30 tngah hari. Kemudian kami dibawa untuk menikmati makan tengah hari di sebuah kedai yang diberi nama Bunda Penta Pirak yang menyediakan masakan melayu. Seterusnya, kami dibawa melawat ke tanah perkuburan Masal atau Kubu Masal yang menmpatkan 64 000 orang yang maut dalam tragedi tsunami. Kami dibawa melihat beberapa kesan tsunami yang berlaku seperti kapal PLTD Apung 1 seberat 50 kilotan yang terdampar di daratan setelah dibawa arus tsunami sejauh 5 km dari laut. Kami menunaikan solat asar di Masjid Baitul Rahman yang juga merupakan antara salah sebuah masjid yang terselamat daripada bencana tsunami. Kami diberitahu oleh penduduk setempat bahawa ketika tsunami berlaku, masjid ini tidak dimasuki air SUBHANALLAH. Seterusnya kami bergegas ke terminal bas untuk bergerak ke destinasi kami yang kedua iaitu di Kota Lhokseumawe. Selesai solat maghrib & makan malam, perjalan kami yang mngambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam bermula.

Kami tiba di Kota Lhokseumawe tepat jam 3.00 waktu tempatan iaitu bersamaan 30 April 2011. Kami dibawa terus ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah kira-kira 3km daripada Stesyen Bas Lkokseumawe. Sebaik sahaja tiba, kami diberi peluang untk menyenyakkan diri buat sketika sbelum melakukan aktiviti yang seterusnya. Selepas solat suboh, kami dibawa bersiar-siar keliling kawasan tersebut dan kami diajak oleh Bapak Hamdani ST iaitu Pengurus Rumah Anak Yatim Ar Raudhah untuk menikmati sarapan pagi di sebuah warung yang berhampiran. Tepat jam 9.00 pagi, kami memulakan aktiviti dengan acara penyembelihan 2 ekor kambing yang disumbangkan oleh pihak SDAR untuk hidangan makan tengah hari. Acara penyembelihan tersebut telah diketuai Ustaz Zanuri. Semua AJK Badar telah diberi peluang melapah daging kambing yang dikorbankan. Pada sesi berikutnya iaitu kira-kira jam 11.30, kegiatan gotong royong telah dijalankan. Sesi kali ni pula telah diketuai saudara Irshad Haris. Dalam aktiviti ini, kami telah membanting tulang mengecat rumah serta membersihkan halaman rumah anak yatim tersebut. Jam 12.30 tngah hari, kami telah dihidangkan dengan masakan Kari Kambing Aceh bersama sambal belacan sebagai juadah makan tengah hari. Makanan tersebut telah dimasak oleh anak-anak yatim yang terdiri daripada kaum hawa dengan bantuan pengasuh mereka. Selesai solat zohor, kami meluangkan masa sebentar untuk bersantai serta beramah mesra dengan anak-anak yatim di sana. Pada waktu petang,sekitar jam 5.00 kami bersama-sama anak-anak yatim bergerak ke sebuah pantai untuk aktivi riadhah. Aktiviti riadhah ini dimulakan dengan tarian ’Banana Dance’ yang diketuai oleh saudara Syahman. Seterusnya, satu permainan telah dijalankan iaitu Empayar Pasir. Aktiviti ini sama seperti membina istana pasir tapi kanak-kanak ini perlu menggunakan kreativiti mereka untuk membina satu empayar yang nampak menarik dan gah dengan menggunakan pasir. Permainan ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan wanita. Majils Penyampaian cenderahati telah dilansungkan dan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR, Encik Muhamad Yazid Bin Abdul Wahab kepada pengurus Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah, Bapak Hamdani ST. Setelah seharian kami di Lhokseumawe, kami meneruskan pengembaraan ke Medan yang mengambil masa 7 jam perjalanan.

Pada keesokan harinya bersamaan 1 Mei 2011, kami selamat tiba di Bandar Aceh. Kami dibawa ke pejabat PKPU yang bekerjasama menjayakan program bagi tujuan menguruskan diri. Kami kemudian berpeluang bersiar-siar menikmati keindahan Bandar Medan. Antara tempat menarik yang sempat kami tujui adalah seperti Istana Mainon dan Pasar Medan di mana tempat kami ber’shopping’ sakan sebelum pulang ke tanah air. Kami berlepas dari Lapanagn Terbang Medan ke LCCT pada jam 10 malam. Alhamdulillah kami selamat tiba di tanah air pada jam 12.00 pagi. Maka berakhirlah sudah pengembaraan kami selama 3 hari 2 malam di bumi Aceh, Indonesia.

Sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih kepada pentadbiran sekolah terutamanya Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj Zakaria Bin Md Zin kerana telah sudi membenarkan kami mengadakan misi kemanusiaan ini yang kali pertama diadakan. Tidak lupa juga kepada guru-guru penasihat BADAR serta AJK BADAR yang telah banyak membantu dalam menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada semua warga SDAR yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.

Advertisements

Selamat Hari Guru 2011

Seluruh warga penggerak Badar SDAR 2011ingin mengucapkan “SELAMAT HARI GURU” buat para guru, murobbi  khususnya yang masih dan telah mendidik warga pelajar SDAR dalam menabur jasa dan bakti demi kelangsungan pendidikan.

Kami mendoakan kalian terud dilimpahi rahmat dan berkat sepanjang hayat. Moga para guru sekalian terus tabah menghadapi segala ujian dan rintangan.

” Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

Daripada Kami

AJK Tertinggi Badar SDAR 2011
Penggerak Badar 2011
Guru-guru penasihat Badar

Sinar Harian 10 Mei : SDAR sumbang bakti Acheh

Kem Tunas Muda 2011..Disini Langkah Bermula..


Kem Tunas Muda Sekolah Dato’ Abdul Razak kali ketiga tahun 2011 yang bertemakan Di Sini Langkah Bermula telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 8 dan 9 April 2011 bertempat di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sasaran kem ini adalah kepada pelajar tingkatan 1 yang bertujuan menyemai ukhuwwah dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan  mengamalkan islam sebagai satu cara hidup.Antara objektif lainnya adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang perjuangan umat Islam serta menyemai semangat dan azam untuk mempertahankan Islam.

Kem ini dimulakan dengan taklimat yang diberkan oleh Pengarah Program iaitu saudara Ahmad Syafiq Aizat. Taklimat yang bermula pada pukul   3:30 petang ini menyediakan para peserta untuk kem ini seperti peraturan-peraturan kem dan sesi Ice breaking yang dikendalikan oleh saudara Hanafi Muidnuddin  bersama para fasilitator kepada peserta.

Pada pukul 5:15 petang, sesi  aktiviti riadah dimulakan.Dalam aktiviti riadah ini,satu permainan telah dijalankan iaitu permainan yang dinamakan Perang Botol.Aktiviti ini seperti permainan ragbi tetapi perlu merebut botol pada pihak lawan masing-masing.Permainan ini berakhir dengan kemenangan kumpulan Ungu.

Selepas solat maghrib berjamaah dan tilawah harian,para peserta telah didedahkan dengan permainan Game Arkanul Usrah.Ini bertujuan untuk menyemai aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam usrah iaitu melalui rukunnya yang dikenali sebagai 3T(Taaruf,Tafahum,Takaful).Bagi konsep taaruf telah dikendalikan oleh saudara Shafizal dan Najmi.Mereka telah membahagikan para peserta mengikut negeri masing-masing.Hal ini boleh menjadikan para peserta lebih mengenali rakan masing-masing seterusnya menjayakan konsep Taaruf.Kemudian bagi konsep Tafahum telah dijalankan aktiviti straw yang dikendalikan oleh saudara Hazwan Kamaruzaaman selaku kem komanden dan saudara Aiman Hazim Zamri manakala bagi konsep takaful,permainan bola berantai pula dijalankan.Permainan bola berantai kendalian saudara Hazwan DAN Azrul Aziz ini membolehkan para pesera supaya tolong-menolong dan bekerjasama bagi memastikan bola sampai kepada ketua peserta dalam tempoh masa yang ditetapkan.Pada malam itu,aktiviti tersebut tamat pada pukul 10:30 malam. Peserta dibenarkan untuk ‘supper’ dan menyiapkan diri serta tidurdi masjid bagi Qiamullail keesokan harinya.


Keesokan harinya, senaman Ruhul Jadid bermula pada pukul 7:00 pagi. Senam Ruhul Jadid ini diketuai oleh Saudara Ibrahim Azran. Aktiviti senaman ini bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal para peserta dan berakhir pada pukul 8:00 pagi.

Tentatif kem diteruskan dengan aktiviti Ubah Paradigma yang bermula pada pukul 9:00pagi.Bagi program ini telah dikendalikan sendiri oleh pengarah program iaitu saudara Ahmad Syafiq Aizat,saudara Alif Irhas dan Hafiz Zulkifli .Dalam aktiviti ini,para peserta telah didedahkan dengan keseluruhan sejarah tamdun Islam.Para pesera dikehendaki untuk menghayati segala pengorbanan dan perjuangan pejuang-pejuang Islam dahulu.Slot ini merupakan slot yang paling menarik dalam kem ini.Dengan penyuntikan semangat dan sesi muhasabah yang dikendalikan oleh saudara Syafiq Aizat,para peserta dilihat sangat beremangat dan ada yang menangis mengenangkan perjuangan IslamSetelah itu,dalam ativiti Ubah Paradigma ini,para peserta perlu membina Empayar Islam mengikut kumpulan masing-masing menggunakan surat khabar,straw,kertas mahjond dan cellotape.Setelah semua kumpulan membina empayar masing-masing dan diuji kekukuhan bangunan mereka,para fasilitator telah memusnahkan semua empayar mereka dan bermulalah sesi untuk mengubah paradigma mereka untuk terus bersemangat dan membela umat Silam pada hari ini.

Pada pukul 12:00 tengahari pula bermula sesi perkongsian ataupun resolusi bersama para peserta. Perkongsian ini adalah platform bagi para peserta untuk berkongi pandangan dan segala manfaat atau pengajaran yang tela diperolehi melalui kem ini.

Ucapan Penutup oleh Tuan Pengetua Cemerlang Hj. Zakaria Md Zin

Majlis Penutupan Kem Tunas Muda 2010 telah bermula pada pukul 2.30 petang yang dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah, serta guru-guru panitia Pendidikan Islam. Tentatif majlis penutupan ini dimulakan dengan ucapan pengarah program, Ahmad Syafiq Aizat Nazri serta disusuli oleh ucapan penutupan yang disampaikan oleh Tn Hj. Zakaria Md Zin selaku pengetua SDAR.. Dengan berakhirnya ucapan penutupan, maka berakhirlah KemTunas Muda 2010. Majlis Penutupan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan cenderamata kepada tetamu.

Penyampaian hamper kepada ketua kumpulan

Persembahan fasilitator

Saya bagi pihak fasilitator dan penganjur Kem Tunas Muda 2011 mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah terutamanya Tuan Pengetua Cemerlang, Tn Hj Zakaria bin Md Zin kerana telah membenarkan kem ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada kepada guru-guru penasihat BADAR dan fasilitator kerana telah bertungkus-lumus merangka kem ini. Juga ucapan juataan terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah menjayakan program ini sehingga program ini berjaya dengan jayanya secara langsung mahupun tidak langsung.

Pasukan Biru

Makan bersama fasilitator

Barisan Fasilitator, Tuan. Pengetua Cemerlang dan guru-guru penasihat Badar

Galeri Smart Solat Tingkatan 1

This slideshow requires JavaScript.

Program Smart Solat Tingkatan 1

Program Smart Solat Tingkatan 1

BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak telah mengadakan Program Smart Solat bersama pelajar Tingkatan 1 2011. Program ini bertujuan untuk melatih dan mengukuh ibadah solat serta memastikan ibadah solat yang dilakukan adalah dengan keadaan yang baik dan betul.  Program ini dijalankan dalam bentuk inter-house. Penggerak BADAR tingkatan 3-5 telah terlibat sebagai fasilitator-fasilitator dalam program tersebut.

Pelajar Tingkatan 1 belajar solat dengan betul

Rukun Islam yang pertama adalah solat. Solat ibarat ‘pillars'(tiang) Islam, tiada solat maka Islam runtuh sepertimana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi “Solat itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia telah meruntuhkan agama.

'Pillars Islam'

Selain itu, kajian saintik telah membuktikan bahawa perbuatan sujud dalam ibadah solat dapat memberi otak darah yang secukupnya. Jikalau seseorang muslim itu meninggalkan solat, maka otak tidak akan menerima darah yang secukupnya. Subhanallah, banyak hikmah disebalik ibadah solat!

Banyak hikmah disebalik ibadah solat

Semoga dengan adanya program Smart Solat yang telah dianjurkan oleh BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak dapat membina thinking capability (quwwatul tafkir) minda pelajar tingkatan 1 yang hebat.

Sesi Penerangan

Galeri Perkhemahan Intergrasi Badar SDAR dan BUSAS