Nadwah Kepemimpinan Islam Ke-30 Menjana Pemimpin Du’at

Pada 18-21 Mac 2010 Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) SBP ke-30 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari berturu-turut. Program peringkat nasional ini telah diadakan di SBPI Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Seramai lebih 300 orang peserta berkampung di SBPI Sabak Bernam bagi menjayakan NKI Ke-30 dibawah tema ‘Membina Jati Diri Kepemimpinan Terbilang’.

Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menghantar seramai 6 orang peserta yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Syafiq Aizzat  b. Nazri selaku Presiden Badar SDAR 2010. Turut mengiringi kontijen SDAR ialah guru pengiring SDAR iaitu Ustaz Zanuri b. Badri.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang NKI ini seperti ucap utama NKI oleh Tn. Hj Abd. Rashid b. Ngah selaku Pengarah BPI Kementerian Pelajaran Malaysia. Tamrin Qiyadi, Kalam Nisa’, Ceramah tentang pengurusan organisasi Badar, Kembara Minda, Exsplo-Riadah dan Forum NKI yang bertajuk ‘Diskusi Globalisasi Kepemimpinan Islam’.

Majlis Penutupan NKI Ke-30 telah dirasmikan oleh YB Dr. Puad b. Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. YB mengingatkan para peserta supaya memahami ‘apa ertinya saya menganut Islam’ dan menterjemahkan sebagai seorang pemimpin di dalam kehidupan. Begitu juga beliau mengharapkan para pelajar bertindak sebagai seorang daie iaitu ‘nahnu duat la qudhat’ ( kami pendakwah bukan penghukum).

NKI Ke- 30 telah melabuhkan tirainya, moga NKI ini mampu melahirkan barisan kepemimpinan Islam contoh pada masa akan datang.

3 responses to “Nadwah Kepemimpinan Islam Ke-30 Menjana Pemimpin Du’at

  1. Ahlan wasahlan ke sekolah lama ana 🙂

    biar semangat pasca NKI terus membara!

  2. NKI mrupakan satu program yg amat bgus untuk mlatih diri setiap pmimpin dlm memantapkan diri dari aspek kerohanian mahupun jasmani..
    tahniah!!!!!
    alhamdulillah NKI mmbri kesan di hati saya…

Leave a comment