Projek Wakaf Karpet Masjid Al-Quds SDAR

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Ybhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Memohon Sumbangan Derma/Wakaf Untuk Menukar Karpet  Masjid Al-Quds Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban . 

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Dato’ Abdul Razak amat memerlukan dana untuk menukarkan karpet masjid bagi kemudahan para pelajar sekolah ini untuk mengerjakan ibadah solat berjemaah, mendirikan solat Jumaat serta menjalankan pelbagai aktiviti kerohanian dan keagamaan.

Penukaran ini sangat perlu kerana : 

  1. Karpet sedia ada sekarang ini telah diguna sejak tahun 2002, mengalami kerosakan dan kesan koyak.
  2. Telah menjadi keras.
  3. Baunya yang tidak memberi keselesaan kepada para jamaah khususnya pelajar-pelajar / anak tuan-tuan dan puan-puan.

Sehubungan itu, saya bagi pihak sekolah SDAR ingin memohon jasa baik Ybhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memberi sumbangan ikhlas/wakaf bagi menampung kos menukarkan karpet masjid tersebut yang dianggarkan berhargaRM 30 000.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ribu Sahaja ).

Sumbangan dan pertanyaan boleh disampaikan kepada:

a.  S/U Masjid – Us. Zaidi Husin (0133265461) / Imam 1 – Us. Mohd Azizee  Bin Hasan (0134284235)
b.  atau melalui AKAUN BERSAMA Bank Simpanan Nasional ( Zaidi Bin Husin Dan Mohamad Mahros Bin Haji Mahfot) – NO AKAUN – 05115-41-00000155-0

 KEPRIHATINAN DAN SUMBANGAN YBHG DATO’/ DATIN/ TUAN/ PUAN, KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Kerosakan dan kesan koyak karpet Masjid Al-Quds SDAR

4 responses to “Projek Wakaf Karpet Masjid Al-Quds SDAR

  1. Assalamu’alaikum warahmatullah,

    Moga Allah permudahkan urusan kalian.
    Pandangan dari saya:
    RM30,000 untuk tukar karpet sangat mahal, walhal bagi saya masjid/surau lebih selesa jika dilapik dengan tikar mengkuang sahaja kerana
    1. sejuk, tak menyerap haba berbanding karpet
    2. kos penyelenggaraan rendah
    3. kos ganti rendah
    4. mesra alam. karpet yang buruk apabila dibuang tak akan reput.
    5. membangkitkan rasa rendah diri
    Nadiah.

    • Terima kasih atas cadangan puan, tetapi masjid ini tidak sesuai ditukar dengan tikar mengkuang. Projek ini adalah projek amal jariah untuk membuka ruang orang ramai menyumbang untuk kepentingan agama.

  2. Assalamu-alaikum.

    Berhubung dengan perkara di atas,mungkin say dapat membantu dengan memberi maklumat kontek dengan sebuah syarikat yang dapat memberi sebutharga yang lebih murah dan servis yang lebih baik.Seandainya pihak anda berminat harap hubungi saya di e mel tersebut.

Leave a comment