Category Archives: Berita Badar

Hari Anugerah Kecemerlangan :Tahniah buat Pengerak Badar 2010

Seluruh warga Badar mengucapkan setinggi tahniah kepada para penggerak Badar 2010 atas kejayaan di dalam SPM 2010. Tidak lupa juga buat para penggerak Badar yang cemerlang PMR 201o serta yang cemerlang di dalam subjek sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SDAR.

Setinggi-tinggi tahniah buat Sdr. Danial Iman b. Che Khalib selaku ahli Badar 2008-2010 kerana dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan Akademik bagi tahun 2010.

Mumtaz Untuk Umat

Khidmat Bakti Badar SDAR : Bersama Peduli Umat

Program Khidmat Bakti Badar SDAR ke Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah Kota Lhokseumawe Aceh Indonesia telah mendapat liputan Koran (Akhbar) Metro Aceh halaman Metro Aceh Ahad 1 Mei 2011.

Berita Khidmat Bakti Aceh Badar SDAR di Metro Aceh

Gambar -Gambar Keratan Akhbar Metro Aceh

En. Muhammad Yazid PK Hem SDAR menyampaikan cenderamata kepada Bapak Hamdani Pengurus Pondok Yatim Ar-Raudhah

Ust. Zanuri sedang menyembelih kambing


Presiden Badar Tokoh Personaliti Unggul 2011

Sdr. Ahmad Hafiz dikalungkan Tokoh Personaliti Unggul

Pihak Jawatankuasa Tertinggi Badar 2011  ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Ahmad Hafiz b. Ahmad Izzudin kerana dinobatkan sebagai Tokoh Personaliti Unggul sepanjang Minggu Personaliti Sekolah Dato’ Abdul Razak tahun 2011.

Pihak Badar SDAR juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penggerak Badar yang layak ke pencalonan  untuk Tokoh Personaliti Unggul . Mudah-mudahan personaliti yang ditampilkan adalah personaliti yang beracuankan nilai al-Quran dan mampu menjadi Qudwah kepada orang lain.

Barisan Finalis Tokoh Personaliti Unggul SDAR 2011

SPM 2010 : Tahniah SDAR & Penggerak Badar

Pihak Jawatankuasa Badar 2011 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SDAR atas peningkatan gred SPM 2010 berbanding dengan tahun 2009 iaitu 1.64.

Pihak Badar juga ingin mengucapkan tahniah pada penggerak Badar yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Semoga ini akan menjadi azimat perjuangan ke arah meneguhkan semangat dakwah dan tarbiyah di bumi IPT nanti.

Tidak lupa juga pada para guru-guru SDAR yang berdedikasi mendidik dan membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan. Semoga ia menjadi amal jariah di akhirat nanti

Keputusan Pencapaian A di dalam subjek (18 orang)

Bilangan Pelajar Badar (18 orang) 10 A 9A 8A 7A 6A 5A 4A
5 6 1 1 4 1

Mumtaz Untuk Umat

Galeri Minggu Penghayatan Islam 2011

Program Bicara Belia di Pusat Dakwah Paroi

Khamis – 27 Januari 2011, pihak Badar SDAR telah menyertai program Bicara Belia anjuran Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Program Bicara Belia telah disertai oleh para peserta dari kalangan warga pelajar sekolah , politeknik, kolej-kolej matrikulasi dan IPT tempatan.

Sambutan hangat di dalam program kali ini kerana menampilkan ikonis belia muslim iaitu Imam Asyraf ( Imam Muda Astro Oasis). Turut menjadi panel semasa program ini ialah Ketua Unit Kaunseling MAINS En. Norazman.

Program Bicara Belia membicarakan isu-isu berkaitan dengan remaja, cabaran-cabaran sebagai remaja dan bagaimana menjadi remaja yang hebat.

 

The Pillars 2

Majalah ‘The Pillars “ sesi 2009/2010 telah diterbitkan. Majalah yang memaparkan aktiviti -aktiviti Badar SDAR sepanjang tahun 2009 /2010. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki majalah ini bolehlah menghubungi :

Sdr. Aiman Rahimi ( F5)
Sdr. Muhamad Faiz Helmi (F4)

Harga : RM 2.00

PMR 2010..Tahniah Buat Penggerak Badar



Pihak Badar SDAR ingin mengucapkan setinggi-tinggi kepada para pelajar PMR 2010 yang memperolehi 8A di dalam peperiksaan PMR 2010.

Tidak lupa sekalung tahniah pada penggerak Badar 2010 atas kecemerlangan anda di dalam PMR 2010-8A

Mumtaz Untuk Umat

Dari

Guru-guru penasihat Badar

Kepimpinan Badar 2010

Alumni Badar SDAR

Badar Membolot Anugerah Citra Kencana

10 November 2010 – Sekolah Dato’ Abdul Razak telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM  bagi menghargai para pelajar yang cemerlang di dalam bidang Hal Ehwal Murid.

Pelbagai anugerah telah ditampilkan pada malam tersebut yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Aziz Pegawai PPD Seremban. Pihak Badar SDAR telah menyumbang piala pusingan untuk Anugerah Subuh Cemerlang yang membawa pulang RM 300.oo bagi blok terbaik subuh.

Ketua Dorm Syahbandar

Sempena majlis tersebut Dorm Badar Syahbandar 2 telah mendapat Anugerah Citra Kencana bagi kategori Dorm Terbersih dibawah 3K. dorm ini telah memenangi 15 kali dorm terbersih mingguan yang membawa pulang RM 400. Dorm  Badar Temenggung pula menduduki tempat kedua diikuti dorm Badar Bendahara di tempat ketiga.

Sekalung tahniah buat Ketua Dorm Syahbandar 2 iaitu Sdr. Muhammad Shafizal atas kepimpinan beliau yang terbaik, juga Sdr. Azrol Aziz selaku Ketua Dorm Badar Temenggung  serta Sdr. Muhamad Najmi Muzairi Souza sebagai Ketua Dorm Badar Bendahara.

Usrah Dorm Badar Syahbandar 2

Muktamar Badar 2010 – Perkukuhkan Ukhuwah Mantapkan Tarbiah

Khamis 14 Oktober yang lalu telah berlansung Muktamar Badar Kali Ke- 5 bagi sesi 2010.Muktamar Badar kali ini telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua Cemerlang Tn. Hj Zakaria b. Md. Zin. Turut serta menghadiri muktamar kali ini ialah En. Muhammad Yazid b. Abd. Wahab, guru-guru penasihat dan penggerak Badar seramai 65 orang.

Muktamar dimulakan dengan bacaan al-Quran yang dialunkan oleh Sdr. Muhamad Hasif diikuti dengan Ucapan Dasar Presiden Badar 2010 Sdr. Ahmad Syafiq Aizat b. Nazri.

Dengan tema ” Perkukuhkan Ukhuwwah Mantapkan Tarbiah“, Sdr. Presiden menggariskan dua kekuatan tonggak organisasi dakwah iaitu mengukukkan elemen ukhuwwah dan memperkasa kekuatan internal iaitu “Tarbiah”. Kealpaan dalam menekankan aspek ini akan memberikan risiko besar terhadap organisasi dakwah ini.

Beliau juga menjelaskan beberapa cadangan konstruk bagi menjana kekuatan ukhuwah dan memperkasa nilai tarbiyah organisasi. Pembudayaan Tarbiah akan dapat memastikan organisasi tidak ketandusan barisan pemimpin yang akan silih berganti.

Kemuncak Muktamar ialah perasmian oleh Tn. Pengetua Cemerlang Tn. Hj. Zakaria b. Md. Zin. Beliau berharap organisasi Badar dapat memainkan peranan lebih aktif dalam membawa dakwah yang komprehensif terutama bagi menangani gejala lembut di sekolah SBP lelaki.

Untuk memastikan kecemerlangan organisasi beliau menyarankan konsep  4B iaitu Berilmu Beriman, Berdisiplin dan Bermoral. Beliau menegaskan mana-mana bangsa berjaya disebabkan 4 faktor. Justeru jika bangsa Melayu ingin menjadi hebat mesti kembali kepada 4 elemen tersebut tanpa mengabaikan makna ‘Melayu’ yang termaktub di dalam nas Perlembagaan iaitu seorang bercakap Bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya dan adat yang bercirikan Melayu.

Muktmar  ini disusuli pula dengan pembentangan Laporan Aktiviti 2010 oleh Setiausaha Agung Sdr. Muhamad Najmi, diikuti Laporan Kewangan oleh Sdr. Rais selaku Bendahari  Badar 2010. Seterusnya majlis penyerahan  tugas dan pengumuman kepimpinan baru bagi sesi 2011  oleh Ust. Mohd Azizee. Presiden Badar sesi 2011 akan  dipimpin oleh Sdr. Ahmad Hafiz b. Ahmad Izzudin.

Serius menghadiri Muktamar

Muktamar diakhiri dengan tayangan montaj dan deklamasi sajak buat penggerak Badar Tingkatan 5.

Dakwah & Tarbiah Dulu Kini dan Selamnaya