Penutupan Minggu Penghayatan Islam

Pengetua bersama dengan tetamu jemputan

Pada 17 Februari 2011, Penutupan Minggu Penghayatan Islam telah berlangsung. Penutupan ini bermula pada pukul 8:30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Selamat Bin Paigo. Agenda majlis dimulai dengan bacaan Tilawahtul Al-Quran oleh Saudara Hasif. Malam pentupan diserikan lagi dengan persembahan nasyid. Bukan itu sahaja, kumpulan jemputan, INTRACKSEE telah menunjukkan persembahan yang menarik hati pelajar.

Kumpulan Intracksee sedang mempersembahkan nasyid mereka

Pada kemuncak malam penutupan Minggu Penghayatan Islam, persembahan pidato yang menyentuh hati penonton telah dipersembahkan oleh Ustaz Badrul Sani.

Pidato Abang Badrul Sani yang menaikkan semangat para pelajar

Majlis penyampaian hadiah telah menamatkan malam penutupan tersebut. Majlis bersurai pada pukul 10:00 malam.

One response to “Penutupan Minggu Penghayatan Islam

  1. assalamualaikum,
    amat menarik badar di sdar.semoga,badar akan terus menegakkan agama islam dan memperbaiki zaman jahiliyah yang mungkin kita sedang lalui.

    ALLAHUAKBAR!!!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!

    ALLAHUAKBAR!!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!

Leave a comment