Monthly Archives: June 2010

Fight Israel Free Al-Aqsa ( FIFA 2010)

Bersama Bersatu Membebaskan Bumi Palestin…Bersama Menolak Kezaliman Yahudi – Israel

JOM Anti Israel


Presiden BADAR Pengerusi Forum Terbaik

Sdr. Ahmad Syafiq Aizat Pengerusi Forum Terbaik

24 Jun 2010, Pihak Sekolah Dato’ Abdul Razak mewakili daerah Seremban 2 kePertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Sembilan. Peserta dari Sekolah Dato’ Abdul Razak diwakili oleh Presiden Badar Sdr. Ahmad Syafiq Aizat selaku Pengerusi Forum, Ketua Lujnah Dakwah Sdr. Muhammad Hanafi b. Muidnudin selaku ahli panel pertama dan dua orang penggerak Badar iaitu Sdr. Azrol Aziz b. Abdul Aziz dan Sdr. Muhammad Aiman Hazim b. Zamri sebagai ahli panel kedua dan ketiga.

Pertandingan tersebut telah diadakan di SBPI Jempul yang melibatkan 8 daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Dengan tajuk “Intergrasi Nasional Penjana Kegemilangan Negara’,peserta SDAR telah mendapat tempat Naib Johan Forum Remaja Negeri. Namun apa yang menarik Sdr. Presiden Badar telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik di dalam pertandingan ini.

Pihak AJK Tertinggi Badar mengucapkan setinggi tahniah kepada peserta forum yang terdiri dari semua penggerak Badar . Sekalung tahniah buat Sdr. Presiden yang dinobatkan sebagai pengerusi forum terbaik.

Badar Cemerlang Sekolah Gemilang

Nilai Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Salam sejahtera untuk semua,

Seandainya ada soalan yang menanyakan, ‘apakah yang paling berharga dalam kehidupan anda?’. Apakah jawapan yang akan kita berikan?. Harta? Anak-anak? Kecantikan? Ilmu? Kesihatan?. Mana satu yang akan kita jawab?

Mungkin segala sesuatu itu dapat dikatakan berharga, namun tidak ada yang paling berharga. Semuanya tidak ada yang menyamai berharganya waktu dalam kehidupan kita. Memang benar, sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan kita setelah keislaman kita adalah waktu.

Sebab itulah kita melihat banyak ayat-ayat Allah bersumpah mengenai masa ataupun zaman. ‘Demi Masa’, Demi Fajar’, ‘Demi Malam apabila menutupi dan siang apabila terang benderang’ merupakan contoh yang Allah bersumpah dengan masa. Namun, apakah signifikannya masa ataupun waktu ini kepada seorang manusia terutama sebagai seorang Muslim.

Saudara sekalian,

Apakah kita tahu bahawa satu penemuan penting yang menjadi perhatian kaum Muslimin di awal kegemilangannya adalah jam? Kaum Muslimin pada saat itu sangat memerhatikan masalah waktu lalu mengembangkannya, meletakkannya di lapangan umum dan juga di ruangan istana. Jam, waktu adalah sesuatu yang sangat berharga di hati kaum Muslimin sebenarnya.Mengapa? Kerana kehidupan kaum Muslimin terikat dengan waktu. Seorang yang mengaku dia seorang Muslim, hidupnya akan terikat dengan syariat Allah. Dia harus menghargai waktu dalam kehidupannya.

Perhatikan kisah pertemuan Amru Khalid dengan seorang asing.
Beliau(Amru Khalid) dan seorang asing tersebut mengadakan janji untuk bertemu di suatu tempat. Beliau sedikit terlewat sampai di tempat yang dijanjikan. Ketika bertemu dengannya, dia(orang asing) segera bertanyakan kepada beliau. ‘Apakah anda seorang Muslim?’ beliau menjawab, ‘Benar’. Dia kembali bertanya, ‘Apakah anda menunaikan solat? Beliau menjawab, ‘Benar’. Dia bertanya kembali, ‘Apakah anda berpuasa di bulan Ramadhan?’ Beliau menjawab ‘Benar’. Dia bertanya lagi, ‘Apakah anda menunaikan ibadah haji?’ Jawab beliau, ‘ Ya’. Dia bertanya kembali, ‘Apakah anda menunaikan solat Jumaat tepat pada waktunya?’ Jawab beliau, ‘Tentu”.Pada saat itu, dia berkata. ‘Urusan kaum Muslimin mengagumkan sekali.

Agama mereka mengajarkan urusan-urusan besar. Namun, mereka tidak memerhatikan pentingnya urusan-urusan itu’. Begitulah katanya. Amru Khalid merasakan seolah-olah dia berkata kepada beliau, ‘Engkau bukanlah orang beragama. Kerana anda tidsk mengetahui betapa berharganya waktu’. Inilah satu sampel yang boleh kita lihat sehinggakan orang asing lebih mengerti berhargnya waktu itu kepada umat Islam berbanding penganutnya sendiri.

Ikhwah sekalian,

Sesungguhnya umat Muslimin mempunyai banyak kelebihan. Islam mengajar umatnya mengatur masa dengan begitu cantik. Dari siang hari untuk mencari kehidupan hinggalah malam yang menjadi pakaiannya. Dengan adanya solat lima waktu, puasa, haji dan lain-lain lagi menjadikan individu Muslim lebih bijak untuk mengurus masa agar semua kepentingan dapat dipenuhi. Yang nyata, prioriti kepada Allah mendahului segala-galanya.

Jadi, adakah kita seorang Muslim? Dan adakah kita telah mengetahui betapa pentingnya waktu dalam kehidupan kita? Amat rugilah kita jika kita seorang Muslim tetapi tidak berpegang teguh akan nilai, ajaran serta kepentingannya. Oleh itu, sama-sama kita tingkatkan iman, teguhkan pendirian, perbaiki kesilapan dan urusan agar menjadi Muslim yang menjaga waktu. Sekian.

Sdr. Mohd Hazrin b. Md.Zainal http://www.nidauljihad.blogspot.com
( Ketua Lujnah Kaderisasi Badar 2008 – Bakal Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah Islamiah)

Terima Kasih Buat SDARA Batch 70-75 Atas Sumbangan Karpet Masjid

Pihak Jawatankuasa Masjid al-Quds mengucapkan terima kasih kepada  ahli SDARA Batch 70-75 atas sumbangan derma untuk menukar karpet Masjid al-Quds . Semoga ia menjadi amal jariah.Sumbangan derma tersebut telah diterima melalui Tn. Hj. Zakaria b. Md. Zin Pengetua Cemerlang SDAR.

Kita dan Isu Palestin

Sebagai Pendidik

  • Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
  • Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
  • Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
  • Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
  • Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.

Sebagai Pelajar

  • Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
  • Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
  • Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
  • Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
  • Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
  • Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
  • Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
  • Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
  • Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
  • Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
  • Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
  • Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
  • Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
  • Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
  • Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
  • Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
  • Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
  • Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
  • Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
  • Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
  • Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
  • Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
  • Menyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

PIBG dan Badar SDAR Anjur Motivasi Kerohanian

SDAR 26 Mei 2010 ,pihak PIBG dan BADAR SDAR telah menganjurkan satu ceramah motivasi bertajuk ‘Jalan-jalan kejayaan’ yang telah disampaikan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Abdul Monir b. Yaakob Fellow Penyelidik Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Bacaan Yaasin di Masjid Al-Quds

Ceramah beliau telah diadakan di Dewan Besar Tun Abdul Razak. Sebelum acara ceramah diadakan, Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat telah diadakan di Masjid al-Quds yang diketuai oleh Ustaz Mohd Azizee b. Hasan, Imam 1 Masjid al-Quds.

Tn. Hj Ramli selaku YDP PIBG mengalu-alukan kedatangan para guru dan para pelajar ke program anjuran bersama PIBG dan Badar SDAR ini. Matlamat ceramah ini diadakan ialah melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik tetapi juga dari aspek sahsiah dan akhlak katanya. Apa guna kita memiliki result yang cemerlang tetapi rendah akhlak dan jati diri.

Antara jalan-jalan menuju kejayaan seperti yang diungkapkan oleh Ybhg. Dato’ Dr. Abdul Monir b. Yaakob ialah :

  1. Knowledge – ILMU
  2. Thinking – MINDA
  3. Pray – DOA
  4. Act – TINDAKAN
  5. Tawakal

Katanya lagi, “ kejayaan itu diberi pengiktirafan..kejayaan itu satu kepuasan..”. majlis ceramah berakhir dengan jamuan makan di kantin SDAR.