Laman Rasmi BADAR SDAR Baharu.

Kini Laman Rasmi BADAR SDAR sudah berpindah ke http://www.badar-sdar.blogspot.com atau klik disini.

Momentum Israk dan Mikraj

Saban tahun umat Islam menyambut peristiwa bersejarah dan agung iaitu peristiwa Isra’ wal Mikraj.Israk adalah kata terbitan di dalam Bahasa Arab bermaksud ‘perjalanan’ manakala Mikraj pula diertikan dengan ‘naik’. Israk merujuk perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil al-Aqsa manakala Mikraj ialah naik Rasulullah ke setiap lapisan langit sehinggalah ke Sidratul Muntaha mengadap Rabbul Jalil yang Maha Esa.Peristiwa ini berlaku dalam satu malam seperti firman Allah SWT di dalam permulaan surah Isra.

Para penulis sejarah Islam berbeza pendapat dalam penentuan tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Namun yang penting di sini ialah sejauh manakah umat Islam dapat mengambil ibrah dan panduan dari peristiwa agung ini.

Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti di dalam kitab sirahnya ‘Fiqh Serah’ mengungkapkan ia sebagai Mukjizat Isra’ dan Mikraj. Sudah tentu peristiwa ini punya signifikan dan implimentasi besar dalam sejarah babak-babak perjuangan dakwah dan fasa-fasa perluasan tarbiyah.

Peristiwa ini berlaku di saat dakwah menghadapi tantangan yang cukup hebat dari golongan al-mala’ (pembesar) Quraish. Dakwah ketika itu berada di kemuncak penindasan dan penyeksaan serta komplot jahat pemulauan dan sekatan ekonomi terhadap Jamaah Muslimin . Di tengan –tengah senario itu, terjadinya kematian isteri baginda SAW Khadijah binti al-Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak memberikan perlindungan kepada perjuangan baginda SAW.Ahli Sejarah menamakannya ‘ ‘Am al-Huzni’ – Tahun Kesedihan.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberikan impak yang mendalam kepada jiwa baginda, tekanan emosi dan psikologi kepada perjuangan besar ini. Di tambah pula penolakkan total dari penduduk Toif terhadap seruan baginda sehingga baginda dibaling batu oleh kanak-kanak Toif.Namun tarbiyah dan didikan allah berterusan dan merentas sempadan masa. Ada hikmah dan ibrah yang perlu dihayati dan dimengerti khususnya buat para pejuang Islam sejati akan hakikat tariq dakwah ini. Jalan ini sukar dan payah, tidak dihampar permaidani merah, tidak dikalung dengan jambangan bunga dan ditaburi dengan kesenangan dan keselesaan.

Lantaran itu, Allah mahu membangkitkan semangat dan motivasi Ar-Rasul SAW selaku pemimpin dakwah dan harakah bersama para pengikutnya yang sentiasa taat dan iltizam dengan prinsip perjuangan agar terus memiliki momentum dan energi dakwah disebalik suka duka, asam garam, manis pahit dan harga termahal perjuangan yang berkesinambungan ini.Mukjizat Isra dan Mikraj adalah hadiah Allah kepada baginda bagi merefreshkan semula semangat yang lesu, mentajdid tekad dan azam perjuangan, membangkit himmah dan cita-cita bagi memikul gagasan besar dakwah dan perjuangan li ‘ilai kalimatallah hihiyal ‘ulya.

Spirit dan momentum yang diperolehi sepanjang pengembaraan ini (rehlah tarfihiyah) mampu melonjak semangat dakwah dan ruh harakah, mencari ruang-ruang baru dakwah kerana mukjizat ini sarat dengan hikmah, kaya dengan nostalgia dakwah menerusi pertemuan antara beberapa generasi dakwah dari Adam a.s hingga Rasul sebelumnya.Tanda isyarat kesinambungan dakwah dan risalah. Begitu juga kaitan di antara dua masjid yang menjadi teras kesatuan akidah antara dua zuriat pewaris nabi, zuriat Adam a.s ( Bani Israel) dan zuriat Ibrahim a.s, babak-babak dan gelagat manusia serta penerimaan amanah agung dihadapan allah akan beban ‘solat’.

Momentum inilah akan memberikan ufuk baru kepada perjuangan baginda bahawa dakwah harus dipacu, perjuangan perlu menempuh khalayak manusia , penjaringan dakwah yang luas dan bahtera dakwah perlu dikemudi sehingga visi dan misi direalisasi.

Apa yang boleh kita gali dan singkapi dari makna-makna dakwah dan entri-entri perjuangan menerusi mukjizat Isra’ dan Mikraj ini ialah :

  • Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
  • Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
  • Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
  • Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
  • Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
  • Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, mewar-warkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
  • Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala futur dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
  • Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
  • Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi.

Moga kafilah dakwah terus berjalan menuju mikraj rabbani…

www.maalimfitariq.wordpress.com

Program ‘Dakwah Dorm’

Program Dakwah Dorm

Program ‘Dakwah Dorm’ merupakan 1 aktiviti baharu yang efektif bagi semua pelajar tingkatan 1 bagi membina serta membentuk kerohanian pelajar dimana-mana sahaja. Program ini akan diadakan pada setiap hari Khamis, Sabtu dan Ahad. ‘Dakwah Dorm’ akan diketuai oleh 2 orang naqib yang terdiri daripada sukarelawan BADAR tingkatan 2 serta AJK BADAR tingkatan 3 dan 4 bagi setiap dorm. Dalam sesi ini, pelajar perlu membincangkan masalah-masalah peribadi dan masalah di dorm. Tuntasnya, program ini Insha-Allah sedikit sebanyak membawa kebaikan kepada pelajar mahupun naqib itu sendiri.

Bacaan Al-Mathurat

Program BERARTI

Pada 7 Mei yang lalu, Lujnah Dakwah BADAR SDAR telah mencetuskan satu program untuk mengisi kerohanian pelajar-pelajar Tingkatan 1 iaitu ‘BERARTI’ yang membawa maksud Bentuk, Akhlak, Rohani, Taqwa Insan.

Bentuk Akhlak, Rohani, Taqwa Insan

Program ini bertujuan untuk menerapkan erti kasih sayang kepada pencipta kita, Rasullulah, Ibu dan Bapa Serta Sahabat. Program ini bermula dari jam 9:30 malam dan tamat pada jam 10:30 malam. Program selama sejam ini diisi dengan tayangan video yang menyentuh hati pelajar tingkatan 1.

Beberapa video berbentuk motivasi turut ditayangkan

Di penghujung program, mereka diminta untuk bersalam-salaman bagi menautkan lagi tali ukhuwwah antara diri sendiri dan sahabatnya yang lain. Program ini disertai dengan aktiviti Qiamullail pada keesokan harinya. Semoga, program ini dapat mengeratkan kasih sayang kita kepada ilahi, rasullulah, ibu dan bapa serta sahabat.

Bersalam-salaman membentuk tali ukhuwwah

Misi Khidmat Bakti Ke Aceh : Bersama Peduli Umat

Pada tahun ini Badan Agama Dakwah & Rohani Sekolah Dato Abdul Razak (BADAR SDAR) telah berjaya mengadakan suatu misi kemanusiaan iaitu Program Khidmat Bakti Ke Aceh buat julung kalinya pada 29 April,30 April dan 1 Mei 2011. Program yang buat julung kalinya diadakan ini mendapat kejasama Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU) Lembaga Kemanusiaan Indonesia Aceh dan telah disertai oleh seramai 17 orang pelajar berserta 5 orang guru pengiring. Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan membantu anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah,Lhokseumawe yang rata-ratanya merupakan kanak yang terselamat daripada tsunami. Destinasi yang kami tujui adalah bermula dari Aceh terus ke Kota Lhokseumawe yang merupakan tempat rumah anak yatim tersebut dan seterusnya ke Medan yang merupakan destinasi kami yang terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Pengembaraan kami bermula pada 29 April 2011. Pada jam 9.00 pagi,kami bertolak dari SDAR menuju ke LCCT. Setelah selesai segala urusan penerbangan, kami selamat berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda,Aceh jam 12.00 tengah hari dan selamat tiba pada jam 1.30 tngah hari. Kemudian kami dibawa untuk menikmati makan tengah hari di sebuah kedai yang diberi nama Bunda Penta Pirak yang menyediakan masakan melayu. Seterusnya, kami dibawa melawat ke tanah perkuburan Masal atau Kubu Masal yang menmpatkan 64 000 orang yang maut dalam tragedi tsunami. Kami dibawa melihat beberapa kesan tsunami yang berlaku seperti kapal PLTD Apung 1 seberat 50 kilotan yang terdampar di daratan setelah dibawa arus tsunami sejauh 5 km dari laut. Kami menunaikan solat asar di Masjid Baitul Rahman yang juga merupakan antara salah sebuah masjid yang terselamat daripada bencana tsunami. Kami diberitahu oleh penduduk setempat bahawa ketika tsunami berlaku, masjid ini tidak dimasuki air SUBHANALLAH. Seterusnya kami bergegas ke terminal bas untuk bergerak ke destinasi kami yang kedua iaitu di Kota Lhokseumawe. Selesai solat maghrib & makan malam, perjalan kami yang mngambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam bermula.

Kami tiba di Kota Lhokseumawe tepat jam 3.00 waktu tempatan iaitu bersamaan 30 April 2011. Kami dibawa terus ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah kira-kira 3km daripada Stesyen Bas Lkokseumawe. Sebaik sahaja tiba, kami diberi peluang untk menyenyakkan diri buat sketika sbelum melakukan aktiviti yang seterusnya. Selepas solat suboh, kami dibawa bersiar-siar keliling kawasan tersebut dan kami diajak oleh Bapak Hamdani ST iaitu Pengurus Rumah Anak Yatim Ar Raudhah untuk menikmati sarapan pagi di sebuah warung yang berhampiran. Tepat jam 9.00 pagi, kami memulakan aktiviti dengan acara penyembelihan 2 ekor kambing yang disumbangkan oleh pihak SDAR untuk hidangan makan tengah hari. Acara penyembelihan tersebut telah diketuai Ustaz Zanuri. Semua AJK Badar telah diberi peluang melapah daging kambing yang dikorbankan. Pada sesi berikutnya iaitu kira-kira jam 11.30, kegiatan gotong royong telah dijalankan. Sesi kali ni pula telah diketuai saudara Irshad Haris. Dalam aktiviti ini, kami telah membanting tulang mengecat rumah serta membersihkan halaman rumah anak yatim tersebut. Jam 12.30 tngah hari, kami telah dihidangkan dengan masakan Kari Kambing Aceh bersama sambal belacan sebagai juadah makan tengah hari. Makanan tersebut telah dimasak oleh anak-anak yatim yang terdiri daripada kaum hawa dengan bantuan pengasuh mereka. Selesai solat zohor, kami meluangkan masa sebentar untuk bersantai serta beramah mesra dengan anak-anak yatim di sana. Pada waktu petang,sekitar jam 5.00 kami bersama-sama anak-anak yatim bergerak ke sebuah pantai untuk aktivi riadhah. Aktiviti riadhah ini dimulakan dengan tarian ’Banana Dance’ yang diketuai oleh saudara Syahman. Seterusnya, satu permainan telah dijalankan iaitu Empayar Pasir. Aktiviti ini sama seperti membina istana pasir tapi kanak-kanak ini perlu menggunakan kreativiti mereka untuk membina satu empayar yang nampak menarik dan gah dengan menggunakan pasir. Permainan ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan wanita. Majils Penyampaian cenderahati telah dilansungkan dan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SDAR, Encik Muhamad Yazid Bin Abdul Wahab kepada pengurus Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah, Bapak Hamdani ST. Setelah seharian kami di Lhokseumawe, kami meneruskan pengembaraan ke Medan yang mengambil masa 7 jam perjalanan.

Pada keesokan harinya bersamaan 1 Mei 2011, kami selamat tiba di Bandar Aceh. Kami dibawa ke pejabat PKPU yang bekerjasama menjayakan program bagi tujuan menguruskan diri. Kami kemudian berpeluang bersiar-siar menikmati keindahan Bandar Medan. Antara tempat menarik yang sempat kami tujui adalah seperti Istana Mainon dan Pasar Medan di mana tempat kami ber’shopping’ sakan sebelum pulang ke tanah air. Kami berlepas dari Lapanagn Terbang Medan ke LCCT pada jam 10 malam. Alhamdulillah kami selamat tiba di tanah air pada jam 12.00 pagi. Maka berakhirlah sudah pengembaraan kami selama 3 hari 2 malam di bumi Aceh, Indonesia.

Sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih kepada pentadbiran sekolah terutamanya Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj Zakaria Bin Md Zin kerana telah sudi membenarkan kami mengadakan misi kemanusiaan ini yang kali pertama diadakan. Tidak lupa juga kepada guru-guru penasihat BADAR serta AJK BADAR yang telah banyak membantu dalam menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga kepada semua warga SDAR yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung.

Berkelana Ke Aceh : Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah Lhokseumawe

Kembara Ke Aceh ( Part 2)

15 Mei Memperingati Nakbah Palestin